Keadaan di lapangan terbang itu cukup merimaskan Yoongi. Dia tidak suka akan bunyi yang membingitkan telinganya. Lebih-lebih lagi apabila disebelahnya ada pasangan yang sibuk bergelak ketawa.Jimin bangun diikuti oleh keluarganya apabila gilirannya telah tiba.
Papa dan mamanya dipeluk erat sebelum dia memeluk Yoongi.
"Jangan lepaskan peluang yang kau dapat depan mata." Bisik Jimin sebelum dia melepaskan pelukan itu. Yoongi hanya berdecit geram.
Badan Eun Mi turut dipeluknya walaupun gadis itu tidak mahu. Jimin memandang tajam kearah Yoongi lalu tersenyum sinis.
"Nanti telefon kami bila dah sampai." Kata Puan Min. Jadi Jimin mengangguk lalu segera meninggalkan keluarganya. Lambaian tangan sempat diberikan sebelum Jimin hilang dari pandangan mereka.
Setelah itu mereka pun mengikut haluan masing-masing. Sepanjang perjalanan pulang ke tempat kerja, Eun Mi hanya diam. Sejak Yoongi dan Jimin berperang mulut, Yoongi jarang menegurnya.
*****
Kertas kerja disemak semula beberapa kali supaya tiada berlaku kesalahan.
Telefonnya yang berbunyi segera diangkat.
"Ya, Hoseok. Awak perlukan apa-apa?"
"Emm, tentang dana yang kita nak sumbangkan pada anak-anak yatim tu masih tak cukup."
"Berapa lagi yang diperlukan?"
"Dalam 10k."
"10k? Ok kalau macam tu nanti saya cuba usahakan."
Serim ketika itu sedang mengorak langkah untuk masuk ke pejabat Yoongi terhenti apabila terdengar gadis itu menyebut angka 10k. Fikiran jahatnya terus memberi idea untuk mengenakan gadis itu. Bibirnya mengukir senyuman sinis.
Talian dimatikan lalu Eun Mi mengeluh perlahan.
Tiba-tiba tekaknya terasa seperti hendak memuntahkan sesuatu. Kepalanya yang pening diurut. Seingatnya dia sudah sarapan sebelum ke pejabat.
Dia berlari ke tandas apabila dia tidak dapat menahannya.
Serim masuk kedalam pejabat Yoongi. Namun Yoongi tiada. Sedang dia hendak melangkah keluar, dia ternampak sehelai kertas terselit di bawah papan kekunci komputer milik Yoongi.
Ternyata ia merupakan cek yang bernilai 10k. Baru dia teringat yang Yoongi menerimanya daripada seorang salah kliennya semalam.
"Nampaknya idea aku tak sia-sia." Ucap Serim lalu ketawa. Dia pun keluar bersama helaian kertas itu untuk memulakan 'misinya'.
Ekceli aku takde idea😅 aku tulis jer apa aku nak tulis😄
YOU ARE READING
Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)
Romancesebuah perkahwinan yang dilakukan tanpa cinta tidak memberikan kebahagiaan buat mereka iaitu Min Yoongi dan Shin Eun Mi yang disatukan kerana terpaksa. kerana tiada rasa cinta diantara mereka, maka Shin Eun Mi telah diperlakukan dengan kasar oleh Mi...