Tap!Tap!
Tap!
Bunyi tapak kasut high heel itu bergema di seluruh ruang pejabat itu. Seorang gadis yang mengenakan pakaian berwarna hitam itu melangkah masuk kedalam bangunan itu dengan penuh bergaya.
Ditangannya terdapat sebuah fail. Mungkin untuk menghadiri sebuah sesi temuduga.
"Maaf, sesi temuduga telah pun selesai." Kata seorang wanita yang menjaga kaunter pendaftaran itu.
Dia menguak rambutnya kebelakang lalu berdecit kesal.
"Ada aku kisah?" Soal gadis itu.
Pekerja itu hanya menundukkan kepalanya apabila gadis itu tidak berhenti-henti dari memarahinya.
"Ada apa ni?" Soal Yoongi apabila kerjanya diganggu kerana bunyi bising.
Automatik gadis yang sedang emosi itu berubah menjadi lembut. Airmukanya dikawal sedaya upaya.
"Maaf, tuan. Untuk pendaftaran sesi temuduga telah pun selesai tapi cik ni tak berhenti-henti paksa saya untuk terima dia." Terang pekerja itu.
Yoongi memandang tajam ke arah gadis itu. Tiba-tiba sahaja dia teringatkan Serim.
'tch! Tak cukup kakak kau! Sekarang ni kau pulak!" Getus hati Yoongi. Manakala gadis itu hanya tersenyum.
Ya, Yoongi sangat mengenali gadis itu kerana Serim banyak bercerita tentang adiknya itu.
'Dalam kau nak memperbodohkan aku, apakata biar aku yang bodohkan kau.' Getus Yoongi lagi.
" Cancelkan yang lain. Aku terima dia. Bawa dia ke pejabat aku." Ucap Yoongi lalu beredar dari situ.
Pekerja itu hanya mengangguk. Manakala gadis itu membulatkan matanya tanda tidak percaya.
'Wow! Kau bantu aku untuk hancurkan keluarga kau sendiri. Cantik greenlight yang kau bagi kat aku!' bisik hati gadis itu lalu bibirnya mengukir senyuman sinis.
Chak! Eheks!
Jangan lupa vomment tau 😉😘
YOU ARE READING
Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)
Romancesebuah perkahwinan yang dilakukan tanpa cinta tidak memberikan kebahagiaan buat mereka iaitu Min Yoongi dan Shin Eun Mi yang disatukan kerana terpaksa. kerana tiada rasa cinta diantara mereka, maka Shin Eun Mi telah diperlakukan dengan kasar oleh Mi...