.12.

21 8 11
                                    


Puas Yoongi mengetuk pintu bilik tetamu untuk memujuk isterinya keluar namun tetap tidak berhasil.

Gadis itu mengambil keputusan untuk menginap beberapa hari di rumah orang tua Yoongi.

Jap, mesti semua pelik kan kenapa Eun Mi duduk dalam bilik tetamu?

Gadis itu tahu bahawa Yoongi memiliki kunci pendua bagi biliknya. Jadi, kalau dia mengurungkan dirinya didalam bilik Yoongi, lelaki itu pasti akan dapat masuk. Bilik tetamu pula, kuncinya sudah hilang. Jadi sesama kita gelak. Sebab author takde idea sebenarnya.

"Sayang, jangan buat oppa macam ni.. keluarlah, makan.. nanti kau sakit.."

Pintu terus diketuk namun tiada sebarang jawapan daripada Eun Mi.

"Yoongi..." Panggil puan Min lalu Yoongi segera menoleh ke arah puan Min.

"Biar mama yang pujuk. Kamu baliklah dulu." Kata puan Min.

"Tapi..."

"Kamu yang mulakan semua ni dulu. Kalau mama ditempat isteri kamu, mama pun akan rasa benda yang sama. Biar isteri kamu tenangkan diri dulu." Ujar puan Min.

Yoongi mengangguk lalu perlahan-lahan dia melangkah meninggalkan bilik itu.

"Eun Mi, sayang..." Panggil Puan Min sambil mengetuk pintu bilik itu.

Tidak perlu untuk menunggu lama, pintu itu sudah terbuka. Tubuh wanita itu dipeluk oleh Eun Mi dengan erat. Gadis itu menangis teresak-esak dibahunya.

Belakang Eun Mi diusap perlahan oleh puan Min untuk menenangkan gadis itu.

"Dah-dah, mama tak nak tengok Eun Mi nangis lagi.." kata Puan Min.

"Ma, Yoongi...."

Tangisnya semakin pecah. Hatinya semakin sakit apabila mengingatkan kejadian pagi tadi.

Belakang Eun Mi terus diusapnya.

"Dah sekarang ni, mama nak Eun makan. Dari pagi sampai sekarang Eun tak makan langsung."

"Eun, tak lapar.."

"Eun, jangan paksa diri kamu. Nanti kalau kamu sakit, macam mana dengan anak-anak kamu? Diorang pun asyik tanya je pasal kamu... Makanlah.. sekurang-kurangnya kamu makan untuk anak-anak kamu..." Pujuk puan Min.

Airmatanya dikesat lalu dia tersenyum nipis.

"Baik, ma.."

"Kan cantik kalau senyum macam tu.." kata puan Min lalu mereka pun ketawa.

"MOMMY!" Jerit YoonMi dan Yoonki lalu segera mendapatkan ibunya.

Eun Mi memeluk kedua-dua anaknya lalu dikucup lembut dahi mereka berdua.

"Sayang mommy dah makan?" Soal EunMi lalu kedua-dua si kecil itu mengangguk.

"Dah tadi, daddy suapkan." Balas Yoonki. Gadis itu hanya tersenyum nipis.

"Mommy kenapa tak sihat, ke?" Soal YoonMi pula sambil membelek-belek wajah Eun Mi.

"Taklah, sayang. Mommy sihat jer." Kata Eun Mi. YoonMi hanya mengangguk.

"YoonKi dah makan ubat?" Soal Eun Mi lagi sambil mereka melangkah ke meja makan.

"Dah. Daddy yang suapkan juga."

Eun Mi tersenyum lalu pipi si kecil itu dikucup.

"Dah pergi tidur, nanti esok nak ke sekolah." Ucap Eun Mi lalu kedua-dua si kecil itu segera menurut.

Satu keluhan berat dilepaskan. Dia bermain-main dengan nasi goreng didalam pinggannya sambil termenung.

Telefon yang berdering dipandangnya dipandang sekilas lalu diabaikan. Jelas tertera si pemanggil itu ialah suaminya. Berkali-kali telefonnya berdering namun tetap diabaikanya.

Mahu atau tidak, dia perlu menjamah makanan itu walaupun sedikit. Demi anak-anaknya dia perlu kuatkan dirinya.



































































 Demi anak-anaknya dia perlu kuatkan dirinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nah Doktor Jeon kita😂🤣

Dah lepaskan rindu, jangan lupa untuk vomment 😘💃

Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)Where stories live. Discover now