.10.

19 7 0
                                    


Senyuman tidak lekang dari bibir Yoongi. Hari ini dia dapat menemani Eun Mi untuk membawa Yoonki ke hospital.

"Jom, nanti lambat pula." Kata Yoongi.

"Daddy..." Panggil YoonMi dengan suara yang dimanjakan.

Seakan tahu apa yang anak sulungnya inginkan, Yoongi segera menggelengkan kepalanya.

"Alaa.. nak ikut..." Rengek YoonMi.

"Mi kan kena sekolah... Nanti cuti sekolah daddy bawa YoonMi sekali.."

YoonMi mencebikkan mulutnya.

"YoonMi anak yang baik, kan? Sayang daddy dan mommy, kan?" Soal Eun Mi lembut sambil mengelus rambut YoonMi.

YoonMi hanya memandang ke arah gadis itu dengan pandangan simpati.

"Ok, balik nanti mommy bawa jalan-jalan, nak?" Pujuk Eun Mi.

"Ok, janji?" Balas YoonMi sambil mengacukan anak jarinya pada gadis itu.

Eun Mi tersenyum lalu segera memautkan jarinya pada jari anaknya.

"Janji... Dah jom, nanti lambat." Kata Eun Mi. Lalu mereka pun keluar.

******

Setelah menghantar YoonMi ke sekolah, Yoongi terus menuju ke hospital. Tangan kanannya mengusap sekilas lembut kepala Yoonki yang sedang tertidur di pangkuan isterinya.

"Apa nama doktor yang merawat Yoonki?" Soal Yoongi tiba-tiba.

"Jungkook, Jeon Jungkook. Kenapa tanya?" Balas Eun Mi.

Yoongi hanya tersenyum.

"Tak adalah, saja tanya." Ucap Yoongi.

Eun Mi hanya menganggukkan kepalanya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Mommy... kena makan ubat lagi ke..." Rengek Yoonki manakala gadis itu hanya tersenyum.

"Sayang, kalau nak cepat sihat kenalah makan ubat.." kata Eun Mi.

Si kecil itu terus merengek manakala jungkook dan Yoongi hanya gelak.

"Sayang, pergi dulu. Oppa nak bercakap sikit dengan doktor Jeon." Ucap Yoongi lalu Eun Mi mengangguk.

Setelah gadis itu keluar, Yoongi memandang ke arah Jungkook dengan pandangan yang kurang menyenangkan.

"Jadi kaulah jungkook?" Soal Yoongi. Jungkook tersenyum lalu dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi.

Yoongi turut melabuhkan punggungnya dihadapan lelaki itu. Anak matanya tepat memandang ke dalam anak mata Jungkook.

Jungkook dapat mengagak dari pandangan mata lelaki itu, dia sudah tahu bahawa lelaki itu sedang dikuasai oleh sifat cemburu.

Mungkin tadi dia sibuk berbual dengan Eun Mi tadi sehingga Yoongi yang berada disebelah lelaki itu diabaikan.

"Oh, aku tahu.. tenanglah bro, aku hanya jalankan tugas aku. Lagipun dia hak milik kau." Ujar Jungkook.

Yoongi menggaru keningnya seketika.

"Itu satu. Satu lagi aku nak minta tolong kau."

Jungkook mengangkat keningnya tanda 'apa'.

Lalu Yoongi pun mendekatkan dirinya sebelum dia membisikkan sesuatu pada telinga Jungkook. Lelaki itu hanya mengangguk-angguk tanda faham.
































































Chak!
Muehehehehehehehehe....
Jangan lupa vomment 😘😁

Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)Where stories live. Discover now