Hati Eun Mi gelisah. Cemas pun ada. Beberapa kali dia cuba menelefon Yoongi tetapi lelaki itu tidak mengangkatnya.Perutnya diusap seketika. Entah mengapa sejak kebelakangan ini, dia berasa tidak sedap hati. Tetapi cepat-cepat dia membuang perasaan negatif itu jauh-jauh.
"Anak Mommy ni kuat tidur macam daddy." Ucap Eun Mi sambil tangannya mengusap lembut perutnya.
Sudah seminggu berlalu, namun setiap kali dia mengusap perutnya, setiap itulah dia merasakan hal yang sama.
"Noona." Panggil Jimin apabila melihat keadaan Eun Mi yang tidak senang itu.
Segera gadis itu berpaling ke arah Jimin lalu mengukirkan senyuman.
"Noona, ok?" Tanya Jimin.
"N-noona rasa macam nak pergi hospital, lah" Kata Eun Mi. Muka jelas kelihatan risau.
"Dah telefon Hyung?"
"Dah, tapi tak angkat."
"Kalau macam tu, Jimin hantar Noona."
Gadis itu mengangguk lalu dia segera bangkit dari duduknya.
Sepanjang perjalanan mereka, gadis itu hanya diam. Tangannya tidak berhenti dari mengusap perutnya.
"Chim, Noona laparlah." Kata Eun Mi.
"Kalau macam tu, kita makan dulu."
Mereka berhenti di sebuah restoran yang tidak jauh dari hospital.
"Chim..." Panggil Eun Mi. Lelaki itu memandang gadis itu sambil meneruskan kunyahannya.
"Noona tak sedap hatilah. Biasanya kalau Noona lapar, dia akan tendang-tendang perut Noona." Ujar Eun Mi. Jujur hatinya takut jikalau sesuatu yang terjadi pada anaknya.
"Hey, just think positive, maybe your child just sleep." Kata Jimin cuba menenangkan hati gadis itu. Sejujurnya hatinya turut takut dan risau.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Eun Mi membaringkan tubuhnya diatas katil yang telah disediakan. Dia cuba untuk bertenang dengan apa keputusannya nanti.
"Puan nampakkan.." ucap Doktor itu apabila dia selesai memeriksa kandungan gadis itu.
Hati Eun Mi hancur bagaikan dikoyak-koyak setelah melihat pada skrin itu. Dia mengangguk lemah. Airmatanya ditahan sedaya-upaya supaya tidak jatuh.
"Anak didalam kandungan puan sudah seminggu tidak bernyawa. Hasil daripada pemeriksaan yang saya jalankan tadi, rahim puan berada dibawah dari tempat asalnya. Boleh saya tanya, puan ada angkat berat atau buat kerja yang berat-berat?" Terang doktor itu.
Jantung Eun Mi bagaikan terhenti. Patutlah setiap kali dia mengusap perutnya, langsung tiada tindak balas. Jimin mengusap bahu gadis itu supaya bertenang.
"A-ada. Tapi sejak kebelakangan ini saya jarang angkat berat." Ujar Eun Mi manakala doktor yang hanya mengangguk.
"Kalau macam tu saya akan buat temujanji, minggu hadapan puan datang untuk buat pemeriksaan pada rahim puan. Kalau dah naik, kami akan jalankan pembedahan pada puan untuk keluarkan bayi dalam perut puan." Terang doktor itu lagi. Eun Mi hanya mengangguk perlahan lalu mengambil sekeping kertas dari doktor itu.
Ketika dalam perjalanan pulang, gadis itu tidak berhenti-henti mengalirkan airmata. Mana tidak sedih, mana hati tak remuk, segala kelengkapan untuk bakal bayinya sudah tersedia. Hujung bajunya digenggam erat.
Gadis itu juga tidak henti-henti menyalahkan dirinya. Kalau dulu dia mendengar kata-kata suaminya, pasti perkara ini takkan berlaku.
******
Dada Yoongi menjadi tempat gadis itu menghamburkan tangisnya.
Mulutnya tidak henti-henti melafazkan kata-kata maaf pada lelaki itu.
"Shhh, dah jangan nangis. Mungkin ini adalah balasan aku atas apa yang aku dah buat pada kau." Ucap Yoongi sambil terus menenangkan gadis itu.
"Kalau dulu saya dengar cakap awak, mesti semua takkan jadi, kan?"
"Dah-dah, Mungkin ini takdir kita. Nanti YoonMi nampak."
"Mommy, nak cium adik." Kata si kecil itu dengan polos setelah memasuki bilik mereka berdua.
"Adik dah tak ada..." Kata Eun Mi.
"Adik ada lah... Kenapa mommy cakap macam tu?"
Si kecil itu tetap mencium perutnya walaupun beberapa kali dia berkata seperti itu.
"Adik dah tak ada.. adik dah tak ada..." Ucapnya lalu dia pun menyembamkan mukanya pada lelaki itu. Tangisan demi tangisan yang dikeluarkan olehnya.
Hati Yoongi turut merasakan hal yang sama. Airmatanya yang jatuh dilap. Cuba untuk menjadi kuat dihadapan isteri dan anak perempuannya.
Tangannya mengusap lembut bahu isterinya yang masih menangis teresak-esak didadanya. Si kecil pula sudah keluar apabila Jimin memanggilnya.
Yoongi mengangkat tubuh isterinya yang sudah ketiduran mungkin kerana penat menangis lalu tubuh gadis itu dibaringkan di atas katil.
Dahi Eun Mi dikucup lama sebelum dia turut berbaring di sebelah isterinya.
'Mengapa disaat aku sedang ingin merasai sebuah kebahagiaan pasti akan ada sebuah penderitaan yang menghalangnya? Kejamkah tuhan hingga sanggup memisahkan aku dengan dia? Sebesar apakah dosa yang telah aku buat? Tuhan, bantulah aku.. aku sudah tidak kuat lagi...'
😫😫😫😫😫
Jangan marah...😭😭
Huhuhu🤧🤧
Tetaplah bersama walau apa yang berlaku😥😥
YOU ARE READING
Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)
Romancesebuah perkahwinan yang dilakukan tanpa cinta tidak memberikan kebahagiaan buat mereka iaitu Min Yoongi dan Shin Eun Mi yang disatukan kerana terpaksa. kerana tiada rasa cinta diantara mereka, maka Shin Eun Mi telah diperlakukan dengan kasar oleh Mi...