Tak silap aku ini flashback chapter 9...
-------------------------------------
Selesai dia menyarung baju pada tubuhnya, deringan telefon membuatkan langkahnya yang ingin keluar dari bilik terhenti.
Butang hijau ditekan lalu telefonnya ditekapkan pada telinganya.
"Dah buat apa yang aku suruh?" Soal Yoongi perlahan.
Ya, lelaki itu merancang untuk menakutkan gadis itu supaya dia dapat lebih menarik perhatian gadis itu.
Namun tidak tersangka akan berlaku dalam masa yang sama. Akhirnya dia memilih untuk pergi melihat keadaan Yeri.
"Ok, jap lagi aku sampai." Kata Yoongi lalu mematikan talian itu.
Entah apa yang dilakukan oleh Jungkook dia sendiri tidak tahu.
"Mian, sayang.. i have to go.. ada kecemasan.." Ucap Yoongi lalu segera keluar dari rumah itu. Sebenarnya hatinya berat mahu meninggalkan isterinya sendiri yang menguruskan Yoonki. Tetapi rancangannya perlu diteruskan.
Eun Mi hanya mengeluh.
Niatnya mahu mengajak Yoongi membawa Yoonki ke hospital terbantut melihatkan lelaki itu seperti tergesa-gesa.
Lantas Eun Mi kembali menuju kedalam biliknya untuk bersiap. Setelah itu dia sendiri yang membawa Yoonki ke hospital.
*****
Sesampai sahaja, dia terus mendapatkan Jungkook yang sedang menunggu diluar rumah itu.
"Macam mana?"
"Ok. Aku cuma sepah-sepahkan sikit lepastu takut-takutkan dia sikit." Balas jungkook.
"Kalau macam tu aku masuk dulu. Thanks bro."
Jungkook mengangguk lalu masing-masing mengikut haluan masing-masing.
Setelah memasukkan kata-kata laluan pada pintu masuk, Yoongi segera menapak masuk kedalam rumah itu.
"Yeri! Yeri!" Jeritnya memanggil nama gadis itu.
Bilik gadis itu ditujunya. Seluruh ruang bilik itu bersepah dengan segala barang-barang yang berada diatas lantai.
Dapat dia lihat, Yeri sedang membaluti tubuhnya bersama selimut sambil menggigil ketakutan. Dalam diam dia tersenyum sinis.
"Hey, what's wrong?" Soal Yoongi setelah mendapatkan gadis itu. Tanpa apa-apa, gadis itu segera memeluknya erat dengan tangisan yang masih jelas kedengaran.
"Takut..." Ucapnya. Pelukan pada lelaki itu semakin dieratkan.
"Apa yang dah terjadi? Kenapa bersepah?" Soal Yoongi dengan suara yang dibuat cemas.
"Tadi... Tadi ada orang kacau i. I takut.."
Kepala gadis itu diusap perlahan cuba untuk menenangkan gadis itu.
"Dah-dah. Sekarang ni aku ada dengan kau. Jangan takut." Kata Yoongi lalu tubuh gadis itu dipapahnya.
Dia membaringkan tubuh gadis itu diatas katil.
"Aku ambil air, jap."
Namun tak sempat kakinya melangkah meninggalkan gadis itu, tangannya ditahan menyebabkan langkahnya terhenti. Perlahan-lahan dia menggulingkan biji matanya lalu dia memandang ke arah gadis itu.
"Don't leave me, please... I takut..."
Yoongi tersenyum lalu mengangguk. Tangan gadis itu segera dilepaskan lalu dia pun menapak keluar dari bilik itu.
Setelah dia memberikan Yeri minum, gadis itu segera terlelap. Yup, dia telah mencampurkan air itu bersama dengan ubat tidur. Kerana itu gadis itu terus tertidur.
Barang-barang yang berselerakan di atas lantai, segera dikemaskannya.
Setelah memastikan keadaan betul-betul baik, Yoongi segera pulang. Malas mahu berlama-lama di situ.
Eheks!
Muehehehehe
Jangan lupa vomment tau 😉😘
YOU ARE READING
Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)
Romancesebuah perkahwinan yang dilakukan tanpa cinta tidak memberikan kebahagiaan buat mereka iaitu Min Yoongi dan Shin Eun Mi yang disatukan kerana terpaksa. kerana tiada rasa cinta diantara mereka, maka Shin Eun Mi telah diperlakukan dengan kasar oleh Mi...