Eun Mi masuk ke dalam rumah dengan perlahan-lahan. Pintu ditutup tanpa sebarang bunyi.Baru kakinya hendak melangkah menaiki tangga, tiba-tiba.....
"Baru balik?" Tanya Yoongi yang menatap Eun Mi tajam.
"Emmmm... T-tadi jumpa k-kawan.." Jawab Eun Mi gagap.
Yoongi senyum sinis.
"Kawan? Kawan sampai peluk-peluk!?"
Bahu Eun Mi terhinjut. Dia mula ketakutan.
"Aku tanya jawab!!" Tengking Yoongi.
"T-tak. T-tadi tu..."
PANG!!!
Satu tamparan hinggap di pipi mulus Eun Mi hingga dia terteleng.
Yoongi mencengkam rambut Eun Mi.
''S-sakit.."
"Aku bagi duit kat kau, untuk beli barang! Bukan menggatal!"
PANG!! Satu tamparan lagi hinggap di pipi Eun Mi. Dia hanya menahan sakit.
" Wahh!!! Perempuan jalang sudah balik." Ucap Serim yang tiba-tiba muncul.
Air mata Eun Mi jatuh. Sudahlah diperlakukan dengan kasar. Ditambah lagi dengan kata-kata yang menyakitkan.
"Kau buat lagi, kau memang kena dengan aku! Faham!?"
"T-tapi bukan ke..."
"Menjawab!!" Rambut Eun Mi dilepas kasar. Yoongi merangkul pinggang Serim lalu mereka pun meninggalkan Eun Mi yang masih menangis.
***
Panggilan ditamatkan. Eun Mi baru sahaja menjawab panggilan telefon daripada kawannya.
Jung hoseok. Lelaki yang telah menolongnya ketika dia hampir jatuh di kedai itu.
Bibir bawahnya digigit. Perasaan takut menguasai dirinya. Lelaki itu mengajaknya keluar namun dia takut untuk meminta izin daripada Yoongi.
"Oii perempuan. Harini aku balik lambat. Ataupun aku tak balik langsung." Ucap Yoongi lalu terus beredar meninggalkan rumah.
Eun Mi tersenyum didalam keperitan. Sejak kebelakangan ini, Yoongi jarang berada dirumah.
Langkah diatur menuju ke bilik. Eun Mi bersiap-siap untuk keluar.
Seruling kesayangannya turut dibawa kerana atas permintaan lelaki itu.
Sampai sahaja, hoseok terus meminta Eun Mi untuk memainkan serulingnya.
Alunan yang dikeluarkan oleh Eun Mi begitu mengasyikkan Hoseok. Kepalanya bergerak mengikut alunan muzik itu.
Hoseok memandang Eun Mi. Jujur dia rindu dengan perempuan dihadapannya ini. Cintanya pada perempuan ini masih belum hilang.
Hancur hatinya apabila mendapat tahu yang Eun Mi sudah menikah. Tapi dia menguatkan dirinya.
Mungkin Eun Mi bukan untuk dirinya.
"Aku akan tetap menunggu kau, Eun Mi."
Silalah vote n komen😁
Ku mengharap bintang itu ditekan dengan baik🙂
YOU ARE READING
Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)
Romancesebuah perkahwinan yang dilakukan tanpa cinta tidak memberikan kebahagiaan buat mereka iaitu Min Yoongi dan Shin Eun Mi yang disatukan kerana terpaksa. kerana tiada rasa cinta diantara mereka, maka Shin Eun Mi telah diperlakukan dengan kasar oleh Mi...