.3.

20 9 1
                                    


Jari-jemari Yoongi ligat menari-nari di atas papan kekunci itu. Seusai dia siap membersihkan dirinya setelah pulang dari tempat kerjanya, dia terus menghadap kertas kerjanya .

Sejak kebelakangan ini, Yoongi semakin sibuk.

Satu keluhan dilepaskan oleh Eun Mi. Dia buntu. Dia tidak tahu sama ada mahu memberitahu suaminya tentang penyakit yang dialami oleh Yoonki.

Melihatkan lelaki itu sibuk dengan kerjanya, membuatkan niatnya terbatal.

Secawan kopi panas yang dibancuhnya tadi diletakkan di atas meja jauh sedikit dari kertas-kertas kerja Yoongi.

Bibirnya diketap apabila teringatkan kejadian dimana dia dipukul teruk oleh Yoongi ketika dia tidak sengaja menumpahkan air dia atas kertas kerja suaminya sehingga mengundang amarah suaminya.

Kepalanya digelengkan beberapa kali lalu wajah suaminya dipandang.

"Oppa..." Panggil Eun Mi.

"Emm..." Jawab Yoongi sambil matanya tidak lepas dari memandang ke arah skrin komputer itu. Jari-jemarinya masih ligat menaip sesuatu.

"Oppa tak penat, ke?" Soal EunMi . Dia yang melihat pun sudah penat, apatah lagi Yoongi.

Yoongi berhenti seketika lalu mengurut sebelah bahunya lalu tersenyum.

"Sikit jer." Kata Yoongi.

Eun Mi bingkas bangun dari kerusi lalu segera menuju ke arah suaminya. Tangannya bergerak mengurut bahu lelaki itu untuk mengurangkan rasa sakit.

"Kalau oppa dah penat, rehatlah. Jangan paksa. Saya tengok oppa pun dah penat." Terang Eun Mi.

"Tak apa, lagi sikit jer. Kalau sayang penat, tidur je dulu." Ucap Yoongi.

Eun Mi hanya tersenyum sambil meneruskan aktivitinya.

"Emm, oppa.." panggil Eun Mi.

"Ya, ada apa?" Tanya Yoongi.

Namun belum sempat gadis itu mahu membuka mulut, deringan daripada telefon Yoongi menghalangnya.

"Jap, oppa angkat jap." Kata Yoongi lalu bangun dari duduknya. Balkoni ditujunya untuk menjawab panggilan itu.

Eun Mi mengeluh perlahan. Lelaki itu terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk diajak berbual.

Akhirnya gadis itu memilih untuk tidur. Mungkin di hari yang lain, dia akan memberitahu suaminya tentang penyakit yang dihidapi oleh Yoonki.

*****

Jam ditangan menunjukkan pukul 3 petang. Yoongi bergegas mengemas segala barang-barang yang berselerakan di atas meja kerjanya.

Hari ini dia mahu pulang awal. Dia mahu meluangkan masa bersama keluarganya. Sudah beberapa hari dia mengabaikan keluarganya kerana urusan kerja.

Ketika dia cuba menapak keluar dari bilik pejabatnya itu, Yeri cepat-cepat menghalang.

"Eh, tuan nak balik, dah ke?" Soal gadis itu.

"Taklah aku nak pulang." Kata Yoongi manakala Yeri tersengih.

"Emm, air ni saya dah buat siapa yang nak minum?"

Yoongi berdecit.

"Kaulah minum, aku nak cepat." Ucap Yoongi.

"Alaaa... Tuan minumlah. Sikit pun tak apa." Pujuk Yeri.

Yoongi menggulingkan biji matanya lalu menghirup kopi itu.

"Dah aku nak balik." Ucap Yoongi lalu segera keluar. Manakala Yeri yang ditinggalkan itu sudah tersenyum sinis.

"Aku nak tengok sejauh mana kedinginan kau pada aku.. atau mungkin kau sendiri yang akan jatuh cinta pada aku.."




























































Nak senyum ke nak marah😐
Apa-apa pun asyileee vote 😘
Nampaknya Yeri dah nak mula beraksi 😏😏😏

Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)Where stories live. Discover now