YoonMi menarik tangan ibunya hingga ke kolam renang. Puas si kecil itu memujuk sang ibu untuk ke kolam tetapi tetap sahaja ibunya tidak mahu. Akhirnya dia menarik sahaja tangan ibunya apabila sudah penat memujuk."Mi, jangan main tepi kolam. Licin, bahaya." Pesan Eun Mi lalu menyambung membaca buku.
Namun YoonMi tidak mengendahkan larangannya. Dia terus sahaja berjalan-jalan di tepi kolam renang itu.
Andai tersilap langkah, mungkin dia akan jatuh ke dalam kolam renang itu.
"YoonMi, hati-hati. Nanti jatuh." Pesan Eun Mi lagi tetapi tetap sahaja tidak diendahkan oleh YoonMi.
"MOMMY!!"
Akibat terkejut mendengar jeritan YoonMi, Eun Mi segera mencampak buku yang sedang dibacanya lalu segera menghampiri kolam itu.
"YoonMi! Oppa! YoonMi!" Jerit Eun Mi yang sudah ketakutan.
Eun Mi tidak tahu hendak berbuat apa-apa. Hatinya benar-benar takut melihat si kecil yang sedang terkapai-kapai di dalam air.
Yoongi yang baru sahaja tiba, segera masuk kedalam kolam lalu menyelamatkan YoonMi.
"Macam mana YoonMi boleh jatuh?" Soal Yoongi apabila sudah naik ke atas. YoonMi memeluk erat tubuh ayahnya sambil badannya menggigil-gigil kesejukan.
"Tadi... Saya..."
Belum sempat dia membuka mulutnya, percakapannya dipotong oleh Yeri.
"Kalau dah nakkan harta, anak pun sanggup dibunuh." Ucap Yeri membuatkan semua yang ada disitu terkejut.
"Apa kau merepek, ni?" Soal Yoongi.
"Saya cakap benda yang betul. Kalau oppa tak percaya, oppa tengoklah berapa banyak kemasukan duit dia." Balas Yeri.
Eun Mi hanya mengerutkan dahinya tanda tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh gadis itu.
Tanpa berlengah, Yoongi segera memeriksa kemasukan duitnya dalam telefon.
Memang betul apa yang dikatakan oleh Yeri. Separuh dari duitnya sudah tiada. Bahkan duit syarikat juga tinggal beberapa persen sahaja.
"Jadi selama ni kau buat baik dengan aku, buat baik dengan keluarga aku, semata-mata nakkan harta aku!?"
"Yoongi, saya tak..."
"Jawab aku EUN MI!!"
Airmatanya tumpah. Sumpah dia tidak tahu apa yang berlaku sekarang ini. Sejak bila dia ambil duit Yoongi? Bahkan dia sendiri tidak berani hendak menyentuh duit lelaki itu. Inikan pula, duit syarikat.
"Jadi selama ni kamu buat semua ni sebab nakkan harta kami?" Soal puan Min pula manakala Eun Mi hanya diam tanpa jawapan.
Akibat tidak tahan, Eun Mi segera beredar dari situ lalu menuju ke bilik tidurnya diikuti oleh Yoongi.
Dalam diam, Yeri tersenyum puas. Tak lama lagi, rancangannya akan berhasil.
Sesampai sahaja Yoongi di bilik, dia melemparkan beberapa jumlah duit ke arah muka Eun Mi. Eun Mi hanya diam.
(Kutip Eun Mi. Rezeki depan mata tu.)
"Kau nak sangat kan harta aku! Ambil semua duit tu!" Kata Yoongi.
Wajah Yoongi dipandang. Mata gadis itu sudah kemerahan akibat menahan tangisnya daripada jatuh.
"Harta tak penting, Yoongi. Yang saya nak adalah kasih sayang awak. Itu sahaja yang saya nak." Balas Eun Mi.
Yoongi tersenyum sinis.
"Orang kalau dah nakkan harta, dia takkan nak mengaku. Sampai anak sendiri pun sanggup buat macam tu." Kata Yoongi.
Eun Mi menarik nafas dalam-dalam lalu dihembuskan semula.
"Cukup Yoongi, cukup. Kalau saya nakkan harta awak, dah lama saya buat. Tapi saya tak nak semua tu. Saya ikhlas cintakan awak." Ujar Eun Mi.
"Kau ni memang..."
"Memang apa? Perempuan murah? Ya, memang saya perempuan murah! Puas hati awak, sekarang!? Dulu saya suruh awak ceraikan saya, awak taknak! Kalau dulu awak ceraikan saya, semua ni takkan berlaku! Dan hati saya takkan sakit untuk lalui semua ini! Saya penat! Saya penat dengan apa yang awak buat pada saya!" Luah Eun Mi.
Airmatanya ditahan sedaya upaya supaya tidak jatuh. Dia tidak mahu kelihatan lemah dimata lelaki itu. Dirinya sudah cukup penat untuk menangis lagi.
"Jadi sekarang kau nak cakap kat aku, minta aku ceraikan kau lah?" Soal Yoongi.
Wajah Yoongi dipandang. Jika ini yang terbaik untuk dirinya. Dia sanggup. Tapi bagaimana dengan anak-anaknya nanti, kalau dia sudah tiada di sisi mereka? Dapatkah Yeri menjaga anaknya dengan baik?
"Ya, ceraikan saya." Jawab Eun Mi.
"Baik.. SHIN EUN MI, AKU CERAIKAN KAU."
Gadis itu nampak tenang walaupun sebenarnya hatinya sangat sakit untuk berpisah dengan anak-anaknya nanti.
Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman sebelum mulutnya bergerak mengatakan sesuatu yang membuatkan Lelaki itu sangat terkejut.
"Terima kasih."
Eheks!
Ada yang menangis ke?
Muehehehehe
Jangan lupa, vomment tau😘💃
YOU ARE READING
Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)
Romancesebuah perkahwinan yang dilakukan tanpa cinta tidak memberikan kebahagiaan buat mereka iaitu Min Yoongi dan Shin Eun Mi yang disatukan kerana terpaksa. kerana tiada rasa cinta diantara mereka, maka Shin Eun Mi telah diperlakukan dengan kasar oleh Mi...