.16.

25 8 13
                                    


Eun Mi membuka matanya perlahan-lahan kerana rasa sakit pada kepalanya itu menyukarkannya untuk membuka mata.

Namun dia gagahkan dirinya untuk bangun kerana dia perlu menyiapkan YoonMi dan Yoonki yang harus kesekolah.

"YoonMi.. Yoonki.. bangun, sayang." Kejut Eun Mi.

Tidak perlu untuk menunggu lama, kedua-dua si kecil itu sudah bangun.

"Jom mandi. Mommy mandikan." Kata Eun Mi. Kedua-dua tangan si kecil itu ditariknya lalu dibawa masuk ke dalam bilik air.

30 minit kemudian... (Gelak lah sikit..)

Setelah Eun Mi siap menyiapkan kedua-dua anaknya, dahi kedua-dua si kecil itu dikucup sekilas.

"Mommy, sakit ke?" Soal Yoonki apabila melihat wajah pucat Eun Mi.

Eun Mi hanya tersenyum lalu menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Mommy sihat. Dah cepat turun nanti susahkan daddy nak kena tunggu kalau lambat." Balas Eun Mi.

"Mommy tak turun?" Soal YoonMi pula.

"Tak. Mommy nak rehat jap. Kalau daddy tanya, cakap mommy tidur." Jawab Eun Mi.

"Ok, mommy."

Lalu kedua-dua si kecil itu pun segera keluar.

Setelah memastikan mereka turun, Eun Mi kembali berbaring di atas katil. Kepalanya yang masih sakit dipegangnya.

"Peningnya..." Keluh Eun Mi sambil tangannya mengurut-ngurut kepalanya.

"Sayang?"

Baru sahaja dia ingin melelapkan matanya, namanya dipanggil oleh Yoongi menyebabkan dia bangun dari duduknya.

"Kau sihat, tak?" Soal Yoongi sambil menghampiri isterinya lalu dia melabuhkan punggungnya disebelah Eun Mi.

Eun Mi hanya mengangguk.

"Oppa tak hantar anak-anak, ke?" Soal Eun Mi apabila melihat Yoongi masih diam ditempat duduknya.

"Aku suruh pak Joon hantar. Sekarang ni kau siap, aku nak bawa kau pergi hospital." Kata Yoongi.

"Tak payahlah." Balas Eun Mi lalu bangun.

"Kau nak pergi mana?"

"Nak turun. Nak minum air."

"Nak aku tolong?"

"Tak."

Eun Mi segera keluar dari bilik itu manakala Yoongi duduk bersantai di atas katil sambil memainkan telefonnya.

Ketika Eun Mi ingin menuruni anak tangga, langkahnya terhenti apabila Yeri menghalang laluannya.

"Awak nak apa-apa, ke?" Tanya Yeri menyebabkan gadis itu menggulingkan biji matanya tanda menyampah.

"Tepi." Itu sahaja yang keluar dari mulutnya.

"Awak sakit. Mari saya tolong." Ucap Yeri lalu tangan Eun Mi cuba dipegangnya.

Namun Eun Mi cepat-cepat menepis tangan Yeri menyebabkan Yeri hilang keseimbangan lalu terjatuh dari tangga.

"YERI!!!"







































EHEKS!!

Nah gambar jimin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nah gambar jimin.... Tadi tak dapat nak bagi....
Dah pandang lama2 tu jangan lupa vomment pulak 🤣🤣🤣

Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)Where stories live. Discover now