.15.

22 7 21
                                    

Andai aku yang pergi dulu, sampai mati ku kan mencintai kamu kerna aku adalah bidadari syurgamu~

Eheks! karoks sekejap😂.

------------------------------------------------------

M

ajlis yang sedang berlangsung itu sangat meriah. Namun kemeriahan itu tidak dirasakan oleh Eun Mi.

Ya, itu adalah majlis perkahwinan Yoongi dan juga Yeri.

Sepanjang majlis itu berlangsung, kelibatnya langsung tidak kelihatan. Bukan kerana dia tidak mahu untuk ikut serta, tetapi dia tidak mahu sesiapa pun yang melihat kesedihannya.

Dia terpaksa bersetuju untuk merestui lelaki itu untuk menikahi Yeri kerana lelaki itu tidak berhenti-henti dari terus merayu padanya.

"Noona..." Panggil Jimin menyedarkan Eun Mi yang sedang termenung

. Airmatanya yang mengalir segera dilap lantas dia berpaling ke arah lelaki itu.

Bibirnya turut mengukir senyuman.

"Noona, ok?" Soal Jimin.

"Kalau itu yang dapat bahagiakan dia, Noona ok." Balas Eun Mi. Airmatanya yang ingin mengalir segera diseka. Namun kesedihan yang menguasai dirinya membuatkan dia tidak mampu untuk menahan airmatanya. Akhirnya tumpah jua.

"Noona..."

"Jimin, Noona nak peluk Jimin untuk sekejap, boleh? Sekejap, jer.."

Jimin berasa serba salah namun melihatkan gadis itu seperti hendak bertenang, perlahan-lahan dia memeluk tubuh gadis itu.

Lalu Eun Mi menyembamkan mukanya pada bahu Jimin dan tangisnya pecah. Dia menangis semahu-mahunya di bahu Jimin.

Tangan Jimin bergerak mengusap lembut belakang gadis itu supaya bertenang.

"Saya penat, Chim. Saya penat." Ucap Eun Mi.

Jimin hanya diam sementara tangannya masih mengusap belakang gadis itu.

Tiba-tiba, dari jauh Jimin ternampak Yoongi yang sedang memandang ke arah mereka. Cepat-cepat dia cuba meleraikan pelukan itu namun Yoongi segera mengangkat tangannya menyuruh lelaki itu membiarkan sahaja Eun Mi dipeluk.

Jimin mengangguk lalu kembali memeluk gadis itu manakala Eun Mi masih dengan tangisannya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Malam...

Seusai makan, Eun Mi terus naik ke biliknya tanpa menghiraukan mereka yang masih menjamah makanan mereka.

Almari baju ditujunya lalu dikeluarkan beberapa helai pakaiannya.

Ketika dia ingin melangkah keluar, langkahnya ditahan oleh Yoongi menyebabkan dia terhenti.

"Sayang, nak pergi mana?" Soal Yoongi apabila ternampak ditangan gadis itu ada beberapa helai baju.

"Saya nak tidur dengan Yoonki." Balas Eun Mi.

"Tapi..."

"Awak tidurlah dengan Yeri. Lagipun malam ni malam pertama awak dengan dia." Ujar Eun Mi.

Tangan gadis itu dipegang serentak dia menyentuh dahi Eun Mi.

"Panas. Badan kau panas. Malam ni kau tidur dengan aku." Kata Yoongi.

"Tak apa. Lagipun saya dah lama tak tidur dengan Yoonki." Balas Eun Mi.

"Tak ada, tak ada. Tidur dengan aku malam ni."

Eun Mi mengeluh perlahan.

"Tolong jangan paksa saya lagi. Kalau saya kata taknak, jawapan saya tetap taknak."

"Tapi..."

"Cukup Yoongi. Yeri dah lama tunggu awak kat bawah. Selamat malam." Ucap Eun Mi lalu segera beredar dari bilik itu.

Yoongi berdecit perlahan lalu tuala mandi dicapainya sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik air untuk mandi.









































































Baideway tak dapat nak letak gambar jimin... Sedih tau Line tak membantu....

HAPPY JIMIN'S DAY💖
13/10/1995- 26 TAHUN💞
SEMOGA SENTIASA DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK DALAM MENERUSKAN BAKATMU 😁😍💝
Jangan lupa vomment 😘😁

Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)Where stories live. Discover now