.22.

21 7 21
                                    


Keadaan menjadi huru-hara apabila Eun Mi kembali mengamuk.

Beberapa orang doktor dan jururawat segera bergegas menuju ke dalam bilik itu.

Gadis itu sedang menjerit-jerit sambil menghalakan sebatang pensil yang tajam ke arah lehernya. Entah dari mana datangnya pensil itu pun tidak tahu. Tapi yang pasti, gadis itu hendak mencederakan dirinya.

"PERGI!! AKU TAK SAKIT!! DAN AKU TAKKAN SAKIT!! KORANG YANG SAKITKAN AKU!! PERGI!!" Jerit Eun Mi.

Jungkook dan Hoseok yang baru sahaja tiba terus menuju ke arah gadis itu secara perlahan-lahan.

"Eun Mi..." Panggil Jungkook. Tetapi gadis itu masih dengan dirinya.

"Eun Mi bawa bertenang..." Kata Hoseok pula. Semakin dekat mereka menghampiri gadis itu.

"JANGAN DEKAT!!" Jerit Eun Mi lalu menghalakan pensil itu ke arah Jungkook dan juga Hoseok.

"Tak-tak, kitorang tak sakitkan kau." Kata Jungkook pula.

"TIPU!!"

"Eun Mi sayang oppa, kan.. oppa tak sakitkan Eun Mi, kan.." ucap Hoseok cuba menenangkan gadis itu.

Perlahan-lahan tangan Hoseok mencapai tangan gadis itu lalu dibawa masuk kedalam pelukannya. Pensil yang masih dipegang oleh gadis itu diambil lalu diberikan kepada Jungkook.

"Sakit... Sakit..." Rintih Eun Mi perlahan.

Hoseok mengusap lembut bahu gadis itu.

"Tak, tak sakit. Tak ada sesiapa yang sakitkan kau." Kata Hoseok.

Setelah itu, tubuh gadis itu dibaringkan diatas katil.

"Tidur, eh?"

Eun Mi menggeleng laju.

"Takut.."

Hoseok tersenyum lalu tangannya naik mengusap lembut rambut perang gadis itu.

"Aku ada. Aku akan temankan kau." Balas Hoseok.

"Betul ni?"

"Ya, betul. Dah sekarang ni, kau tidur."

Tangan Hoseok dipeluk erat lalu dia melelapkan matanya manakala Hoseok menyuruh yang lain beredar dari bilik itu.

*****

Tubuh YoonMi dikejut kasar oleh Yeri membuatkan si kecil itu merengek-rengek apabila tidurnya diganggu.

"Nak jadi perempuan, jangan malas. Bangun sekarang." Kata Yeri.

"Aunty ni, Mi tak puas tidur lagi lah.." Balas YoonMi yang masih memejamkan matanya.

"Bangun! Kau kena kemas rumah sebelum Yoongi balik! Bangun!" Marah Yeri lalu telinga YoonMi itu ditarik membuatkan YoonMi ikut terbangun.

Gadis itu menarik sampai ke ruang bawah lalu badan YoonMi dihempas kasar ke atas lantai.

YoonMi hanya meringis kesakitan.

"Jangan jadi lembik! Buat kerja sekarang!" Marah Yeri lagi.

"Tapi YoonMi lapar..." Ucap YoonMi yang sudah mengalirkan airmatanya.

"Ada aku kisah kalau kau lapar? Sekarang, kau pergi kemas rumah sebelum Yoongi balik!"

YoonMi menurut. Perlahan-lahan dia bangun lalu ruang tamu ditujunya.

Itulah yang berlaku sejak Eun Mi meninggalkan rumah itu. YoonMi dan Yoonki sering sahaja diperlakukan secara kasar. Bahkan setiap kali ketiadaan Yoongi, YoonMi mahupun Yoonki pasti akan dideranya.

Yeri berdecit geram tatkala melihat Yoonki yang menghampirinya sambil menundukkan kepalanya.

Biji matanya digulingkan tanda menyampah.

(Guling sampai mata tu terbalik Yeri. Sampai terkeluar pun tak apa.)

"Apa kau nak?" Soal Yeri sambil meneruskan kunyahannya.

"S-sekarang masa Yoonki makan ubat.." Jawab Yoonki dalam keadaan ketakutan.

"Kau ingat aku kisah sangat dengan ubat kau!? Ada tangan, makanlah sendiri!" Tengking Yeri lalu segera bangun dari duduknya.

Bahu Yoonki terhinjut apabila ditengking sebegitu.

Lantas dia menghampiri kakaknya YoonMi yang sedang sibuk menyusun semula bantal-bantal sofa yang berselerakan di atas lantai.

"Noona..." Panggil Yoonki.

"Mari Noona suapkan Ki makan ubat. Tapi Noona tak tahu lah mana satu ubatnya. Jadi makan je semua." Kata YoonMi sambil membelek-belek kesemua ubat yang dibawa oleh Yoonki tadi.

"Ki rindu mommy..." Rintihnya.

"Noona pun rindu. Tapi mommy kan kerja." Balas YoonMi. Perlahan-lahan tangannya mengelap air mata Yoonki.

"Kajja, makan ubat. Nanti aunty nampak, aunty marah." Kata YoonMi.

"Kenapa Noona panggil mommy Yeri, aunty?" Soal Yoonki yang masih polos.

"Mommy celah mana kamu kutip? Dia bukan mommy kita tau. Dia tu nenek sihir yang dalam cerita dongeng tu." Jawab YoonMi dengan santai.

YoonKi tergelak kecil mendengar kata-kata kakaknya. Sama seperti Yoongi. Mulut sangat pedas dalam mengata orang.































































Eheks!
Muehehehehehehehehe!
Jangan lupa vomment tau 😉😘

Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)Where stories live. Discover now