Kepulangan Yoongi disambut baik oleh Yeri. Gadis itu mengambil briefcase dan kot Yoongi lalu diletakkan di atas sofa sebelum dia turut melabuhkan punggungnya disebelah lelaki itu."Anak-anak mana? Ke dah tidur?" Tanya Yoongi. Yeri sedaya upaya menahan geramnya tatkala lelaki itu bertanyakan tentang YoonMi dan Yoonki. Bahkan setiap kali lelaki itu pulang, pasti yang disoalnya adalah anak-anaknya.
"Oppa, saya kan kat sini. Tak boleh ke kalau satu hari tak fikirkan diorang?"
Yoongi memandang tajam ke arah Yeri sebelum dia menjawab soalan gadis itu.
"Why not? Diorang anak-anak aku. Suka hatilah aku." Balas Yoongi lalu bangun meninggalkan Yeri yang kehairanan.
Lalu dia menuju ke arah bilik tidur Yoonki.
' Wait? Kenapa dia macam tu? Entah-entah dia dah tahu akan rancangan aku? Tak! Tak! Kalau Yoongi tahu, habislah aku. ' getus hati Yeri.
Yoongi menghampiri Yoonki yang sedang lena tidur dibuai mimpi.
Belum sempat tangannya naik untuk mengusap kepala anak lelakinya itu, Yoonki merengek kesejukan.
"Ki? Kenapa ni?" Tanya Yoongi sambil dahi dan leher Yoonki disentuhnya.
"Panas!" Kata Yoongi lalu dia segera menghubungi doktor peribadinya. Yoongi juga menyuruh pembantu rumah membuatkan teh panas untuk Yoonki.
Yeri yang baru sahaja tiba, segera menggigit bibir bawahnya. Takut, perasaan takut mula menguasai dirinya.
"Syukurlah anak tuan tidak mengalami demam yang serius. Cuma anak tuan hanya keletihan dan kurang makan." Terang doktor itu lalu meminta diri untuk pulang.
Yoongi menghela nafas lalu tubuh si kecil itu dipeluk.
"Maafkan daddy, sebab tinggalkan kamu pada orang yang salah." Ucap Yoongi serentak membuatkan Yeri terkejut. Gadis itu hanya membulatkan matanya.
"Dah, sekarang ni Yoonki rehat. Daddy nak tengok YoonMi sekejap." Kata Yoongi pula membuatkan Yeri semakin kecut perut.
Yoongi keluar dari bilik itu tanpa menghiraukan Yeri yang sedang berdiri di pintu masuk bilik itu. Lantas gadis itu segera mengikuti langkah Yoongi.
"Oppa..." Panggil Yeri lalu tangan Yoongi cuba dicapainya namun Yoongi cepat-cepat menepisnya dengan kasar.
"Tak cukup lagi dengan apa yang kau dah buat pada bini aku?" Soal Yoongi. Mukanya jelas nampak kemerahan akibat menahan amarah yang sudah menggunung.
Yeri hanya mengerutkan dahinya tanda tidak faham akan apa yang dikatakan oleh Yoongi.
Yoongi memandang tajam ke arah gadis itu sambil tangannya ligat membuka kunci pintu bilik stor yang berada disebelahnya.
Pintu dibuka dengan kasar manakala Yeri membulatkan matanya tanda tidak percaya.
Dari dalam stor itu, dapat dia lihat yang YoonMi sedang terbaring lemah diatas lantai.
"Oppa.. dengar dulu..."
"DENGAR APA LAGI!? INI YANG KAU NAK, KAN!? KAU NAK KELUARGA AKU HANCUR!! DAN SEKARANG DAH PUN HANCUR!!"
"B-bukan..."
Tepat pada masanya. Ketika mereka sedang berperang mulut, keluarga Yoongi datang. Lantas mereka menghampiri Yoongi dan Yeri yang sedang berperang mulut itu.
"Kau jangan ingat, aku bodoh untuk dipermainkan oleh kau! Kau dengan kakak kau sama saja!"
Yeri sudah tidak tentu arah. Mulutnya terkunci rapat untuk membalas kata-kata lelaki itu.
