Semenjak YoonMi tahu yang Yoongi itu adalah ayahnya, setiap hari mesti mahu berkepit tak kira dimana berada."Muka sebiji, perangai pun sama, memang sesuai dua beranak ni." Ucap Puan Min apabila melihat si kecil itu tidak melepaskan pelukannya pada Yoongi. Eun Mi hanya ketawa.
"Biasalah mama, lagipun baru jumpa." Ucap Eun Mi sambil mengusap-usap kepala anak perempuannya itu.
"Mommy, malam ni Yoon nak tidur dalam bilik mommy, boleh?" Tanya si kecil itu.
"Tak bolehlah, sayang. Malam nanti mommy sibuk." Jawab Yoongi lalu mengucup sekilas pipi anaknya.
YoonMi mencebikkan mulutnya tanda merajuk.
"Alaaa.... Lagipun dah lama Yoon tak tidur dengan mommy." Si kecil itu cuba memujuk.
"Macam mana kalau esok, jer?" Cadang Yoongi. Tetapi tetap sahaja si kecil itu mencebikkan mulutnya.
"Yoon, jom ikut uncle Chim jalan-jalan, nak?" Ajak Jimin namun pantas sahaja si kecil itu menggeleng.
"Nak aiskrim, tak?" Tanya Eun Mi pula. Mendengar perkataan 'aiskrim', terus sahaja dia mengangguk laju.
"Kalau macam tu ikut uncle Chim, ok?"
"Ok. Tapi mommy dan daddy tak ikut ke?"
"Kan mommy dan daddy ada keje. Nanti uncle bawa jalan-jalan sampai malam, nak?" Terang Jimin.
Lalu tangan si kecil itu dicapainya dan di bawa keluar.
"Kerja apa yang awak nak buat tu?" Tanya Eun Mi sebaik sahaja mereka hilang dari pandangan.
Yoongi tersenyum sinis sambil memandang ke arah gadis itu.
"Kerja yang seronok. Yang pasti diakhirnya memenatkan." Kata Yoongi menyebabkan mata gadis itu terbuntang luas.
"S-saya ikut Jimin lah." Kata Eun Mi lalu segera bangkit dari duduknya tetapi cepat-cepat Yoongi menahannya sehingga gadis itu terduduk diatas pangkuannya. Badan gadis itu dipeluk lalu dia mendaratkan dagunya diatas bahu gadis itu.
"You can't run from me.." ucap Yoongi lalu meniup telinga gadis itu menyebabkan itu berasa geli.
Badan gadis itu dicempung oleh Yoongi lalu dibawa masuk kedalam bilik.
*****
Selesai menyiapkan sarapan, mereka pun makan bersama-sama. Sesekali mereka tergelak mendengar celoteh si kecil yang tidak habis-habis bercerita tentang malam tadi.
"Eoh, mommy. Kenapa malam tadi waktu Yoon dan uncle balik, bilik mommy dan daddy bising? Pastu mommy jerit-jerit lagi tu.." kata si kecil itu dengan polos.
Eun Mi hampir tersedak manakala Yoongi hanya berdehem.
"Malam tadi ada burung terlepas." Kata Yoongi lalu menyambung kunyahan. Terus muka Eun Mi berubah menjadi merah kerana malu.
"Burung? Besar ke? Cantik ke? Tanya YoonMi menyebabkan seluruh isi rumah itu gelak kecuali Yoongi dan Eun Mi. Eun Mi sedaya upaya untuk menahan rasa malunya.
"Dah habiskan makanan kamu cepat. Nanti daddy hantar ke sekolah." Kata Yoongi cuba mengubah topik.
YoonMi menurut lalu segera menghabiskan makanannya.
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂
Asyileee vote 😘😍
YOU ARE READING
Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)
Romancesebuah perkahwinan yang dilakukan tanpa cinta tidak memberikan kebahagiaan buat mereka iaitu Min Yoongi dan Shin Eun Mi yang disatukan kerana terpaksa. kerana tiada rasa cinta diantara mereka, maka Shin Eun Mi telah diperlakukan dengan kasar oleh Mi...