DDB 20

34 16 9
                                    


Eun Mi membuka matanya perlahan-lahan. Hidungnya dapat menangkap bau ubat-ubatan. Dia cuba untuk bangun tetapi sakit perutnya menghalangnya daripada bangun.

"Kenapa sakit sangat perut ni?"

Tidak lama selepas itu, Hoseok masuk. Terkejut dia apabila melihat gadis itu seperti sedang menahan kesakitan.

"Eun Mi, kenapa? Masih sakit?" Tanya Hoseok.

Eun Mi hanya mengangguk.

"Kenapa saya kat sini?" Tanya gadis itu. Hoseok mengeluh seketika. Tetapi dalam masa yang sama, dia ragu-ragu untuk memberitahu perkara sebenar kepada gadis itu.

"Errr... Awak pengsan tadi." Jawab Hoseok.

"Pengsan?"

"Awak pengsan tadi sebab awak mengalami pendarahan tadi." Ucap Hoseok.

"P-pendarahan? Bukan orang mengandung ke yang alami pendarahan ni?"

Hoseok mengerutkan dahinya.

"Awak tak tahu yang awak mengandung?" Tanya Hoseok.

Eun Mi menggeleng.

"Usia kandungan awak dah mencecah 2 bulan. Yoongi dah tahu?"

Eun Mi menggeleng laju lalu dia menangis.

"Hey, what's wrong?" Tanya Hoseok lalu mendekati Eun Mi.

"Saya..."

Seakan faham apa yang ingin diperkatakan oleh gadis itu, Hoseok cepat-cepat memotong.

"Jangan buat kerja gila. Macam mana sekalipun anak dalam perut awak tu tak salah. Sikit pun tak salah."

"Saya tak mampu.. saya tak mampu.." kata Eun Mi. Airmatanya laju mengalir.

"Tenang, saya dan Mi Soo akan jaga awak." Ucap Hoseok lalu memeluk gadis itu.

"Saya nak jumpa Yoongi lepastu saya belikan awak makanan, ok?"

Eun Mi menggeleng.

"Jangan jumpa Yoongi. Saya tak nak dia tahu. Dan kalau boleh saya nak pergi jauh dari dia." Kata Eun Mi.

"Jangan risau. Sekurang-kurangnya lelaki itu harus diberikan pengajaran." Ucap Hoseok.

Eun Mi mengangguk lemah lalu dia membaringkan tubuhnya. Hoseok senyum lalu keluar.

******

Kolar baju Yoongi ditarik kasar oleh Hoseok. Hoseok betul-betul dikuasai oleh marah.

"Apa masalah kau!?" Marah Yoongi.

"Masalah aku, KAU!"

Satu tumbukan hinggap di pipi Yoongi.

"Yang kau nak tumbuk aku, kenapa!?"

"Itu balasan atas apa yang kau buat pada Eun Mi!"

"Dasar perempuan murah!" Sindir Yoongi.

"Apa kau cakap!? Murah!? Perempuan yang selalu kau banggakan sangat tu lagi murah daripada bini kau sendiri!"

"Kau jangan nak cakap macam tu!"

"Kau dah dibutakan oleh dia! Sehingga kau tak nampak mana yang lagi baik! Lain kali siasat dulu sebelum kau buat keputusan! Kau ingat Eun Mi miskin sangat ke sampai nak ambil duit syarikat!? Kau tahu yang kau hampir nak gugurkan kandungan dia!? Kau tahu tak!!?"

"Eun Mi m-mengandung?"

Hoseok tersenyum sinis. Sebuah fail dilemparkan kepada Yoongi.

"Kau tandatangan surat tu, dan hubungan kau dengan dia dah tak ada apa-apa." Ucap Hoseok lalu keluar.

Yoongi menyerabutkan rambutnya. Dia betul-betul frustasi.

"ARGH!!!" Jerit Yoongi untuk melepaskan frustasi nya.

Tiba-tiba matanya tertumpu pada CCTV yang terpasang kemas pada pejabatnya.

"Cctv. Ya cctv."

Yoongi segera menuju ke arah mejanya. Komputernya dihidupkan lalu dia membuka hasil rakaman cctv dimuja kerja Eun Mi. Bilik pejabatnya turut dipasang.

"TAK GUNA, KANG SERIM!!"

Surat penceraian yang diberikan oleh Hoseok tadi dikoyaknya. Kot yang tergantung dia kerusi diambilnya lalu dia keluar dari pejabatnya dengan perasaan yang marah.

Dia perlu berjumpa dengan Serim. Dia mahu penjelasan dari gadis itu.











































Fuh Sabo2 lagi sikit jer😂

Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)Where stories live. Discover now