Gaun berwarna merah hitam yang labuh sehingga mencecah lantai itu amat padan apabila dikenakan pada tubuh Eun Mi.Dia memusingkan badannya dihadapan cermin bagi memastikan baju itu dalam keadaan baik-baik sahaja.
Malam itu, dia bersama dengan para pemain muziknya dijemput untuk mempersembahkan hasil usaha mereka selama ini. Kerana itulah Eun Mi ke korea kerana yang menjemputnya adalah salah satu syarikat yang terbesar di negara Korea.
YoonMi yang tidak sabar menarik-narik hujung baju ibunya.
"Mommy, cepatlah. Yoon tak sabar ni nak tengok mommy." Kata si kecil itu.
Eun Mi membongkokkan badannya menyamai ketinggian anaknya lalu mengusap lembut rambut si kecil itu.
"Ya, mommy dah siap. Nanti kat sana, jangan nakal-nakal, arasseo?"
YoonMi mengganguk laju lalu bersorak riang.
*****
Suasana di dewan itu agak meriah dan menarik sekali. Ramai yang hadir bagi meraikan syarikat itu.
"Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, sempena meraikan kejayaan syarikat ini, kami juga akan menghiburkan anda dengan sebuah persembahan yang amat menarik. Semoga anda terhibur!" Ucap lelaki itu selaku pengerusi majlis.
Kedengaran alunan muzik yang bergema diseluruh ruang itu sungguh memukaukan hati para penonton. Masing-masing hanyut dengan alunan yang dimainkan.
"Kenapa aku rasa macam Eun Mi ada kat sini?" Kata Yoongi apabila jantungnya berdegup kencang.
Wajah yang memainkan muzik itu ditatap satu persatu sehinggalah matanya terbuntang luas apabila melihat sesusuk tubuh yang dia cukup kenal.
*****
Setelah selesai, Yoongi segera mencari kelibat Eun Mi. Dia mahu berjumpa dengan gadis itu.
Sedang Yoongi ingin mencari gadis itu, dia tidak sengaja terlanggar seorang kanak-kanak perempuan.
"Maaf, uncle tak sengaja." Ucap Yoongi lalu menolong kanak-kanak itu.
"YoonMi nak mommy. YoonMi takut." Kata kanak-kanak itu sambil memandang ke arahnya.
Jantungnya kembali berdegup kencang apabila melihat anak mata kanak-kanak itu.
'kenapa dengan aku, ni?' getus hati Yoongi lalu dia senyum ke arah kanak-kanak itu.
"Mommy YoonMi, mana?" Tanya Yoongi. Namun tidak sempat, dia mahu menjawab, satu suara mengejutkannya.
"Sayang, kan mommy kata jangan pergi jauh-jauh."
Eun Mi mendekati YoonMi lalu memeluk anak perempuannya itu.
"E-Eun Mi?"
Eun Mi berpaling ke arah lelaki itu. Eun Mi diam. Dia tidak tahu hendak berkata apa.
"Uncle kenal ke mommy?"
Yoongi tidak menghiraukan pertanyaan si kecil itu malah dia masih lagi menatap gadis dihadapannya.
"Yoon, jom balik." Kata Eun Mi lalu cepat-cepat menarik tangan anaknya.
"Mommy, muka uncle tu macam hero Yoon, kan?" Langkah Eun Mi terhenti seketika.
"J-jangan cakap yang dia..."
"Ya! Dia anak awak! Tapi tolong buat sementara waktu ini, jangan ganggu kami."
"Mommy..."
Yoongi mengejar gadis itu tetapi Eun Mi pantas meninggalkan perkarangan itu.
Agak-agak mereka bersatu balik tak?🤔
Asyileee vote 😘
YOU ARE READING
Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)
Romancesebuah perkahwinan yang dilakukan tanpa cinta tidak memberikan kebahagiaan buat mereka iaitu Min Yoongi dan Shin Eun Mi yang disatukan kerana terpaksa. kerana tiada rasa cinta diantara mereka, maka Shin Eun Mi telah diperlakukan dengan kasar oleh Mi...