DDB 13

33 16 9
                                    


Yoongi mengepal tahannya apabila selesai melihat hasil rakaman cctv itu. Dadanya berombak-ombak menahan marah.

"Tak guna kau, Hoseok!"

Segala yang ada di atas meja diserabutkannya. Dia betul-betul marah. Lebih-lebih lagi apabila melihat Hoseok begitu rapat dengan Eun Mi.

"Yoongi, kenapa ni?" Tanya Eun Mi apabila dia tidak sengaja masuk ke dalam bilik itu.

Yoongi memandang ke arah Eun Mi. Tajam.

"M-maaf." Ucap Eun Mi lalu membuka langkah untuk keluar. Namun tidak sempat gadis itu mahu membuka langkah, tangannya ditarik oleh Yoongi.

"Seronok kan, tak puas dengan aku, cari jantan lain pula." Kata Yoongi.

Eun Mi mengerutkan dahinya tanda tidak faham.

Yoongi memusingkan komputer menghadap wanita itu. Butang 'play' ditekannya.

Bulat mata Eun Mi melihat video itu manakala Yoongi sudah tersenyum sinis.

"Itu... Itu..."

"Perempuan murah." Ucap Yoongi. Mata Eun Mi sudah berkaca. Hatinya sakit tatkala lelaki itu memanggilnya dengan gelaran murah.

"Itu salah faham.." kata Eun Mi cuba membela dirinya.

"Keluar sebelum lagi teruk kau kena." Arah Yoongi.

"Dengar..."

"KELUAR!!"

Eun Mi segera berlari keluar. Airmata yang jatuh dilap. Dia menuju ke arah tandas. Mata-mata yang memandang kearah nya tidak dihiraukan.

****

Kertas kerja disemak beberapa kali supaya tidak ada yang tertinggal.

Deringan telefon menghentikan kerja Yoongi. Lantas lelaki itu mengangkat tanpa melihat si pemanggil.

" Hello my Brother! Are you miss me?"

Matanya digulingkan tanda menyampah.

"Ada apa telefon aku?"

"Ala hyung ni, jim dah lama sampai kat airport ni. Marilah ambil Jimin sekejap."

Yoongi mendengus kasar. Sudahlah banyak kerja ditambah dengan adiknya lagi.

Min Jimin, adik kepada Min Yoongi yang menetap di luar negara. Kepulangannya ke tanah air nya semula kerana pengajiannya sudah tamat.

"Yalah. Yalah. Tunggu sekejap."

Talian dimatikan. Dia segera dia bangkit dari kerusi lalu keluar.

Tanpa berkata apa-apa, tangan Eun Mi ditarik olehnya.

Wanita itu terkejut namun melihatkan Yoongi yang tergesa-gesa itu dia membatalkan niatnya untuk bertanya.

Sesampai di tempat yang dituju, dia terus menghampiri Jimin yang sudah masam mencuka.

"Dari dulu sampai tak sekarang tak berubah. Dah cepat masuk, aku banyak kerja." Kata Yoongi.

"Beg?"

Yoongi mendengus geram.

"Oi perempuan. Angkat beg tu bawa masuk bonet." Arah Yoongi. Eun Mi segera patuh akan arahan Yoongi.

"Kau duduk belakang." Arah Yoongi pada Jimin. Lelaki itu hanya pelik.

"Habistu takkan dia yang duduk depan."

"Nak balik taknak?" Ucap Yoongi. Jimin senyum lalu segera masuk kedalam kereta.

Sepanjang perjalanan, mulut Jimin tidak henti bergelak ketawa dengan Eun Mi. Sesekali Jimin mengusik wanita itu walaupun dia belum mengenali wanita itu.

Panas hati Yoongi melihat Jimin yang bermain-main dengan rambut Eun Mi. Sekejap dia mencubit pipi wanita itu, sekejap dia memintal-mintal rambut wanita itu. Menyebabkan wanita itu hanya gelak dengan tingkah laku Jimin.















Amacam ada watak barulah...

Jeng3 agak-agak Jimin baik ke jahat?

Baru jumpa dah mesra macam tu

Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)Where stories live. Discover now