Suasana didalam bilik yang menempatkan Yoongi itu sangat sunyi. Hanya kedengaran bunyi dari mesin pernafasan yang menjadi bantuan kepada Yoongi untuk bernafas sahaja yang kedengaran.Yup Min Yoongi, lelaki itu sudah dua hari tidak sedarkan diri setelah kejadian dimana dia pengsan itu.
Wajahnya yang pucat seperti mayat itu ditatap lama oleh Jimin.
"Jimin, Yoongi masih tak sedar, ke?" Tanya Puan Min yang baru sahaja tiba bersama dengan cucunya. Siapa lagi kalau bukan dan Yoonki. YoonMi? Kanak-kanak itu masih ditahan di sebuah.
Perlahan-lahan Jimin menggeleng. Tangan Yoongi digenggam kemas oleh puan Min. Hati ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya seperti itu. Sanggup berkorban tetapi isteri terkorban. K joke.
"Nenek, kenapa lama sangat daddy tidur?" Soal Yoonki yang sudah memanjat katil itu lalu turut berbaring di sebelah Yoongi.
Puan Min tersenyum apabila mendengar soalan yang meluncur pada mulut si kecil itu.
"Sabarlah, sayang. Daddy penat kerja. Nanti daddy bangunlah tu." Jawab Puan Min.
YoonKi hanya meng'oh'kan sahaja lalu dia kembali memeluk tubuh ayahnya.
"Jimin, Eun Mi macam mana?" Soal puan Min apabila teringatkan tentang bekas menantunya itu.
"Syukur, sedikit demi sedikit Noona dah tak macam dulu. Doktor cakap mentalnya pun dah nak kembali normal." Jawab Jimin.
Puan Min hanya mengangguk.
"Mama harap sangat Eun Mi kembali semula pada Yoongi macam dulu. Lagipun masih ada pengikat diantara mereka untuk menguatkan lagi hubungan mereka." Kata Puan Min sambil tangannya mengelus-elus lembut kepala Yoonki.
"Ya, mama. Harap Noona dapat memaafkan segala apa yang dah hyung lakukan padanya." Balas Jimin.
"Oh, Jimin lupa lah pulak. Jimin nak gi tengok YoonMi jap. Nanti Jim datang balik." Kata Jimin lalu segera beredar dari situ.
Puan Min hanya tersenyum lalu kembali menatap wajah anak sulungnya itu. Kepala Yoongi diusap perlahan.
"Tak sangka Eun Mi berjaya luluhkan hati anak mama yang sangat degil ni." Kata puan Min.
Tiba-tiba, jari Yoongi bergerak-gerak menunjukkan yang dia akan tersedar. Lantas puan Min memanggil doktor lalu tubuh Yoonki yang sudah tertidur itu diangkat dan dibaringkan diatas sofa.
"Yoongi, syukurlah kamu dah sedar. Lama mama tunggu kamu nak sedar." Ucap puan Min sambil tangannya mengusap-usap kepala anaknya.
Yoongi hanya tersenyum hambar.
"Anak-anak Yoongi mana, mama? YoonMi? YoonKi?" Soal Yoongi.
"Ada je. Tu Yoonki dah tertidur. YoonMi pula ada dalam bilik rawatan dia. Jimin tengah teman dia." Jawab puan Min manakala Yoongi hanya mengangguk.
"Mama... Eun Mi..."
"Kamu rehat je dulu. Pasal Eun Mi, Jungkook dan Hoseok yang jaga dia."
"Tapi..."
"Jangan degil, Yoongi. Lagipun kalau kamu nak jumpa dia sekarang pun, belum tentu dia mahu." Kata Puan Min.
Perlahan-lahan Yoongi mengangguk lalu kembali memejamkan matanya.
Eheks!
Bawa bertenang semua!
Mungkin beberapa chapter lagi nak tamat..
Muehehehehehehehehe!!
Jangan lupa vomment tau 😉😘

YOU ARE READING
Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)
Romancesebuah perkahwinan yang dilakukan tanpa cinta tidak memberikan kebahagiaan buat mereka iaitu Min Yoongi dan Shin Eun Mi yang disatukan kerana terpaksa. kerana tiada rasa cinta diantara mereka, maka Shin Eun Mi telah diperlakukan dengan kasar oleh Mi...