Briefcase dilemparkan sebelum dia melabuhkan punggungnya dengan kasar diatas sofa lalu dia menyandarkan kepalanya.Matanya dipejamkan buat seketika untuk melepaskan penat.
"Eoh, oppa?" Tegur Eun Mi.
Yoongi membuka matanya lalu memandang ke arah gadis itu. Bibirnya mengukir senyuman.
"Awalnya oppa balik hari ni?" Soal Eun Mi lalu melabuhkan punggungnya disebelah Yoongi.
"Kerja oppa dah selesai. Lagi pun buat apa lama-lama kat pejabat kalau tak ada kerja." Balas Yoongi sambil memeluk pinggang gadis itu. Dagunya turut ditongkatkan pada bahu Eun Mi.
"Boleh pulak macam tu.."
Yoongi ketawa.
"Tak apalah. Lagipun oppa bos."
"Dah lepas, saya nak masakkan untuk oppa. Oppa mesti lapar, kan?" Kata Eun Mi.
"Kejaplah.. oppa nak duduk macam ni jap." Balas Yoongi lalu mengeratkan lagi pelukan itu.
"Sayang, kalau kita pergi bercuti, nak tak?" Soal Yoongi.
"Bercuti? Bawa anak-anak sekali, kan?"
Yoongi mengangguk lalu pipi gadis itu dikucup sekilas.
"Betul ni?"
"Ya, sayang."
"Ok, nanti saya bagitau YoonMi dan Yoonki. Diorang mesti seronok." Kata Eun Mi lalu memandang ke arah Yoongi disertai dengan senyuman yang terukir di bibirnya.
Tiba-tiba Yoongi merebahkan badan Eun Mi lalu ditindih tubuhnya.
"O-oppa kenapa?" Tanya Eun Mi sambil tangannya menahan pada dada lelaki itu.
Yoongi tersenyum sinis.
Dia mendekatkan wajahnya pada wajah Eun Mi lalu bibir gadis itu disambarnya. Eun Mi hanya membulatkan matanya tanda terkejut.
Melihatkan gadis itu tidak membalas, Yoongi menggigit bibir Eun Mi menyebabkan gadis itu mengaduh sakit.
"Sakitlah.." aduh Eun Mi.
"Taknak sakit. Balaslah." Kata Yoongi lalu kembali mencium bibir Eun Mi.
Tangannya tidak tinggal diam. Dua butang baju atas milik Eun Mi dibukanya lalu tangannya bergerak mengurut belakang leher gadis itu menyebabkan gadis itu mula mengikut rentaknya.
Eun Mi turut melakukan hal yang sama sebelum tangannya naik merangkul leher lelaki itu.
Akhirnya author dah tak mampu nak sambung. Jadi korang faham-faham lah ye apa yang berlaku seterusnya.
Muehehehehehehehehe 🤣🤣
******
Talian dimatikan lalu telefonnya dicampakkan diatas katil.
Yoongi berdecit kesal. Rambutnya diserabaikan lalu dia mengetap giginya tanda geram.
Dia mendapat panggilan telefon daripada pihak pejabatnya kerana terdapat masalah yang timbul dan harus diselesai dalam tempoh yang segera.
Eun Mi yang baru sahaja keluar dari bilik air itu segera menuju kearah Yoongi lalu dilabuhkan punggungnya di sebelah suaminya.
Yoongi memandang sayu ke arah gadis itu lalu tangan Eun Mi dipegangnya.
"Mianhae, sayang... Oppa tak dapat nak tunaikan janji oppa. Tadi oppa dapat panggilan dari pejabat, ada masalah sikit yang nak kena diselesaikan." Ucap Yoongi.
Eun Mi mengukir senyuman hambar. Pipi Yoongi dipegang lalu diusap perlahan.
"It's okay. Saya faham. Lagipun masih banyak lagi waktu yang lain." Kata Eun Mi.
"Are you sure? Kalau tak oppa minta tolong orang lain yang selesaikan."
"Tak apa, oppa selesaikanlah. Itukan tugas oppa." Ujar Eun Mi.
"Mianhae, sayang... YoonMi dan Yoonki dah tahu pasal ni?"
Perlahan-lahan gadis itu menggelengkan kepalanya.
"Mianhae, sayang.." ucap Yoongi lagi manakala Eun Mi hanya tersenyum.
"Dah, jom tidur. Nanti oppa lambat nak ke pejabat esok." Kata Eun Mi lalu membaringkan tubuhnya diatas katil membelakangi lelaki itu.
Matanya dipejamkan. Tiba-tiba pinggangnya dipeluk erat oleh Yoongi. Lelaki itu turut menyembamkan mukanya pada leher gadis itu.
"Mianhae, sayang.." ucap Yoongi lagi lalu turut memejamkan matanya.
Nah lanje Abe yoongeh...
Author nak 3 patah perkataan untuk Yoongi, boleh?
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂
Apa-apa pun asyileee vote jangan lupa😘😘😘😘😘😁😁😁😁
YOU ARE READING
Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)
Romancesebuah perkahwinan yang dilakukan tanpa cinta tidak memberikan kebahagiaan buat mereka iaitu Min Yoongi dan Shin Eun Mi yang disatukan kerana terpaksa. kerana tiada rasa cinta diantara mereka, maka Shin Eun Mi telah diperlakukan dengan kasar oleh Mi...