DDB 15

31 16 5
                                    


Sudah 2 hari Eun Mi menginap di rumah orang tua Yoongi atas permintaan Jimin sendiri.

Pada mulanya, Yoongi tidak mahu tetapi Jimin terus merayu tanpa henti membuatkan dia akhirnya mengalah.

Jimin teringin untuk mempunyai seorang kakak, tetapi apabila dia mengetahui sikap Serim yang buruk itu, terus dia tidak menyukai gadis itu. Berbeza dengan Eun Mi. Gadis itu nampak tenang di matanya. Setiap kali Jimin cuba bermanja dengan Eun Mi, gadis itu hanya melayan sahaja.

Tetapi seringkali Yoongi menghalangnya apabila dia cuba untuk duduk bersama dengan gadis itu.

"Wah! Noona Chim pandai main seruling." Ucap Jimin dengan nada yang begitu gembira apabila dia melihat Eun Mi yang sedang duduk ditepi kolam sambil memegang seruling. Jejaka itu melabuhkan punggungnya disebelah Eun Mi.

Pantas lengan kiri gadis itu dipeluk lalu didaratkan kepalanya pada bahu gadis itu. Eun Mi tidak menghalang kerana tahu itu memang sifat semulajadi Jimin. Suka memeluk orang disebelahnya.

"Chim nak dengar Noona main, boleh?" Tanya Jimin. Eun Mi senyum.

Namun belum sempat dia hendak menjawab soalan lelaki itu, dia dikejutkan dengan kedatangan Yoongi.

Tajam sahaja pandangan Yoongi kepada Eun Mi.

"Kau dah kenapa peluk-peluk dia?"

Jimin mencebikkan mulutnya.

"Ala, Chim peluk jer. Bukannya buat apa-apa pun. Lain lah hyung, boleh buat lebih-lebih."

Lengan Jimin dicubit Eun Mi manakala Jimin hanya mengaduh sakit.

Yoongi menjeling sambil berpeluk tubuh.

"Cepatlah Noona. Tak payah hiraukan hyung, tu." Kata Jimin lalu mengeratkan pelukannya.

Eun Mi tersenyum. Dipandang Yoongi sekilas lalu dia memainkan serulingnya.

Alunan yang dikeluarkan oleh gadis itu begitu mengasyikkan Jimin sehingga Yoongi pun yang mendengarnya pun asyik.

Terlintas dihatinya memuji gadis itu akan bakat yang dimilikinya. Tanpa dia sedar, sebuah senyuman terukir dibibirnya.

****

Sudah beberapa minit Eun Mi menunggu, akhirnya Hoseok datang. Tetapi bersamanya ada seorang perempuan malah mereka berpegangan tangan ketika menghampirinya.

"Maaf lambat." Ucap Hoseok lalu duduk diikuti oleh perempuan itu.

"Wah, bercinta senyap-senyap ya." Usik Eun Mi. Gadis itu hanya malu manakala Hoseok gelak.

"Kenalkan Kim Mi Soo. Panggil Mi Soo jer." Ucap gadis lalu Eun Mi pun turut memperkenalkan dirinya.

"Kalau Eun Mi panggil unnie jer boleh?" Tanya Eun Mi.

"Boleh. Lagipun awak muda lagi dari saya kan." Jawab Mi Soo.

"Kalau unnie, saya oppa lah kan." Celah Hoseok.

"Tak~"

Hoseok mempoutkan bibirnya tanda merajuk.

"Iyalah oppa~"

Mi Soo hanya gelak melihat tingkah laku dua sahabat ini. Dia cukup mengenali Eun Mi kerana Hoseok sering bercerita tentangnya.

Ya, Hoseok telah pun bercinta dengan gadis itu setelah gadis yang dicintainya itu telah berkahwin dengan lelaki lain. Walaupun begitu, cintanya terhadap Eun Mi takkan pudar sama sekali. Dia akan simpan cinta pertamanya itu dengan baik. Cinta pertama kan, mestilah takkan mudah untuk dilupakan.



























Setuju atau tak Hoseok bercinta dengan orang lain?

MUEHEHEHEHEHEHEHEHE

Vote 😘 jgn lupa 😁😍

Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)Where stories live. Discover now