Sebulan telah berlalu, namun Eun Mi masih belum merasakan kebahagiaan yang perlu dia rasakan didalam sebuah rumah tangga.Setiap hari yang dilaluinya mesti diiringi dengan airmata. Penderitaan demi penderitaan dilalui olehnya.
Hatinya bertambah remuk apabila Yoongi mula pandai membawa Serim pulang ke rumah.
Kemesraan yang mereka lakukan itu menambah luka di hati Eun Mi. Jujur dia sangat sakit melihat Yoongi bersama dengan perempuan lain.
Tapi apakan daya, dia cuma seketul insan yang selalu disakiti.
Yoongi dan Serim juga sering memperlakukan Eun Mi dengan kasar.
Dan setiap kali dia berasa sakit atau sedih, sebuah seruling kesukaannya menjadi ubat bagi merawat sakitnya.
Ya, dia seorang yang sangat sukakan muzik dan dia bercita-cita ingin membuka kelas muzik. Namun cita-citanya hanya tinggal angan-angan kerana terpaksa patuh akan arahan orang tuanya. Walaupun orang tua nya sudah lama pergi meninggalkannya.
Jika dia turutkan sahaja keinginannya, pasti dia sudah berjaya membuka sebuah kelas muzik itu. Namun dia ingin membahagiakan orang tuanya.
***
Malam itu, keluarga Min cukup meriah. Tetapi tidak bagi Yoongi. Dia rimas dengan semua itu.
"Yoongi, dah sebulan kamu kahwin, takkan belum ada apa-apa.?"
Yoongi senyum sinis. Tahu akan apa yang disampaikan oleh mamanya.
"Do you forget, mom? I never love him. Dan Yoongi tak nak mengandungkan orang yang Yoongi tak cinta.
Eun Mi hanya menunduk. Hatinya sakit dengan kata-kata lelaki itu.
Kalau Yoongi tak cintakan dia, kenapa Yoongi dah sentuh dia? Kerana nafsu? Kerana keinginan dia? Semua tu boleh ditahan. Tetapi kenapa Yoongi tidak menahannya?
"Yoongi!! Apa kamu merepek ni?"
Yoongi memandang mamanya.
"I love Serim. Not Eun Mi."
Makin bulat mata Puan Min.
Eun Mi yang menunduk dari tadi cuba menahan dirinya daripada menangis.
"Dahlah. Yoongi penat."
Yoongi bangun lalu menarik kasar tangan Eun Mi. Puan Min ingin menghalang tetapi Yoongi terlalu pantas meninggalkan rumah itu.
*****
Masuk sahaja ke dalam rumah, Yoongi menolak Eun Mi hingga dia jatuh tersungkur di atas lantai.
Eun Mi hanya mengaduh kesakitan manakala Yoongi duduk mencangkung dihadapannya.
Rambut Eun Mi ditarik ke atas menyebabkan dia terdongak.
"Kau dengar sini! Kau hanya isteri aku diatas kertas sahaja! Bukan pada hati aku! Dan aku akan buat kau menderita!"
Eun Mi menangis. Dia meronta minta dilepaskan. Kepalanya sungguh sakit.
"Diam!! Dan aku nak tanya kau. Takkan kau tak mengandung sedangkan aku dah sentuh kau?"
Eun Mi diam tidak menjawab.
" Pft.. sah-sah kau ni mandulkan. Hahaha!!!"
Yoongi melepaskan rambut Eun Mi lalu bangun dan terus meninggalkannya.
Tetapi sebelum dia membuka langkahnya, Yoongi sempat memberi amaran.
" Dan satu lagi, kalau kau bagitahu mama yang aku dera kau, nyawa kau akan melayang. FAHAM!?"
Eun Mi mengangguk.
Dengan menguatkan dirinya untuk bangun lalu dia menuju kedalam biliknya dengan langkah yang lemah.
Dia duduk di birai katil sambil menatap gambar keluarganya. Esakan demi esakan yang dikeluarkan olehnya.
" Omma, appa, Eun Mi rindu. Eun Mi tak kuat dengan semua ni. Tolong Eun Mi. Hiks.."
Seronok??
Votelah😆
YOU ARE READING
Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)
Romancesebuah perkahwinan yang dilakukan tanpa cinta tidak memberikan kebahagiaan buat mereka iaitu Min Yoongi dan Shin Eun Mi yang disatukan kerana terpaksa. kerana tiada rasa cinta diantara mereka, maka Shin Eun Mi telah diperlakukan dengan kasar oleh Mi...