Flashback 3

19 9 19
                                    


Masih ingat tak chapter 6+7, yang Yoongi mabuk tu? Kalau tak ingat, boleh baca balik chapter tu...

-----------------------------------------------------

Hoseok memandang geram ke arah Yoongi. Jika diikutkan hatinya mahu sahaja dia mendaratkan sebuah tumbukan padu pada pipi lelaki itu.

"Aku dah cakap awal-awal. Buang panas baran kau. Kau degil." Kata Hoseok manakala Yoongi hanya menundukkan kepalanya.

"Aku salah. Aku stress waktu tu. Aku serabut dengan kerja aku." Balas Yoongi.

"Habis, Noona macam mana?" Soal Jimin.

"Dia okay. Nanti aku cuba pujuk dia." Jawab Yoongi lalu kembali meneguk minuman keras itu. Muzik yang bergema dan bingit itu sedikit pun tidak mengganggu mereka.

"Weyh, perempuan tu lah. Apa nama dia, yeli, jeli.." ucap Jimin serentak Hoseok dan Yoongi memandang ke arah seorang gadis yang sedang rancak menari.

"Tch! Dia ni kacau lah!" Protes Yoongi.

"So, kau nak teruskan plan kau yang tu?" Soal Hoseok apabila teringatkan rancangan yang dirancang oleh Yoongi 2 hari lepas.

Yoongi mengangguk.

"Apa-apa jadi kau tanggung sendiri. Aku dan Jimin pantau dari jauh." Kata Hoseok lalu beredar dari situ diikuti oleh Jimin.

Back to Yeri...

Yeri yang sedang rancak menari itu terhenti apabila melihat susuk tubuh milik Yoongi itu.

Lantas bibirnya mengukir senyuman sinis lalu segera menghampiri Yoongi.

Cawan yang berisi penuh dengan air yang memabukkan itu dipandangnya. Dia meneguk air itu buat kali ketiga.

Rasa air itu sekurang-kurangnya mengurangkan sedikit tekanannya.

Sesekali Yoongi menggelengkan kepalanya apabila sudah berasa mabuk. Walaupun begitu, tidak menghalangnya untuk tetap meminum air itu.

"Tuan?" Ucap yeri lalu melabuhkan punggungnya disebelah lelaki itu.

Yoongi hanya memandang sekilas ke arah gadis itu lalu kembali menatap cawan yang berisi wain merah itu.

"Awak ada masalah ke?" Soal Yeri apabila melihat lelaki itu sudah mabuk teruk.

"Tch, bukan urusan kau lah." Kata Yoongi lalu merebahkan kepalanya diatas meja. Matanya dipejamkan buat seketika cuba berlagak seperti yang dia sudah mabuk teruk.

Yeri tersenyum sinis.

"Kalau tuan ada masalah, kongsilah dengan saya. Mana saya tahu boleh tolong." Ucap Yeri lalu tangannya naik mengusap lembut bahu lelaki itu menyebabkan Yoongi mengangkat wajahnya.

'Daripada aku kongsi dengan kau, baik aku kongsi dengan minah jual sampah. Daripada kau, perangai sampah.' bisik hati Yoongi.

Yoongi tidak menghiraukan pertanyaan gadis itu malah terus meneguk rakus minuman itu. Apabila sudah habis, diganti pula dengan yang baru.

Kini dia betul-betul berlagak seperti sudah mabuk teruk. Dalam diam Yeri tersenyum.

"Tuan?" Panggil Yeri. Dalam diam, Yoongi tersenyum sinis.

Yoongi memandang ke arah gadis itu. Pandangannya agak samar-samar tetapi Yoongi tetap menguatkan dirinya.

Tangan lelaki itu naik menyentuh pipi Yeri lalu diusap perlahan. Yeri pula membiarkan sahaja lelaki itu sambil menikmati setiap usapan yang diberikan oleh Yoongi. Matanya turut dipejamkan.

"Eun Mi..." Ucap Yoongi sebelum dia pengsan.

Yeri tersenyum sinis lalu dia cuba mengejutkan Yoongi dengan suara yang dibuat secara panik.

Dari jauh, Hoseok melihat dengan tidak senang hati.

"Weyh, Yoongi mabuk teruk tu. Kalau jadi betul-betul, aku takkan maafkan dia." Kata Hoseok manakala Jimin hanya tenang.

"Kau rilekslah. Aku kenal hyung macam mana. Setakat 3, 4 cawan dia masih tak mabuk."  Balas Jimin.

"Seriuslah?"

"Ya, dah sekarang jom ikut diorang." Kata Jimin lalu bangun apabila melihat Yeri sedang memapah keluar Yoongi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tubuh Yoongi dibaringkan keatas katil. Lalu wajah Yoongi diusap lembut dengan bibirnya tidak lepas dari mengukir senyuman sinis.

"Tak sia-siakan usaha aku." Ucap Yeri lalu ketawa. Tiba-tiba Yoongi tersedar lalu memuntahkan segala isi perutnya pada pakaian Yeri.

Setelah Yoongi selesai memuntahkan segala isi perutnya, dia kembali tidur.

Mulut Yeri ternganga dan terkejut dengan tindakan lelaki itu.

"Tak guna punya jantan!" Marah Yeri lalu tuala basah diambil dan dilap kasar seluruh muka lelaki dan leher lelaki itu.

'apa rasa kau eh?' bisik hati Yoongi. Ah, lelaki itu hanya berpura-pura tidur. Sedaya upaya dia menahan tawanya daripada keluar.

Setelah itu Yeri bangun, lalu bilik air ditujunya untuk membersihkan dirinya.

Perlahan-lahan Yoongi membuka matanya. Sakit pada kepalanya semakin kuat tetapi dia tetap menggagahkan dirinya untuk bangun.

Segelas air kosong yang sedang berada di atas meja itu diambilnya. Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam poketnya lalu dimasukkan ke dalam air itu.

Lalu dia kembali berbaring di atas katil.

Tidak lama kemudian, Yeri keluar dari bilik air dengan menggunakan bathrobe. Air kosong yang berada di atas meja tadi diambil lalu diteguk sehingga habis.

Perlahan-lahan dia menghampiri Yoongi lalu butang baju lelaki itu dibuka.

Belum sempat bibir lelaki itu disambarnya, dia sudah jatuh pengsan disebelah Yoongi.

Melihatkan gadis itu sudah pengsan, Yoongi segera bangun. Wajah Yeri dipandang.

"Kasihankan kau. Kau kejar aku, aku kejar kau. Hahaha." Ucap Yoongi.

Tepat pada masanya, Jimin  dan Hoseok datang. Hoseok dengan cemas segera menghampiri Yoongi.

"Bro, kau ok? Perempuan itu ngap kau ke? Dia buat apa-apa kat kau?" Soal Hoseok bertubi-tubi manakala Yoongi hanya gelak.

"Rilek, aku dah bagi dia ni." Kata Yoongi sambil menunjukkan satu plastik kecil berisi ubat tidur.

"Wah! Tak sangka kau pandai." Puji Hoseok manakala Yoongi ketawa.

"Memang nak bersembang sampai esok, ke?" Soal Jimin pula apabila kedua lelaki itu rancak bersembang.

Hoseok dan Yoongi hanya senyum.

"Ok, kitorang chaw dulu. Apa-apa bagitahu." Kata Hoseok lalu keluar.































































































Eheks!
Jangan lupa vomment tau 😉😘

Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)Where stories live. Discover now