DDB 11

31 15 8
                                    


Eun Mi menggenggam erat selimut yang membaluti tubuhnya. Kejadian malam tadi masih terngiang-ngiang di fikirannya.

Ya, Yoongi menyentuhnya buat kali kedua.

Mulutnya ditekup dengan tangan untuk menahan tangisnya daripada didengari oleh Yoongi. Memandangkan lelaki itu masih lena dibuai mimpi.

Yoongi tersedar apabila mendengar esakan kecil dari Eun Mi. Dia berdecit.

"Bisinglah. Bangun sekarang. Siapkan sarapan aku." Ucap Yoongi dan kembali memejamkan matanya.

Langsung tiada rasa bersalah dalam dirinya. Seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Eun Mi mengelap air matanya. Selimut kecil diambil lalu dia membalut tubuhnya. Pakaiannya yang berterabur di atas lantai dikutipnya lalu segera dia menuju ke biliknya.

*****

Dia menghidangkan 2 keping roti yang sudah disalut dengan perisa coklat dan air teh diatas meja.

"Asal kau jalan macam tu?" Tanya Yoongi apabila melihat Eun Mi yang berjalan dengan terhinjut-hinjut.

"Errr... S-sakit." Jawab Eun Mi.

"Hari ini kau tak payah masuk kerja." Ucap Yoongi tanpa memandang wanita itu.

"Tapi banyak kerja..."

"Kerja kau, Ariena yang akan selesaikan. Dah, aku dah siap. Ingat, jangan keluar."

"T-tapi..."

"Kau nak lagi teruk, ke?"

Yoongi smirk. Eun Mi menggeleng lalu menundukkan wajahnya. Takut.

"Aku pergi dulu." Ucap Yoongi.

Setelah kereta Yoongi hilang dari pandangannya, dia menutup pintu lalu menguncinya. Meja makan dikemasnya sebelum dia merehatkan dirinya kembali di ruang tamu.

TING!

Eun Mi membaca mesej yang dihantar oleh Hoseok. Bibirnya mengukir senyuman. Sudah pasti lelaki itu merisaukannya.

Berbagai soalan yang ditujukan kepadanya. Seperti biasa dia akan menjawab yang baik-baik sahaja.

Setelah selesai berbalas mesej, Eun Mi melepaskan keluhan kecil.

"Kan seronok kalau Yoongi macam Hoseok." Ucapnya tapi cepat-cepat dia menggeleng.

"Ish, apa kau fikir ni Mi, ingat dia dah ada Serim. Kau bukan sesiapa bagi dia."

Eun Mi merebahkan badannya diatas sofa lalu tertidur.

























                Ehem2 oyeah2..

Hiks teruskanlah support Abe yoongeh ni gais....

YOONEUN




OR




EUNSEOK

Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)Where stories live. Discover now