Yoongi memandang ke arah wajah Hoseok dan Jimin dengan pandangan berharap agar kedua-dua lelaki itu mahu membantunya."Kau yakin ke rancangan kau akan berjaya?" Soal Hoseok.
"Ya, aku yakin. Perempuan itu tengah nak hancurkan keluarga aku takkan aku nak berdiam." Balas Yoongi lalu Hoseok mengeluh perlahan.
"Eleh kau. Nanti bila Noona dapat tahu, kau juga yang merana." Kata Jimin.
"Kalau camtu tolonglah."
"Apa-apa masalah kau tanggung sendiri. Aku taknak." Kata Jimin sambil mengangkat kedua-dua tangannya.
"Aku yang buat, aku tanggunglah."
"So, apa rancangan kau?" Soal Hoseok.
"Mungkin dapatkan perhatian dia dulu. Dia kan kurang perhatian." Kata Yoongi selamba. Jimin dan Hoseok hanya menahan tawa.
"Lepastu?" Soal Jimin.
"Lepastu aku akan fikir dulu." Balas Yoongi.
"Tapi semua ni melibatkan perasaan Noona, kan?" Soal Jimin lagi.
Perlahan-lahan Yoongi angguk. Kalau itu yang terbaik, dia sanggup.
"Jangan risau. Pasal Eun Mi, aku akan bertanggungjawab."
"Kalau jadi apa-apa kat Eun Mi, mati kau." Kata Hoseok berbau ancaman.
"Janganlah mati, anak-anak aku masih kecil." Kata Yoongi membuatkan Jimin ketawa.
"Apa-apa pun aku akan sokong dan bantu kau. Aku tak faham betul dengan orang yang tak habis-habis nak ganggu rumah tangga orang." Ujar Hoseok.
"Betul, tu." Sokong Jimin. Lalu Hoseok bangun dari duduknya.
"Kau nak gi mana?" Soal Yoongi.
"Aku nak melawat mendiang isteri aku. Kenapa nak ikut?"
Yoongi geleng lalu memainkan telefonnya.
"Tak adalah. Takut-takut orang tu nak melawat ex-girlfriend dia, ke." Usik Jimin. Perkataan 'ex-girlfriend' ditekankan sedikit menyebabkan dia mendapat pandangan tajam dari Yoongi.
"Sampai mati aku takkan melawat dia!!" Marah Yoongi lalu Jimin segera bangun dan terus menarik tangan Hoseok beredar dari situ.
Eheks!
Muehehehe!!
Jangan lupa vomment tau 😉😘

YOU ARE READING
Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)
Romancesebuah perkahwinan yang dilakukan tanpa cinta tidak memberikan kebahagiaan buat mereka iaitu Min Yoongi dan Shin Eun Mi yang disatukan kerana terpaksa. kerana tiada rasa cinta diantara mereka, maka Shin Eun Mi telah diperlakukan dengan kasar oleh Mi...