.2.

20 8 8
                                    


Tali leher yang tergantung pada leher Yoongi itu dibetulkan oleh Eun Mi sebelum tangannya naik merangkul leher lelaki itu.

Mereka berpandangan buat seketika.

Setelah itu mereka ketawa. Entah apa yang lucu pun tidak tahu.

"Dah, jom sarapan." Kata Eun Mi lalu cuba mengalihkan tangan Yoongi pada pinggangnya.

"Wait, where is my morning kiss?" Soal Yoongi lalu tangannya memeluk kembali pinggang gadis itu.

Eun Mi tersenyum lalu mencium sekilas bibir lelaki itu.

"Sweet. Thanks darling." Ucap Yoongi sambil mengenyitkan sebelah matanya.

Eun Mi hanya tersenyum malu.

Yoongi mencapai briefcase nya lalu mereka pun terus menuju ke ruang makan.

Bibir mereka mengukir senyuman tatkala melihat sang kakak dan sang adik sibuk menjamah sarapan pagi.

"Morning, our little princess." Ucap Eun Mi lalu melabuhkan punggungnya diatas kerusi diikuti oleh Yoongi.

Kedua-dua kanak-kanak itu membalas lalu menyambung kunyahan mereka.

Tidak banyak yang mereka sembangkan kerana masing-masing ingin mengejar masa.

Maklumlah, semua dah sibuk... Jadi masa tak bolehlah nak dibazirkan..

*****

Bunyi muzik yang dialunkan oleh para pemain muzik bergema kuat diseluruh ruang bilik muzik itu.

Masing-masing tekun dengan peralatan muzik masing-masing. Mata mereka setia memandang kearah kertas yang menjadi bantuan mereka dalam berlatih.

"Stop!" Arah Eun Mi apabila telinganya menangkap satu muzik yang dimainkan secara tidak selari.

"Pemain drum.." panggil Eun Mi sambil jarinya menyuruhnya berdiri.

"Kamu tahu dimana salah kamu?" Soal Eun Mi manakala lelaki yang memainkan peranan sebagai pemain drum itu hanya tunduk ketakutan.

Sejak gadis itu menjadi guru pelatih muzik, dia menjadi seorang yang sangat tegas. Namun dalam ketegasannya, ramai anak-anak muridnya yang telah berjaya.

"Do it step by step! Cara kamu bermain sangat lari dengan yang lain! Kertas yang saya bagi tu, untuk apa!? Jangan berlagak pandai! Sekarang, saya nak kamu mainkan balik muzik tadi! Pastikan kick tu biar cantik!"

Lelaki itu pantas mengangguk laju lalu kembali duduk.

(Lama tak belajar dah lupa😌tapi korang enjoy jerlah)

"One, two, three, four! One, two, three, four! One and two and three and four! One and two and three and four!"

"Stop! Good! Boleh pun.." Ucap Eun Mi.

"Now! Together!"

Mereka terus bermain. Sesekali Eun Mi menganggukkan kepalanya apabila bahagian yang dimainkan itu betul. Jika salah, terus sahaja ditegur secara terang-terangan.

Bahkan ada yang lemah, telah menarik diri kerana malu ditegur seperti itu. Jika yang bertahan itu, mereka kuat dan ingin belajar. Biasalah kalau mula-mula baru nak belajar, mestilah ditegur ataupun dimarah.

Lagipun teguran tu kan adalah salah satu semangat untuk terus bangkit.

"Ok, sampai disini dulu. Mana yang belum dapat lagi tu, banyakkan berlatih dan jangan mudah untuk putus asa." Kata Eun Mi sebelum mereka semua meninggalkan kelas itu.

Deringan telefon bimbitnya menghentikan aktivitinya dari mengemas segala peralatan-peralatan muzik itu.

Butang hijau ditekan lalu ditekapkan pada telinganya.

"Ok, ok saya segera kesana." Ucap Eun Mi lalu dia segera menapak keluar dari ruangan itu.

Hospital ditujunya. Dalam hatinya tidak berhenti berharap agar Yoonki baik-baik sahaja.

Ya, dia diberitahu oleh pihak sekolah Yoonki bahawa anak lelakinya itu telah ditahan di sebuah hospital kerana Yoonki tiba-tiba sahaja pengsan ketika sedang bermain dengan kawan-kawannya yang lain.

Airmatanya tidak berhenti mengalir. Beberapa kali gadis itu menelefon Yoongi tetapi tidak berjawab.

'ah, mungkin dia sedang sibuk.." getus hati Eun Mi.

Sebaik sahaja memarkir keretanya, dia terus berlari keluar.

Bilik yang menempatkan Yoonki segera ditujunya.

Hatinya... Patah dan remuk tatkala melihat muka pucat anak lelakinya itu.

Dia segera menghampiri anaknya lalu dipeluk tubuh kecil itu.

"Puan, boleh kita bercakap, sebentar?" Soal Doktor itu manakala Eun Mi hanya mengangguk.

"Hasil ujian yang kami lakukan, anak puan menghidap kanser paru-paru. Dari apa yang saya nampak, anak puan dapat diselamatkan jika segera melakukan rawatan." Terang doktor itu.

Eun Mi sedaya upaya menahan dirinya daripada menangis. Mengapa si kecil itu yang harus menanggung sakit? Mengapa bukan dia?

Setelah mengucapkan terima kasih kepada doktor itu dia segera menuju kearah Yoonki.

Kepala anak lelakinya itu diusap lembut lalu dia tersenyum.

"Mommy..." Panggil Yoonki. Lemah.

Airmatanya yang ingin jatuh segera disekanya. Dia cuba berlagak kuat walaupun hatinya meronta-ronta untuk menangis.

"Ya, sayang.."

"Ki nak balik. Ki taknak duduk sini." Omel kanak-kanak itu menyebabkan Eun Mi tertawa kecil.

"Sabar ya, sayang. Kejap lagi kita balik." Kata Eun Mi cuba memujuk anak lelakinya.

YoonKi mengangguk lemah lalu memeluk tubuh Eun Mi.

Bibirnya diketap kuat untuk menahan dirinya daripada menangis namun semakin ditahan semakin ingin keluar tangisan itu.

Akhirnya dia menangis sambil menekup mulutnya supaya tangisnya tidak didengari oleh Yoonki.




























































Fuhhh berbahagialah wahai pembaca ff ni... Sebab ini chapter pertama yang terpanjang antara chapter yang lain dan chapter ff lain...

Ada yang ikut menangis ke?

MUEHEHEHEHEHEHEHEHE

Apapun jangan lupa untuk komen dan vote 😘💃💕

Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)Where stories live. Discover now