.6.

19 8 11
                                    


Cawan yang berisi penuh dengan air yang memabukkan itu dipandangnya. Dia meneguk air itu buat kali ketiga.

Rasa air itu sekurang-kurangnya mengurangkan sedikit tekanannya.

Sesekali Yoongi menggelengkan kepalanya kerana sudah mabuk. Walaupun begitu, tidak menghalangnya untuk tetap meminum air itu.

"Tuan?" Ucap seseorang lalu melabuhkan punggungnya disebelah lelaki itu.

Yoongi hanya memandang sekilas ke arah gadis itu lalu kembali menatap cawan yang berisi wain merah itu.

"Awak ada masalah ke?" Soal Yeri apabila melihat lelaki itu sudah mabuk teruk.

"Tch, bukan urusan kau lah." Kata Yoongi lalu merebahkan kepalanya diatas meja. Matanya dipejamkan buat seketika.

Yeri tersenyum sinis.

"Kalau tuan ada masalah, kongsilah dengan saya. Mana saya tahu boleh tolong." Ucap Yeri lalu tangannya naik mengusap lembut bahu lelaki itu menyebabkan Yoongi mengangkat wajahnya.

Yoongi tidak menghiraukan pertanyaan gadis itu malah terus meneguk rakus minuman itu. Apabila sudah habis, diganti pula dengan yang baru.

Kini dia betul-betul sudah mabuk. Dalam diam Yeri tersenyum.

"Tuan?" Panggil Yeri.

Yoongi memandang ke arah gadis itu. Disebabkan dia terlalu mabuk, jadi pandangannya agak samar-samar.

Tangan lelaki itu naik menyentuh pipi Yeri lalu diusap perlahan. Yeri pula membiarkan sahaja lelaki itu sambil menikmati setiap usapan yang diberikan oleh Yoongi. Matanya turut dipejamkan.

"Eun Mi..." Ucap Yoongi sebelum dia pengsan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Bubur nasi yang masih panas itu dikacau oleh Eun Mi untuk menyejukkan bubur itu bagi memudahkan Yoonki memakannya.

"Lepas makan bubur, makan ubat pula tau." Kata Eun Mi kepada Yoonki.

"Mommy..." Rengek Yoonki.

"Kenapa, sayang?"

"Sakit... Susah nak telan.." Ucap Yoonki sambil memegang lehernya.

"Sikit jer, sayang. Telan perlahan-lahan."

YoonKi menggelengkan kepalanya apabila Eun Mi ingin menyuapnya lagi.

"Taknak dah..." Rengek Yoonki lagi.

"Ok, ok. Makan ubat, eh.."

Mangkuk bubur itu diletakkan diatas meja lalu segala ubat-ubatan yang perlu dimakan oleh Yoonki diambil.

Dada Eun Mi sebak melihat segala jenis ubat-ubatan itu. Hatinya bertambah pilu lagi apabila terpaksa melihat si kecil itu menelan kesemua ubat itu dengan payah.

Airmatanya yang hampir jatuh disekanya. Kepala si kecil itu diusap perlahan lalu bibirnya mengukir senyuman.

"Dah baring. YoonKi tidur ya.." ucap Eun Mi. Dahi si kecil itu dikucup lembut sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu.

Jam di dinding dipandang sekilas. Sudah lewat malam, tetapi batang hidung suaminya masih belum nampak. Takkanlah lelaki itu masih marah akan kejadian tadi.

Cawan kaca ditangannya terlepas apabila dia cuba mengisi air didalamnya.

Dadanya dipegang. Satu perasaan yang kurang enak hadir tetapi dia segera berfikiran positif.

"Tak. Tak. Mungkin Yoongi masih ditempat kerja." Kata Eun Mi lalu kaca yang pecah itu segera dikutipnya.

Setelah itu, dia kembali kedalam biliknya untuk tidur.


































































Setelah itu, dia kembali kedalam biliknya untuk tidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiga patah perkataan untuk Yoongi?

Hehehe

Jangan lupa komen dan vote 😉😚

Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)Where stories live. Discover now