4 tahun kemudian...
Pintu pejabat Yoongi diketuk oleh seseorang. Setelah diberi keizinan, dia pun menapak masuk bersama dengan seorang gadis disebelahnya.
"Tuan, ini pembantu peribadi tuan yang dipilih dalam ujian temuduga itu." Ucap Ariena sambil menunjukkan kearah gadis disebelahnya.
"Baik." Balas Yoongi lalu mempersilakan gadis itu duduk manakala Ariena sudah meminta diri untuk keluar.
Yoongi memandang sekilas ke arah gadis itu lalu kembali menyambung kerjanya.
"Kenalkan diri kau. Lepastu keluar buat kerja kau." Kata Yoongi tanpa memandang ke arah gadis itu.
" Kang Yeri imnida. Sedia berkhidmat untuk tuan." Ucap Yeri lalu badannya ditundukkan seketika.
"Dah ambil fail ini. Semak semula apa yang tertinggal. Keluar." Arah Yoongi.
Gadis itu segera mengambil fail itu lalu keluar.
(Mesti ada yang tertanya-tanya mana pergi Eun Mi, kan?)
Yoongi mengeluh perlahan. Puas dia memujuk Eun Mi supaya menjadi pembantu peribadinya tetapi gadis itu ada tanggungjawabnya sendiri. Jika dia menjadi pembantu peribadi lelaki itu, siapa yang akan menguruskan kelab muziknya?
Akhirnya, Eun Mi mencadangkan agar lelaki itu mengambil sahaja orang lain.
Awalnya Yoongi ingin memilih lelaki tetapi yang hadir ketika temuduga itu, semuanya perempuan.
Back to Yeri...
Gadis itu melabuhkan punggungnya diatas kerusi dengan kasar. Fail-fail dibiarkan begitu sahaja.
"Dingin." Ucap Yeri lalu tersenyum. Gadis itu bermain-main dengan pen sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.
Setelah itu, dia mula melakukan tugas-tugas yang diarahkan tadi.
Tidak lama selepas itu, Yoongi keluar sambil mengancingkan butang kotnya.
Lantas gadis itu berdiri lalu menundukkan badannya.
"Apa jadual aku hari ini?" Tanya Yoongi.
"Erm.. Harini jadual tuan tak sibuk. Tapi dalam pukul 9 hingga 11 pagi, tuan ada meeting dengan klien dari Mesir."
Yoongi hanya mengangguk.
"Siapkan apa yang perlu. Sebelum pukul 9, dah ada atas meja aku." Kata Yoongi lalu segera beredar dari situ.
Yeri segera menurut perintah. Segala bahan-bahan yang akan digunakan untuk mesyuarat nanti, disiapkan dengan baik.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Tepat jam 11, mesyuarat telah pun selesai. Memandangkan hari ini jadualnya tidak sibuk, dia merancang untuk pulang awal.
Yoongi mengemaskan mejanya sebelum pulang. Segala buku-buku dan fail-fail disusun dengan rapi dan teratur.
Setelah itu dia mencapai briefcase dan kotnya, lalu segera menapak keluar.
Panggilan dari Yeri tidak dihiraukan. Yang pasti, dia mahu pulang.
*****
Pinggang Eun Mi dipeluk erat sebelum pipi gadis itu dikucup lembut.
"Awal oppa balik?" Soal Eun Mi.
"Tak apalah kalau oppa nak balik awal pun. Lagipun rindu dengan isteri oppa ni." Kata Yoongi lalu mengeratkan lagi pelukan itu.
" Dah pergi mandi. Nanti turun makan sekali. Cepat anak-anak dah tunggu."
"Alaaa, kejaplah."
"Pergi mandi. Kasihan YoonMi dan Yoonki dah lapar."
"Kiss me first." Ucap Yoongi lalu memuncungkan mulutnya.
"Tak ada, tak ada. Oppa busuk."
"Sekejap je. Lepastu oppa mandi."
Eun Mi melepaskan keluhan lalu mencium sekilas bibir lelaki itu. Tetapi belum sempat dia bersuara, lelaki itu kembali menciumnya. Dia cuba untuk meleraikan ciuman itu namun Yoongi menahan kepalanya.
Akhirnya dia mampu membalas sahaja.
"Mommy..."
Yoongi dan Eun Mi terkejut. Dada Yoongi segera ditolak sehingga lelaki itu terdorong ke belakang.
"Y-ya, Yoonki?"
"Cepatlah, Ki lapar~" rengek Yoonki lalu mencebikkan mulutnya.
Eun Mi membetulkan rambutnya manakala Yoongi segera masuk kedalam bilik air.
"Y-ya, ya. Jom makan." Ucap Eun Mi lalu segera menghampiri anak lelakinya itu. Badan si kecil itu didukungnya lalu segera menuju ke ruang makan.
(Psst nak gitau.... Umur YoonMi 7 tahun n umur Yoonki 4 tahun... Korang pandai-pandailah..)
Amasyam gaesssss 😌
Terhibur tak 😂
Jangan lupa vote dan komen 😌💃😘
YOU ARE READING
Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)
Любовные романыsebuah perkahwinan yang dilakukan tanpa cinta tidak memberikan kebahagiaan buat mereka iaitu Min Yoongi dan Shin Eun Mi yang disatukan kerana terpaksa. kerana tiada rasa cinta diantara mereka, maka Shin Eun Mi telah diperlakukan dengan kasar oleh Mi...