"Aku belum bodoh, Yeri. Dari awal lagi aku dah tahu semua rancangan kau. Tapi aku nak tengok sejauh mana kau cuba nak hancurkan keluarga aku." Kata Yoongi membuatkan puan Min terkejut. Jimin? Dia pun sudah tahu dan dia bekerjasama dengan Yoongi dalam hal ini.
Tiba-tiba Yeri melepaskan tawanya membuatkan Yoongi semakin panas.
"Baguslah kau dah tahu. Ya, memang aku nak hancurkan keluarga kau. Sebab aku nak balas dendam atas kematian kakak aku." Ujar Yeri.
BUKK!!
Satu tumbukan singgah di pipi Yeri namun gadis itu masih dengan tawanya.
"KALAU KAU NAK BALAS DENDAM SEKALIPUN, JANGAN PERNAH KAU LIBATKAN ISTERI DAN ANAK-ANAK AKU!!"
Yoongi betul-betul dikuasai oleh marahnya. Hatinya semakin sakit tatkala teringatkan Eun Mi yang sedang menanggung sakit.
"Dah terlibat pun." Balas Yeri lalu pipinya ditumbuk lagi oleh Yoongi.
Lelaki itu betul-betul melepaskan marahnya sehingga dia tidak sedar akan Yeri yang sudah lemah akibat pukulannya.
"Yoongi, cukup! Cukup!" Jerit puan Min namun Yoongi tidak mengendahkannya. Gadis itu tetap sahaja dipukulnya.
"Biar dia rasa macam mana Eun Mi rasa!" Kata Yoongi.
Jimin segera menghampiri Yoongi lalu tubuh yoongi ditarik kasar sehingga badan lelaki itu terdorong ke belakang.
"Kawal perasaan kau!" Marag Jimin cuba menyedarkan Yoongi.
"Suruh perempuan itu keluar sekarang! Sekarang!" Jerit Yoongi.
Melihatkan Jimin tidak memberi sebarang reaksi, Yoongi bertindak menarik rambut Yeri namun cepat-cepat gadis itu memeluk erat kaki Yoongi.
"Maafkan saya! Maafkan saya! Tolong jangan halau saya! Kalau saya mengandung macam mana..." Kata Yeri tetapi lelaki itu semakin mengcengkam kuat rambut gadis itu membuatkan Yeri meringis kesakitan.
Yoongi duduk melutut di hadapan gadis itu.
"Celah mana kau mengandung? Aku tanya celah mana kau akan mengandung!?" Soal Yoongi sambil tangannya terus menarik kasar rambut Yeri.
Yeri hanya mampu menangis menahan sakit.
"Kau dengar sini! Perempuan macam kau, tak layak untuk disentuh! JIJIK! Kata Yoongi.
Yup, memang Yoongi ada melakukan hubungan itu, tapi tak lebih dari ciuman kerana Yoongi akan memberikan Yeri minum air yang telah dicampur dengan ubat tidur sebelum mereka melakukan hal itu.
Rambut gadis itu dilepaskan dengan kasar.
"Kau keluar! Keluar!" Jerit Yoongi sambil menolak-nolak badan gadis itu.
"Perempuan durjana." Ucap Yoongi sebelum badannya rebah di atas lantai lalu mati. Eh silap, lalu tidak sedarkan diri.
Jimin yang terkejut segera memapah Yoongi lalu segera dibawa ke hospital.
YoonMi? Kanak-kanak itu sudah dibawa ke hospital oleh Hoseok seawal kedatangan mereka dirumah itu.
"Mama tengokkan Yoonki. Jim bawa Hyung ke hospital dulu." Ucap Jimin lalu segera beredar dari situ.
Puan Min hanya mengangguk dan segera menuju ke arah bilik tidur Yoonki.
Eheks!
Amacam terkejut tak?
Muehehehehehehehehe!!
Sabar2 lagi ciket jer nak habis..
Jangan lupa vomment tau 😉😘
YOU ARE READING
Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)
Romancesebuah perkahwinan yang dilakukan tanpa cinta tidak memberikan kebahagiaan buat mereka iaitu Min Yoongi dan Shin Eun Mi yang disatukan kerana terpaksa. kerana tiada rasa cinta diantara mereka, maka Shin Eun Mi telah diperlakukan dengan kasar oleh Mi...