DDB 10

33 16 20
                                    


Eun Mi dan Yoongi bersiap-siap untuk menghadiri sebuah majlis meraikan kejayaan syarikat.

Baju yang dikenakan oleh Eun Mi amat menarik perhatian Yoongi. Sedikit sebanyak sebenarnya dia kagum dengan wanita itu. Bukan dari segi penampilannya juga malah wanita itu cekap melakukan kerja walaupun beberapa kali dia melakukan kesalahan kecil. Bahkan lebih menarik daripada Serim.

Namun egonya yang setinggi langit, hati wanita itu banyak kali disakitinya.

Sampai sahaja, Yoongi dan Eun Mi terus mengambil tempat yang sudah disediakan.

Baru sahaja wanita itu ingin duduk di sebelah Yoongi, Serim cepat-cepat menahan Eun Mi. Lalu dia pun duduk di kerusi itu. Eun Mi hanya diam.

"Maaf, saya dapat dulu." Ucap Serim lalu memeluk lengan Yoongi. Eun Mi hanya tersenyum. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia menarik-narik mulut perempuan sundal itu.

(K aku pulak yg geram.)

"Eh, tak..." Belum sempat Eun Mi berkata sesuatu, pinggangnya yang ramping itu dipeluk seseorang.

Bulat mata Yoongi. Hatinya panas tapi dia lebih mendiamkan diri dulu.

"Jom duduk sebelah saya." Ajak Hoseok. Sebenarnya dari tadi lagi dia memerhatikan Eun Mi. Melihat wanita itu tidak memberikan sebarang reaksi pada Serim, dia pun berniat untuk mengajak Eun Mi duduk disebelah nya.

Melihatkan Yoongi yang masih membiarkan lengannya dipeluk Serim, dia mengeratkan lagi pelukan pada pinggang Eun Mi.

Mahu sahaja dia ketawa melihat Yoongi yang memandangnya tajam. Tapi ditahan sahaja. Lalu dia pun membawa Eun Mi ke mejanya.

"Sepadan kan mereka berdua." Ucap Serim.

Hampir tersembur air yang diminum oleh Yoongi apabila mendengar kata-kata wanita itu.

Yoongi hanya mengangguk lalu mengelap mulutnya dengan tisu.

Jujur disudut hatinya, dia sangat cemburu melihat gelak tawa Eun Mi dan Hoseok. Dia betul-betul cemburu.

Majlis tari-menari sudah dimulakan. Masing-masing sibuk dengan pasangan masing-masing.

Niat Yoongi untuk mengajak Eun Mi menari bersamanya terbantut apabila Hoseok terlebih dahulu mengajaknya. Akhirnya dia menari bersama Serim.

Tapi matanya sesekali memandang kearah pasangan itu.

Dalam diam, Hoseok tersenyum. Dia berjaya membuatkan Yoongi cemburu. Bukan dia tidak tahu apa yang berlaku pada rumahtangga mereka, cuma Hoseok sahaja buat-buat tidak tahu.

Keadaan Eun Mi dan Hoseok sangat rapat. Mungkin beberapa inci lagi bibir mereka bertembung.

Akibat tidak tahan melihat mereka, Yoongi akhirnya menarik tangan Eun Mi lalu keluar dari dewan itu.

Beberapa kali Serim cuba menghalang  Yoongi, namun hampa.

Sepanjang perjalanan, Eun Mi hanya diam. Dia tahu Yoongi marah padanya kerana melihat air muka Yoongi yang tegang itu.

"A-awak ok?" Tanya Eun Mi apabila mereka sudah sampai.

"Turun." Arah Yoongi. Dingin.

"Awak..." Yoongi memandang tajam ke arahnya. Cepat-cepat Eun Mi menunduk.

Yoongi keluar lalu menarik tangan Eun Mi. Ditarik Eun Mi sehingga ke dalam biliknya.

"K-kenapa..."

Badan Eun Mi ditolak ke dinding. Eun Mi hanya meringis kesakitan. Pergerakan wanita itu langsung dikunci oleh Yoongi. Eun Mi hanya menunduk ketakutan.

"Kau tahu kenapa aku macam ni?" Tanya Yoongi lalu mengusap pipi Eun Mi. Diangkat wajah wanita itu untuk memandangnya.

Eun Mi menggeleng perlahan.

"Cemburu. Kau tahu cemburu. Hati aku sakit tengok kau dengan lelaki itu." Kata Yoongi.

Eun Mi diam.

"Kau tak cemburu ke tengok aku dengan Serim?" Tanya Yoongi sambil tangannya masih mengusap pipi Eun Mi.

"K-kalau saya c-cemburu pun, saya tak boleh buat apa." Jawab Eun Mi.

Yoongi smirk.

"Boleh. Kau boleh buat." Kata Yoongi.

Eun Mi mengerutkan dahinya lalu memandang ke arah Yoongi.

"M-maksud a-awak?"  Ucap Eun Mi gagap.








"Layan aku malam ni."





























Bertenang, bertenang, bertenang..

Happy ending

Or

Sad ending

Jgn lupa vote😘



Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)Where stories live. Discover now