Ingat lagi tak chapter 10, yang Yoongi ada bisik kat jungkook? Nak tahu tak dia bisik apa?
----------------------------------------------------
Jadi kaulah jungkook?" Soal Yoongi. Jungkook tersenyum lalu dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi.
Yoongi turut melabuhkan punggungnya dihadapan lelaki itu. Anak matanya tepat memandang ke dalam anak mata Jungkook.
Jungkook dapat mengagak dari pandangan mata lelaki itu, dia sudah tahu bahawa lelaki itu sedang dikuasai oleh sifat cemburu.
Mungkin tadi dia sibuk berbual dengan Eun Mi tadi sehingga Yoongi yang berada disebelah lelaki itu diabaikan.
"Oh, aku tahu.. tenanglah bro, aku hanya jalankan tugas aku. Lagipun dia hak milik kau." Ujar Jungkook.
Yoongi menggaru keningnya seketika.
"Itu satu. Satu lagi aku nak minta tolong kau."
Jungkook mengangkat keningnya tanda 'apa'.
"Aku nak minta tolong, boleh?" Soal Yoongi.
Jungkook hanya mengangguk lalu memandang ke arah lelaki itu.
"Aku tengah rancangkan sesuatu. Dan ini melibatkan keluarga aku."
"So?"
"So, aku nak kau tolong aku sekali. Aku memang perlukan kau sekarang. Lebih-lebih lagi kau rawat anak aku."
"Jadi apa rancangan kau?"
"Nanti aku mesej kau. Sekarang ni aku ada kerja nak buat.
"Ok, aku akan tolong kau."
Yoongi bangun lalu mengucapkan terima kasih kepada doktor itu. Belum sempat dia keluar, dia kembali memandang doktor itu.
"Bro, nombor telefon?" Tanya Yoongi.
"Buat apa tanya aku kalau bini kau ada." Usik Jungkook.
"Yeke?"
"Yelah. Setiap malam setiap hari aku chat dengan dia."
Jungkook menahan tawa manakala Yoongi membulatkan matanya.
"Kau!?"
"Rilek-rilek. Aku gurau jer. Nah ni kad aku." Kata Jungkook lalu menghulurkan sekeping kad kepada Yoongi.
Yoongi menyambut huluran itu dengan kasar.
"Kau chat dengan bini aku untuk saja-saja, siap kau." Ancam Yoongi lalu keluar. Jungkook hanya menggelengkan kepalanya sambil ketawa.
Eheks!
Jangan lupa vomment tau 😉😘
YOU ARE READING
Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)
Romancesebuah perkahwinan yang dilakukan tanpa cinta tidak memberikan kebahagiaan buat mereka iaitu Min Yoongi dan Shin Eun Mi yang disatukan kerana terpaksa. kerana tiada rasa cinta diantara mereka, maka Shin Eun Mi telah diperlakukan dengan kasar oleh Mi...