Sejak kejadian yang menimpa Eun Mi, yoongi sering berjaga malam untuk memikirkan tentang rancangannya.
Bahkan lelaki itu kurang tidur dan rehat yang secukupnya.
Puas Jimin menasihatinya agar rehat secukupnya namun dia tetap dengan hatinya yang degil.
(Ingat lagi tak masa Yoonki demam pastu YoonMi kena kurung dalam stor?)
Kini dia sedang berada di pejabatnya. Kepalanya disandarkan kepada kerusi untuk merehatkan dirinya.
Setelah itu dia mencapai telefonnya.
Terbuntang matanya apabila melihat Yoonki dan YoonMi yang sedang diperlakukan kasar oleh Yeri.
Ya, dia turut menghubungkan CCTV itu pada telefonnya supaya senang dia melihat segala kelakuan jahat gadis itu.
"Oh shit!" Carut Yoongi apabila dia terlupa yang pembantu rumahnya sedang mengambil cuti. Jadi tidak dapatlah dia mengasuh anak-anaknya ketika ketiadaannya.
"Perempuan ni makin melampau!" Ucap Yoongi.
Dan yup, dia bertekad untuk menyelesaikan rancangannya pada hari ini juga. Dia sudah tidak tahan melihat anak-anaknya pula yang diperlakukan kasar oleh Yeri.
Sewaktu kepulangannya, air mukanya dikawal sebaik mungkin.
"Tak boleh ke kalau sehari awak tak sebut tentang anak-anak awak?"
Soalan yang dikeluarkan oleh gadis itu cukup menyakitkan hati Yoongi.
Dia betul-betul sudah tidak tahan.
Marahnya semakin memuncak tatkala mendapati Yoonki demam panas.
Yeri pula terkejut besar sewaktu lelaki itu tahu keberadaan YoonMi. Ya, YoonMi dikurung di dalam bilik stor itu akibat cuba melawan cakapnya.
Apabila marahnya sudah tidak tertahan lagi, akhirnya dia melepaskan segala kemarahannya pada gadis itu.
Tidak lama selepas itu, mungkin dirinya dikuasai oleh perasaan marah dan penat, membuatkan lelaki itu jatuh pengsan setelah Yeri keluar meninggalkan rumah itu.
-TAMAT-
Dan berakhir sudah cerita DERITA DALAM BAHAGIA.. author nak ucapkan beribu-ribu terima kasih yang tak terhingga kepada semua para readers ff nii... So sempena tamatnya ff ni, author ada hadiah untuk korang.... So haraplah enjoy spesial chapter yang merupakan hadiah untuk korang... Thanks again!!
Stay strong stay health semua!!!
Jangan lupa vomment tau 😉😘
YOU ARE READING
Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)
Romancesebuah perkahwinan yang dilakukan tanpa cinta tidak memberikan kebahagiaan buat mereka iaitu Min Yoongi dan Shin Eun Mi yang disatukan kerana terpaksa. kerana tiada rasa cinta diantara mereka, maka Shin Eun Mi telah diperlakukan dengan kasar oleh Mi...