.14.

23 8 29
                                    


Bilik tidur dikemas oleh Eun Mi sementara menunggu sarapan siap dihidangkan.

Awalnya dia ingin membantu memasak didapur, tetapi apabila melihatkan kehadiran Yeri membuatkan moodnya tiada.

Jadi dia mengambil keputusan untuk mengemas bilik sahaja. Malas mahu bersua muka dengan gadis itu.

Pintu bilik diketuk oleh Puan Min. Lalu dia segera menapak masuk ke dalam bilik itu.

"Eun, jom makan. Semua kat bawah dah tunggu." Kata puan Min.

Eun Mi tersenyum lalu mengangguk. Lalu dia mengikuti langkah Puan Min.

Seperti biasa, suasana ketika makan agak sunyi. Tiada siapa pun yang berani membuka mulut semenjak kejadian itu.

Sesekali matanya memandang tajam ke arah Yeri yang sibuk menarik perhatian Yoongi. Terbit satu senyuman sinis dibibirnya.

'Tak cukup kasih sayang, betul. Sampai suami orang pun nak kebas.' getus hati Eun Mi.

"Saya dah siap makan." Ucap Eun Mi lalu segera bangun dan beredar dari situ. Ruang tamu ditujunya lalu punggungnya dilabuhkan di atas sofa.

Alat kawalan jauh diambil lalu televisyen dihidupkan. Dia cuba berlagak tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tetapi tetap sahaja fikirannya kacau.

"Sayang..." Panggil Yoongi. Eun Mi hanya memandang sekilas ke arah lelaki itu lalu kembali menonton tv.

"Aku nak bagitahu sesuatu kat kau." Kata Yoongi.

Puan Min, Yeri dan Jimin juga turut melabuhkan punggung mereka diatas sofa.

"Nak cakap, cakap sahajalah." Balas Eun Mi dengan malas.

"Aku... Aku akan kahwin dengan Yeri." Ucap Yoongi menyebabkan gadis itu memandang ke arahnya dengan terkejut. Manakala Yeri sudah tersenyum. Jimin dan puan Min juga turut terkejut.

Eun Mi menghela nafas kasar.

"Awak lelaki gila yang pernah saya kenal. Langsung tiada hati dan perasaan." Ucap Eun Mi lalu beredar dari situ.

Yoongi memandang ke arah puan Min.

"Mama, tolong restukan kami." Ucap Yoongi.

"Hyung, kau dah gila, ke?" Soal Jimin.

"Kau diam. Ini urusan aku bukan urusan kau." Jawab Yoongi.

"Kau tak kasihankan unnie, ke? Soal Jimin lagi.

"Dia isteri aku, pandai-pandailah aku selesaikan." Kata Yoongi menyebabkan Jimin berdecit kesal.

"Kalau ada apa-apa masalah lagi, jangan cari aku." Ucap Jimin lalu turut beredar dari situ.

"Mama, tolong restukan Yoongi dan Yeri." Rayu Yoongi.

Puan Min mengeluh berat lalu wajah anak lelakinya itu dipandang.

"Mama akan restui kamu. Tapi dengan syarat, isteri kamu pun merestui kamu." Kata Puan Min.

Yoongi segera bangun lalu bilik tidurnya dituju. Perlahan-lahan dia membuka pintu lalu menghampiri Eun Mi yang sedang termenung.

Gadis itu tidak menangis, hanya termenung. Mungkin dia sudah penat untuk mengalirkan airmatanya lagi.

Bahu gadis itu dipegang tetapi Eun Mi segera menepis.

"Sayang..." Panggil Yoongi namun tidak diendahkan oleh gadis itu.

"Sayang, please... Kali ini sahaja aku minta dengan kau." Kata Yoongi.

Wajah Yoongi dipandang.

"Baik, tapi ceraikan saya." Balas Eun Mi menyebabkan Yoongi membulatkan matanya tanda terkejut.

"Tak. Aku takkan ceraikan kau."

"Why?"

"Aku cintakan kau dan aku pun cintakan dia. Jadi aku takkan sesekali lepaskan kau. Kau pun tahu kan kalau aku dah jatuh cinta, susah untuk aku lupakan." Terang lelaki itu.

"Tapi cinta awak tak setia pada yang satu. Tak cukup lagi ke awak dah seksa hati saya sebelum ini?" Balas Eun Mi lalu segera bangun dari duduknya.

Baru sahaja gadis itu ingin melangkah pergi, tangannya ditarik oleh Yoongi menyebabkan dia jatuh terbaring di atas katil. Tubuh gadis itu segera ditindihnya.

"Tepilah..." Kata Eun Mi. Wajahnya dialihkan ketepi sementara tangannya cuba menolak badan lelaki itu.

"Sayang, tolong faham perasaan aku."

"Faham perasaan awak? Habis perasaan saya macam mana?"

"Sayang..."

Tiba-tiba mata Eun Mi tertumpu pada pintu biliknya yang sedikit terbuka. Dari celahan pintu itu, dia dapat melihat yang Yeri sedang melihat kelakuan mereka.

Lantas dia mengukir senyuman sinis.

Yoongi yang tidak berhenti merayu itu terdiam apabila Eun Mi meragut bibirnya. Walaupun terkejut, dia cuba membalas.

Panas, hati Yeri panas. Tangannya dikepalkan tanda geram lalu dia segera beredar dari situ dengan perasaan marah.

Tangan Yoongi yang cuba membuka butang baju Eun Mi itu segera ditahan oleh Eun Mi apabila melihatkan Yeri sudah tiada.

Dia menolak kasar tubuh Yoongi lalu dia bangun dari baringnya. Butang bajunya yang sudah terbuka dikancingkan kembali.

"Kenapa, sayang?" Soal Yoongi yang kehairanan.

"Saya nak mandi." Balas Eun Mi lalu bangun namun dia kembali berbaring apabila Yoongi pantas menarik tangannya.

Pipi gadis itu dielus perlahan.

"Kau dah buat aku turn on, lepastu kau nak pergi macam tu jer?"

Eun Mi tersenyum.

"Yes, why not?"

"Ok, kalau kau pergi, apa kata kalau aku dengan Yeri?" Cabar Yoongi namun gadis itu langsung tidak terkejut bahkan bibirnya mengukir senyuman.

"Wow! It's amazing! If u with her, how about i with jungkook? Atau nak lagi seronok, dengan Jimin?" Balas Eun Mi.

Yoongi membulatkan matanya. Wah, isterinya sudah pandai melawan kata-katanya sekarang. Jika dulu dia tidak berani, tapi sekarang sudah jauh berubah.

"Never." Kata Yoongi lalu bibir isterinya dipagut sementara tangannya menahan tangan Eun Mi yang cuba memberontak.




































































CHAK!!
Muehehehehehehehehe.... Apa rasa anda?
Jangan lupa vomment tau😘😁

Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)Where stories live. Discover now