Keadaan di ruang tamu sungguh meriah dengan gelak tawa YoonMi dan Yoonki yang sedang bergurau senda bersama dengan Eun Mi.Gadis itu tidak tidak berhenti menggeletek badan anak-anaknya membuatkan kedua-dua anaknya makin galak ketawa.
"Mommy..." Panggil YoonMi sambil meniarap. Kedua tangannya pula digunakan untuk menongkat dagu manakala kakinya turut digoyang-goyangkan.
"Ya, sayang. Kenapa?" Soal Eun Mi. Bibir YoonMi mengukir senyuman manis sebelum dia menjawab soalan ibunya.
"YoonMi nak adik baru boleh?"
Eun Mi ketawa kecil.
"Lah... YoonKi kan dah ada." Balas Eun Mi lalu tangannya mengusap kepala Yoonki.
"Ala... YoonKi dah besar. YoonMi nak main dengan baby..." Kata YoonMi.
"Nanti kalau ada adik baru pun akan besar juga."
YoonMi mencebikkan mulutnya.
"Kalau camtu biar Ki jadi baby balik." Ucap Yoonki lalu dia segera berbaring dihadapan kakaknya.
Setelah itu Yoonki berlakon seperti seorang bayi membuatkan Eun Mi dan YoonMi ketawa terbahak-bahak.
Tiba-tiba kelakuan Yoonki terhenti tatkala dia ternampak Yoongi yang sedang berdiri tidak jauh dari tempat mereka bermain.
YoonKi mengangkat kening tatkala melihat keadaan Yoongi tidak ubah seperti orang yang tidak terurus.
Rambutnya yang serabut, muka dan bibirnya yang pucat dan hidungnya kemerahan itu menambahkan lagi hairan Yoonki.
Segera dia menghampiri Eun Mi lalu digoyang-goyangkan tubuh gadis itu.
"Mommy... D-daddy..." Ucap Yoonki sambil menunjukkan kearah Yoongi.
"Eoh, oppa? Kenapa ni?" Soal Eun Mi sambil menghampiri Yoongi.
Tanpa menjawab soalan gadis itu, tubuhnya dipeluk erat oleh Yoongi sebelum Yoongi melabuhkan dagunya diatas bahu gadis itu.
"Pening..." Adu Yoongi.
"Lah... Pening je." Kata Eun Mi.
"Tak, pening ni lain. Sakit..." Adu Yoongi lagi.
"Eeee daddy manja..." Usik Eun Mi manakala Yoongi diam sahaja.
"Noona.. nak nak baby kan? Tu baby besar." Kata Yoonki lalu ketawa.
"Diamlah..." Ucap Yoongi sambil memejamkan matanya.
"Dah jom saya bawa oppa masuk bilik, lepastu rehat. Nanti hilanglah pening tu."
"Taknak. Nak peluk jer." Kata Yoongi lalu menguatkan lagi pelukan itu.
"Badan awak panas sangat ni. Jangan macam ni, malulah dengan anak-anak." Kata Eun Mi lalu memapah Yoongi masuk kedalam bilik.
YoonMi dan Yoonki hanya gelak melihat keadaan Yoongi.
Sakit adalah perkara yang paling tidak disukai oleh Yoongi. Tetapi lelaki itu jarang sakit, namun sekali jatuh sakit pasti teruk. Sehingga Eun Mi pun tidak tahu bagaimana lagi hendak merawat lelaki itu. Ubat pula susah hendak ditelannya membuatkan setiap kali lelaki itu hendak makan ubat terpaksa dibantu oleh Eun Mi.
"YoonMi dan Yoonki tolong mommy ambilkan air. Mommy nak basahkan sikit badan daddy". Pinta Eun Mi sambil membaringkan tubuh Yoongi diatas katil.
"Baik, mommy." Balas kedua-dua si kecil itu lalu keluar dari bilik itu.
Kepala Yoongi diurut seketika sementara menunggu anak-anaknya mengambil air.
"Ni mesti kerja tak berhenti lagi." Kata Eun Mi.
YOU ARE READING
Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)
Любовные романыsebuah perkahwinan yang dilakukan tanpa cinta tidak memberikan kebahagiaan buat mereka iaitu Min Yoongi dan Shin Eun Mi yang disatukan kerana terpaksa. kerana tiada rasa cinta diantara mereka, maka Shin Eun Mi telah diperlakukan dengan kasar oleh Mi...