Malam itu, keluarga Yoongi berkumpul tetapi dengan suasana yang berbeza kerana kali ini menyambut kepulangan Jimin.Badan Puan Min dipeluk erat oleh Jimin. Melepaskan rindu yang sudah sekian lama terpendam.
"Chim rindu sangat-sangat kat mama." Ucap Jimin yang masih tidak melepaskan pelukan itu.
"Aigoo anak mama. Dah 20 tahun pun masih manja macam ni." Kata Puan Min.
"Manja dengan mama jer."
Puan Min gelak. Sungguh terhibur melihat celoteh Jimin.
"Yoongi, Eun Mi mana?" Tanya Puan Min apabila menyedari Eun Mi tiada.
"Sekejap lagi dia turun." Jawab Yoongi.
"Maaf lambat." Ucap Eun Mi lalu melabuhkan punggungnya disebelah Yoongi.
"Ouh, pembantu peribadi hyung ni memang kena sentiasa ada dengan hyung, eh?" Tanya Jimin. Pelik. Dari awal kedatangan wanita itu sehinggalah sekarang, dia masih tidak tahu siapa wanita itu sebenarnya.
"Bukan setakat pembantu peribadi tetapi kakak ipar kamu juga tau." Kata Puan Min apabila Yoongi hanya berdiam diri.
"MWO!! Wahh patutlah tadi tak bagi Chim duduk depan." Ujar Jimin. Yoongi hanya memandang tajam kearah Jimin.
"Kenalkan Jimin. Min Jimin. Nak panggil Jim boleh, Chim boleh, Mochi pun boleh." Ucap Jimin lalu menongkatkan dagunya menggunakan kedua-dua tangannya. Matanya turut dikedipkan beberapa kali disertai dengan senyuman manisnya. Eun Mi hanya tersenyum melihat gelagat Jimin.
"Eun Mi. Shin Eun Mi." Ucap wanita itu pula.
"Cantik Noona Jimin, ni." Puji Jimin. Yoongi berdehem seketika.
"Hyung dah kahwin ni, perempuan gatal tu hyung campak kat mana?" Tanya Jimin apabila teringatkan kekasih abangnya. Bukan dia tidak kenal akan abangnya, sekali jatuh cinta, memang susah nak lupakan.
"Campak dalam hati." Jawab Yoongi lalu menyumbat kasar sosej kedalam mulut Jimin.
"Hyung ni!" Jerit Jimin.
Eun Mi gelak walaupun dia sedikit terasa dengan kata-kata Yoongi.
"Tak apa, Noona. Kalau hyung hancurkan hati Noona, biar Chim yang satukan balik hati Noona." Ucap Jimin lalu tangannya membuat bentuk hati.
Puan Min dan yang lain hanya menggeleng melihat sikap Jimin itu manakala Yoongi memijak geram kaki Jimin menyebabkan lelaki itu mengaduh sakit.
Terhibur tak😆
YOU ARE READING
Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)
Romancesebuah perkahwinan yang dilakukan tanpa cinta tidak memberikan kebahagiaan buat mereka iaitu Min Yoongi dan Shin Eun Mi yang disatukan kerana terpaksa. kerana tiada rasa cinta diantara mereka, maka Shin Eun Mi telah diperlakukan dengan kasar oleh Mi...