.18.

22 7 12
                                    


Yeri menceduk nasi goreng kedalam sebuah pinggang. Melihatkan YoonMi tidak berhenti merengek meminta makan membuatkan telinganya panas sahaja. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia membiarkan si kecil itu kelaparan. Mujur Yoonki sedang tidur bersama Eun Mi, jadi tidaklah penat untuk melayan kedua-dua si kecil yang memang terkenal dengan pelbagai karenah.

"Aunty, cepatlah... YoonMi lapar ni.." rengek YoonMi sambil menekan-nekan perutnya yang lapar.

"Sabar, sayang!" Jerit Yeri.

"Aunty! Cepatlah! YoonMi lapar!" Jerit YoonMi pula apabila melihatkan yang Yeri sengaja melambat-lambatkan makan tengaharinya.

Yeri mengeluh melepaskan geram. Jika Yoongi tiada dirumah, pasti dia akan membiarkan sahaja kanak-kanak itu kelaparan.

Yeri mengukir senyuman lalu dia melabuhkan punggungnya disebelah YoonMi.

"Kejap, ya." Kata Yeri sambil menggaul-gaul nasi goreng yang masih panas itu.

"Aunty..." Rengek YoonMi lagi.

"Ok, ok. Nah nganga mulut." Kata Yeri lalu menghalakan sesudu nasi goreng itu ke arah mulut si kecil itu.

YoonMi hanya tersenyum manis kearah Yeri lalu otaknya memberikan cadangan yang cukup bernas untuk mengenakan gadis itu.

"BOOM!! HAHAHHAHAHA!!! PADAN MUKA!!! MANDI NASI!!! BLUERK!!! HAHAHAHA!!!" Jerit YoonMi setelah dia menolak kasar pinggang yang berisi nasi goreng itu sehingga habis tertumpah keatas badan gadis itu.

Tidak cukup dengan itu, YoonMi juga turut ketawa terbahak-bahak sambil lidahnya menjelir-jelir ke arah Yeri tanda mengejek.

"TAK GUNA PUNYA BUDAK!" Jerit Yeri lalu leher si kecil dicekiknya.

"RASAKAN!! KAU NI MEMANG MENYUSAHKAN AKU!!" Tambah Yeri yang masih mencekik leher YoonMi.

Muka YoonMi sudah merah padam akibat nafasnya yang sudah tersekat-sekat. Tangan Yeri dipukul bersama beberapa kali cuba untuk menghentikan kelakuan gadis itu.

"Yeri?" Panggil Yoongi lalu lamunan Yeri mati. Dia memandang ke arah Yoongi dan segera bangun beredar dari situ. YoonMi masih lagi menjelir-jelir lidah ke arah gadis itu.

"YoonMi, kenapa buat mommy Yeri macam tu?" Soal Yoongi sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Yeri.

Pembantu rumah turut dipanggil untuk membersihkan sisa nasi goreng yang sudah berterabur di atas lantai.

"NO! NO! Mommy YoonMi, EUN. MI. Bukan YE. RI." Balas YoonMi.

"Tapi dia kan isteri daddy juga."

"Tak. Mi tak suka aunty Yeri. Aunty Yeri tak cantik." Ucap YoonMi. Straight to the point menyebabkan lelaki itu hanya tertawa kecil.

Mulutnya anak sulungnya memang pedas kalau bab-bab mengata orang. Jika perkara itu tidak disukainya, dia betul-betul tidak menyukainya.

"Dah, daddy nak naik atas. Kasihan mommy Yeri. Mesti merajuk." Kata Yoongi lalu kepala anaknya diusap.

"AUNTY! BUKAN MOMMY!" Jerit YoonMi menidakkan kata-kata ayahnya. Mulutnya dicebikkan tanda tidak puas hati.

"Ok, ok, Aunty. Dah daddy naik dulu." Balas Yoongi lalu mengucup sekilas dahi YoonMi.

*****

"Yeri?" Panggil Yoongi.

Yeri yang sedang termenung di balkoni hanya membiarkan sahaja panggilan itu.

Bibirnya mengukir senyuman tatkala tangan kekar milik Yoongi mula melilit pada pinggangnya.

Yoongi turut melabuhkan dagunya pada bahu gadis itu.

"Maaf pasal YoonMi tadi." Ucap Yoongi sambil memejamkan matanya.

"Tak apa. Saya tak kisah." Balas Yeri.

"YoonMi memang macam tu kalau dia dah lapar. Jadi jangan ambil hati, ya." Ujar Yoongi.

Yeri hanya tersenyum.

"Tak, saya tak ambil hati pun. Tapi susah sangat ke anak-anak awak nak panggil saya dengan gelaran ibu?" Soal Yeri.

Walaupun sudah cukup sebulan dia sah menjadi isteri lelaki itu, tetap sahaja anak-anak Yoongi berat mahu memanggilnya dengan gelaran itu.

"Sabarlah sayang. Lama-lama nanti diorang biasalah tu." Balas Yoongi lalu mengeratkan lagi pelukan itu.

"Dah pergi mandi, busuk." Kata Yeri lalu meleraikan pelukan itu. Walaupun ikutkan hatinya mahu sahaja dia berlama-lama dipeluk oleh Yoongi.

"Ok.." balas Yoongi.

Tuala yang bersangkut kemas pada dinding itu dicapainya lalu Yoongi segera masuk ke dalam bilik air.

Apabila Yoongi sudah masuk ke dalam bilik air, dia menjatuhkan badannya diatas katil sambil bibirnya tidak lepas dari mengukir senyuman sinis.

"Sikit je lagi, Eun Mi. Selepas ini, hidup kau akan musnah. manakala aku, bahagia dengan Yoongi." Ucap Yeri lalu dia melepaskan tawanya.




































































EHEKS!!
Ada apa-apa yang nak dipesankan oleh Yeri ataupun Yoongi? Atau sikecil YoonMi?
HAHAHHAHAHA
JANGAN LUPA VOMMENT 😘💃

Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)Where stories live. Discover now