3 bulan kemudian...
Genap 3 bulan tarikh perkahwinan Yoongi dan Eun Mi buat kali kedua. Sedikit sebanyak Eun Mi sudah mula menerima Yoongi kembali walaupun hatinya masih terluka.
Sesudah menidurkan YoonMi dan Yoonki, Eun Mi turun lalu melabuhkan punggungnya disebelah Yoongi yang sedang sibuk bersembang bersama dengan Jimin.
"Anak-anak dah tidur?" Soal Yoongi sebaik sahaja gadis itu melabuhkan punggungnya.
"Dah. Baru je tidur." Jawab Eun Mi.
"Kau tak nak tidur lagi?" Soal Yoongi lagi sambil tangannya bergerak memeluk pinggang gadis itu.
"Saya nak tunggu oppa. Nak tidur sama-sama." Balas Eun Mi.
"Manisnya hyung dengan Noona. Cemburunya..." Usik Jimin.
Eun Mi hanya tersenyum malu.
"Kalau macam tu, kau cepat-cepatlah kahwin. Nanti kau balik London jangan belajar je. Cari awek jugak." Ucap Yoongi manakala Jimin gelak.
"Tak naklah kahwin. Sebab nanti susah kalau nak ada awek sekeliling pinggang." Kata Jimin membuatkan Yoongi mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Ya tak ya jugakan. Menyesal pula aku kahwin." Kata Yoongi. Eun Mi membulatkan matanya tanda terkejut lalu dada lelaki itu dipukul kuat.
"Apa awak cakap!? Menyesal!?" Marah Eun Mi.
"S-sayang, gurau jer. Jangan marah. Aku gurau jer." Kata Yoongi lalu cuba memeluk tubuh gadis itu.
"Tidur ruang tamu malam ni!" Jerit Eun Mi lalu menolak kasar tubuh Yoongi. Eun Mi merengus kasar dan bangun lalu beredar dari situ.
"Sayang! Sayang!"
Yoongi turut bangun lalu mengejar Eun Mi yang sudah kemarahan manakala Jimin tidak berhenti ketawa sampai terjatuh dari kerusi pun dia masih ketawa melihat pasangan itu.
"Padan muka, hyung!" Ejek Jimin lalu kembali tertawa.
*******
Pagi itu Eun Mi bangun awal untuk menyiapkan sarapan pagi. Tangan Yoongi yang masih memeluk pinggang gadis itu dialihkan.
Malam tadi lelaki itu tidak berhenti meminta maaf kepada Eun Mi. Awalnya Eun Mi tidak mengendahkannya, namun rasa kasihan mula menguasai dirinya apabila dia tersedar pada lewat malam dan melihat lelaki itu sedang tertidur dihadapan pintu sambil menahan kesejukan.
Terus sahaja dia mengejutkan Yoongi dan membawanya masuk ke dalam bilik.
Nasi goreng yang sudah siap itu dihidangkan di atas meja.
"Oppa! YoonMi! YoonKi!" Jerit Eun Mi memanggil mereka untuk turun makan. Tetapi tiada sahutan pun daripada mereka membuatkan dahi Eun Mi berkerut.
Seingatnya dia sudah mengejutkan mereka ketika dia hendak turun ke bawah.
Eun Mi memanggil lagi tetapi hasilnya tetap sama.
"Tch! Mesti tidur balik! Anak dengan bapak sama saja susah bangun tidur!" Omel Eun Mi lalu dia segera menuju ke arah bilik tidur Yoonki dan YoonMi namun kelibat dua orang anaknya tiada. Dicari di dalam bilik air pun juga tiada.
Lantas biliknya pula dituju. Pelik. Yoongi juga tiada.
Tiba-tiba kedengaran suara gelak ketawa dari dalam bilik air itu. Segera dia menuju ke arah bilik air itu.
Matanya membulat saat dia membuka pintu bilik air itu. Buih-buih sabun penuh berselerakan diatas lantai.
Bibirnya diketap kuat menahan geram. Yoongi yang masih berada didalam tab mandi itu dihampirinya.
"Yoongi..."
Kedua-dua si kecil itu sudah menjauhkan diri mereka dari tab mandi.
Yoongi pula sudah menelan air liur dengan payah apabila melihat wajah Eun Mi yang sedang menahan geram.
Namun Eun Mi tersilap langkah. Badannya mula hilang imbangan apabila terpijak buih sabun yang berselerak itu. YoonMi dan Yoonki pula sudah memejamkan mata mereka tidak mahu melihat kejadian itu.
Mujur Yoongi sempat menyambut Eun Mi daripda terus terjatuh dalam tab itu.
Tiba-tiba wajah Yoongi dipandang dengan pandangan terkejut tatkala dia terpegangkan sesuatu dibawah sana. Manakala Yoongi sedaya upaya menahan tawanya daripada terlepas.
"YAH!! MIN YOONGI!! MANA UNDERWEAR KAU!!"
Eun Mi segera berlari keluar dari bilik air itu manakala Yoongi dan kedua-dua si kecil itu sudah melepaskan tawanya.
Eheks!
Jangan lupa vomment tau 😉😘
YOU ARE READING
Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)
Romantizmsebuah perkahwinan yang dilakukan tanpa cinta tidak memberikan kebahagiaan buat mereka iaitu Min Yoongi dan Shin Eun Mi yang disatukan kerana terpaksa. kerana tiada rasa cinta diantara mereka, maka Shin Eun Mi telah diperlakukan dengan kasar oleh Mi...