Special chapter 3

23 10 8
                                    


Tepat jam 2 pagi, Yoongi tersedar dari tidurnya apabila terdengar suara esakan kecil disebelahnya. Jelas kelihatan Eun Mi sedang menangis walaupun matanya dalam keadaan tertutup.

"Sayang... Sayang..." Kejut Yoongi cuba membangunkan isterinya. Gadis itu tersedar lalu terus memeluk tubuh Yoongi.

"Maafkan saya... Maafkan saya..." Ucap gadis itu diselangi dengan tangisnya. Yoongi hanya mengerutkan dahinya tanda tidak faham.

Gadis itu tidak henti-henti meminta maaf membuatkan Yoongi semakin pelik.

"Hey, what's wrong? What's happen? Kenapa minta maaf ni?"

Gadis itu mengeratkan pelukannya membuatkan Yoongi turut membalas pelukan itu.

"Saya minta maaf... Disebabkan saya tak dengar cakap awak, anak kita tak ada.." Ucap Eun Mi.

"Tak ada? Apa kau merepek ni?" Tanya Yoongi yang masih bingung.

"Anak kita dah tak ada..." Ucap Eun Mi lagi.

"Sejak bila pula tak ada... Elok je tidur dalam katil dia tu." Kata Yoongi sambil menunjukkan kearah sebuah katil bayi.

Eun Mi mengangkat wajahnya memandang ke arah Yoongi lalu dia pun turut memandang ke arah katil itu. Dengan segera dia menghampiri katil bayi itu.

Dia jatuh terduduk tatkala melihat seorang bayi lelaki yang sedang tertidur pulas didalam katil bayi itu.

"Kenapa ni..?" Tanya Yoongi sebaik sahaja dia menghampiri gadis itu.

"S-saya mimpi dia dah tak ada." Ucap Eun Mi. Tubuh gadis itu segera dipeluk Yoongi. Dia mencium dahi gadis itu lalu mengusap kepalanya perlahan.

"Dah-dah, mimpi tu mainan tidur jer." Kata Yoongi.

Gadis itu meleraikan pelukan lalu segera menghampiri katil bayi itu semula. Eun Mi mengangkat si bayi itu lalu mengucup sekilas pipi yang tembam itu.

"Anak Mommy...." Ucap gadis itu. Bayi itu menggerakkan kepalanya tanda menyahut panggilan ibunya membuatkan si ibu tertawa kecil. Lalu dia meletakkan kembali bayi itu kedalam katil itu.

Dia memandang ke arah Yoongi dengan airmata yang masih tersisa. Lelaki itu hanya tersenyum lalu segera memeluk kembali gadis itu.

******

YoonMi tidak henti-henti mencium pipi adiknya. Sayang sungguh akan adiknya itu. Sesekali dia menekan-nekan pipi tembam si adik.

"Mommy, mommy sumbat bola ke kat pipi adik? Kenapa pipi adik bulat macam bola? Tanya YoonMi menyebabkan gadis itu ketawa.

"Mana ada mommy sumbat bola.. pipi adik memang dah macam tu.. dah cepat mari makan. Nanti daddy nak hantar ke sekolah." Kata Eun Mi sambil menyapu perisa coklat pada sekeping roti itu.

"Mommy..." Panggil YoonMi dengan suara yang manja. Seakan-akan tahu apa yang diinginkan oleh anak perempuannya, Eun Mi cepat-cepat menggeleng.

"Tak boleh. Nanti balik, mainlah puas-puas dengan adik." Kata Eun Mi.

YoonMi mencebikkan mulutnya lalu segera mengambil tempat disebelah ibunya. Sekeping roti diambil lalu dimakannya.

"Jangan sedih-sedih. Hari cuti nanti kita jalan-jalan, nak?" Tanya Eun Mi cuba menceriakan anak perempuannya.

Bersinar mata YoonMi apabila mendengar kata-kata ibunya. Cepat-cepat dia mengangguk laju tanda setuju.

Eun Mi senyum lalu kepala anak perempuannya diusap.

"Morning." Ucap Yoongi lalu mencium sekilas pipi isterinya. Kerusi disebelah YoonMi didudukinya.

"Ehem... Mommy je ke? YoonMi dan adik tak ada ke?" Tanya YoonMi menyebabkan lelaki itu gelak.

Segera dia menghampiri anak perempuannya. Seluruh muka YoonMi itu diciumnya sehingga kanak-kanak itu tidak berhenti gelak kerana geli. Si bayi lelaki itu juga tidak ketinggalan. Dicium, dicubit pipi si kecil itu.

(Aku tak tahu nak letak nama apa kat bayi lelaki itu😅)















"Penderitaan itu tidak lain dan tidak bukan melainkan ianya adalah untuk menguji seseorang itu bertahan atau tidak dengan sesuatu ujian yang ditimpakan olehnya. Jika ia kuat bertahan, maka diakhirnya akan terhasillah sebuah kebahagiaan yang dia inginkan selama ini."
































































Dan akhirnya, DERITA DALAM BAHAGIA melabuhkan tirainya. Author nak ucapkan HAPPY ARMY DAY 1/10/20😂dan ucapan TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA SEMUA PARA READERS FF NI😂 Yang mana sudi support, vote, comment... Sungguh semuanya menghiburkan hati Author 😘

   💃💃💃💃💃💃💃💃💃💃💃

Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)Where stories live. Discover now