Chapter 11...
Klek!
Pintu yang terbuka tidak mengganggu perbuatan mereka. Sehinggalah satu suara yang cukup mengejutkan mereka.
"Oppa..."
Eun Mi jatuh terduduk lalu wajahnya ditundukkan. Airmatanya laju mengalir keluar.
Tangannya turut dikepalkan akibat geram.Hatinya sakit dan hancur saat melihat suaminya sedang bercumbu bersama dengan perempuan lain.
Yoongi yang terkejut segera menolak kasar Yeri lalu dia bangun dari duduknya. Bajunya yang terbuka dibutangkan kembali.
"Wait! Ni bukan rancangan aku. Aduh..." Getus hati Yoongi.
Eun Mi mengangkat wajahnya lalu memandang tajam ke arah Yeri. Dadanya berombak menahan marah.
Yeri pula sudah tidak tentu arah.
"Keluar..." Ucap Eun Mi perlahan. Namun melihatkan gadis itu masih kaku tidak bergerak membuatkan amarahnya semakin meninggi.
"KELUAR!!" Jerit Eun Mi manakala Yeri segera bergegas keluar apabila terdengar jeritan itu.
Eun Mi bingkas bangun lalu secara perlahan-lahan dia menghampiri suaminya.
Matanya yang sudah kemerahan akibat menangis itu memandang tajam ke arah Yoongi.
"Ini balasan awak terhadap saya selama ini?"
"Sayang..."
"INI BALASAN AWAK TERHADAP SAYA SELAMA INI!?"
Yoongi diam. Dia kehilangan kata-katanya.
"Selama ini awak cakap yang awak sibuk dengan kerja, tapi sebenarnya awak sibuk dengan perempuan lain, kan?"
Yoongi cuba untuk bersuara tetapi Eun Mi segera menghalangnya.
"Saya percayakan awak selama ni, tapi rupanya awak sia-siakan kepercayaan saya selama ini.."
Tangis Eun Mi semakin pecah. Dia sudah tidak mampu untuk menahannya lagi.
"Sayang, dengar dulu..." Kata Yoongi lalu bahu gadis itu cuba dipegangnya.
"Dengar apa lagi kalau bukti dah depan mata!?" Marah Eun Mi lalu tangan lelaki itu ditepis kasar olehnya.
"Please, sayang. Dengar dulu." Kata Yoongi lalu tubuh gadis itu dipeluk.
"Awak tipu saya! Awak tipu saya selama ni!" Ucap Eun Mi sambil memukul-mukul dada lelaki itu.
"Sayang..."
'Tch! Nampaknya aku perlu ubah rancangan aku. Eun Mi pun dah tahu.'
"Hati saya sakit..." Ucap Eun Mi.
Yoongi segera mengeratkan pelukan itu lalu kepala isterinya diusap beberapa kali untuk menenangkan gadis itu.
Apabila dia berasa yang gadis itu sudah sedikit tenang, Yoongi meleraikan pelukan itu. Tangan Eun Mi dicapainya lalu digenggam kemas.
Anak mata gadis itu cuba ditatapnya manakala jarinya mengusap-usap pipi gadis itu.
"I'm sorry... It's my fault.. kami terlanjur tapi masa tu aku betul-betul mabuk. Aku tak sedar apa yang aku buat." Terang Yoongi.
"Terlanjur? Lepas tu awak buat keputusan tanpa bincang dengan saya."
"B-bukan macam tu..."
"Then awak nak bertanggungjawab sampai perlu macam tu sekali." Tambah Eun Mi.
"Sayang, tolong... Bagi aku masa untuk aku perbetulkan semula.."
"Saya isteri awak, sanggup awak buat macam ni pada saya.."
Anak matanya tajam menikam anak mata lelaki itu.
"Sayang..."
"Tch, sudahlah saya penat nak hadap semua ni. Saya rimas, saya serabut."
"Sayang..."
"Selesaikan masalah awak, saya akan maafkan awak." Kata Eun Mi lalu segera keluar meninggalkan Yoongi.
"Sayang!"
*****
Yoongi menyerabutkan rambutnya. Dia berdecit kesal kerana rancangannya yang hampir berjaya itu tidak berhasil.
Puas dia memujuk isterinya namun sedikit pun gadis itu tidak mahu bersua muka dengannya.
Yalah hati dah sakit, nak buat macam mana.
Akhirnya gadis itu memilih untuk tinggal beberapa hari di rumah orang tua Yoongi buat sementara waktu.
"Aku dah cakap, lambat laun Noona akan tahu juga." Kata Jimin.
"Jadi sekarang ni apa yang perlu aku buat? Aku betul-betul buntu." Ucap Yoongi.
Dia betul-betul serabut. Lain yang dirancang, lain yang terjadi.
"Better kau teruskan je rancangan kau. Lagipun kau dah berjaya dapatkan perhatian dia." Kata Hoseok.
"Tapi macam mana? Dengan keadaan sekarang ni, aku betul-betul serabut." Ucap Yoongi.
"Tenanglah. Apa guna ada kami kalau kau serabut macam ni. Kau ingat aku tak serabut ke?" Ujar Hoseok.
"So, apa plan baru kita?" Soal Jimin.
"Bawa dia lebih dekat dengan kau. Aku yakin semakin dekat dia dengan kau, rancangan kita akan segera berhasil dilaksanakan." Ucap Hoseok.
"Kau gila ke? Maksudnya aku kena bawa dia masuk dalam rumah tu? Habis Eun Mi?"
Kepala Yoongi makin serabut.
"Ada juga aku pecahkan kepala kau tu. Sabar, dengar dulu apa yang aku nak cakap."
Yoongi hanya mengangguk.
"Kahwin dengan Yeri. Aku rasa itu sahaja cara untuk kita terus memperbodohkan dia." Sambung Hoseok manakala Yoongi dan Jimin membulatkan mata mereka kerana terkejut.
"Gila ke! Taknak aku!" Bantah Yoongi.
Hoseok menarik nafas dalam-dalam lalu dihembuskan semula.
"Kau dengar sini. Kalau kau berada lebih dekat dengan dia, lagi senang kita nak tahu apa yang dia rancangkan selepas itu."
"Tapi Eun Mi?"
"Terserah pada kau. Aku yakin Eun Mi akan terima. Tapi ingat, perkahwinan kau dengan Yeri bukannya betul-betul. Untuk memperbodohkan dia sahaja. Kalau lain yang terjadi, bersedialah untuk kehilangan Eun Mi buat kali kedua." Ujar Hoseok.
"Tak. Aku akan pastikan rancangan ini berhasil dan perempuan itu segera dihapuskan. Aku taknak kehilangan Eun Mi lagi." Balas Yoongi lalu tangganya dikepal menahan geram.
Eheks!
Jangan lupa vomment tau 😉😘
YOU ARE READING
Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)
Romansasebuah perkahwinan yang dilakukan tanpa cinta tidak memberikan kebahagiaan buat mereka iaitu Min Yoongi dan Shin Eun Mi yang disatukan kerana terpaksa. kerana tiada rasa cinta diantara mereka, maka Shin Eun Mi telah diperlakukan dengan kasar oleh Mi...