Special chapter 1

25 13 3
                                    


Eun Mi mengusap perutnya perlahan-lahan disertai oleh sebuah senyuman. Dia baru sahaja selesai mengemas rumah.

Sejak dia mengandungkan anaknya yang kedua itu, rajinnya semakin menjadi-jadi. Ada sahaja benda yang dibuatnya walaupun kerapkali Yoongi melarangnya supaya jangan terlalu banyak membuat sebarang pekerjaan.

"Anak Mommy suka tidur.. setiap kali mommy nak ajak sembang mesti diam jer.." kata Eun Mi sambil tangannya masih mengusap perutnya.

"Tak sabar mommy nak tengok muka kamu nanti." Katanya lagi.

Masih berbaki lagi 3 bulan untuk dia melahirkan anaknya itu.

"Sayang, hari ni buat kerja berat-berat ke?" Tanya Yoongi lalu memeluk tubuh gadis itu. Tangannya mengelus-elus perut Eun Mi yang semakin membesar.

Eun Mi hanya senyum lalu menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Kemas sikit-sikit je, apa yang patut." Ujar Eun Mi lalu mencium sekilas pipi suaminya menyebabkan lelaki itu tersenyum malu.

"Jangan penat-penat sangat tau. Oppa taknak sayang sakit nanti." Ucap Yoongi. Eun Mi hanya menganggukkan kepalanya.

"Malam ni, nak pergi rumah mama dan papa, kan?" Tanya Eun Mi apabila dia teringatkan yang Puan Min menyuruh mereka untuk datang makan malam bersama.

Yoongi mengangguk.

"Kalau macam tu, saya nak bersiap jap. Nanti kalau lambat, merajuk pulak si YoonMi tu." Kata Eun Mi lalu segera menuju ke dalam biliknya diikuti oleh Yoongi.

*****

"Mommy!" Jerit si kecil itu lalu segera mendapatkan ibunya. Kaki Eun Mi dipeluk erat olehnya. Eun Mi duduk melutut untuk menyamai ketinggian anak perempuannya. Kepala anaknya diusap sebelum dia memeluk tubuh si kecil itu. Walaupun baru seminggu tidak bertemu, namun rindu terhadap anak perempuannya itu sangat dalam.

"Mommy dan daddy sihat? Yoon rindu mommy dan daddy."

"Sihat, sayang. Anak Mommy nakal tak duduk kat sini?" Tanya Eun Mi.

"Tak." Jawab si kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Mommy, nak cium adik." Pinta si kecil itu apabila melihat Eun Mi ingin berdiri.

Eun Mi senyum lalu kembali duduk supaya si kecil itu dapat mencium adiknya.

"Dah, jom kita makan." Ajak Yoongi lalu mendukung tubuh si kecil itu. Pipi si kecil itu turut dicium oleh Yoongi menyebabkan si kecil itu ketawa terkekeh-kekeh.

Sepanjang menjamah makanan, mulut si kecil itu tidak pernah hendak diam. Ada sahaja yang keluar dari mulutnya walaupun mulutnya penuh dengan makanan.

Eun Mi dan Yoongi hanya mampu tersenyum melihat gelagat si kecil mereka. Banyak kali disuruh diam, tetapi diam sekejap nanti bising semula.





"Tuhan, semoga kebahagiaan ini kekal sehingga ajal maut memisahkan kami."


































😁😁😁
Asyileee vote 😘 semoga korang terhibur walaupun tak seberapa 😂 tapi tunggu ada special chapter seterusnya 😉

Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)Where stories live. Discover now