.25.

34 7 26
                                    

Biar rasa ini membunuhku~ Biar rindu ini menghukumku~ Apa jua namun DIA tahu~ Cintaku utuh bila disampingmu~ Simpan segalanya teguh agar jiwa tiada rasa~

Eheks!

------------------------------------------------------

Yoongi menahan airmatanya daripada jatuh. Rindunya pada Eun Mi sangat mendalam. Jika dia begitu merindui gadis itu, pasti anak-anaknya lebih merinduinya.

Sedaya upaya ditahan airmatanya daripada jatuh tetapi akhirnya tumpah jua. Hatinya tidak sanggup melihat keadaan Eun Mi seperti itu.

Dari jauh dia hanya mampu melihat Eun Mi sedang ditenangkan oleh Jungkook.

Bahu Hoseok menjadi tempat dia melepaskan tangisnya. Jelas kedengaran ditelinga Hoseok, tangis lelaki itu sudah teresak-esak. Bahu Yoongi terhinjut-hinjut akibat esakan tangisnya.

"Tenanglah, Yoongi." Ucap Hoseok cuba menenangkan lelaki itu sambil tangannya mengusap-usap belakang lelaki itu.

"Semua salah aku. Kalau aku tak buat semua rancangan tu, Eun Mi tak akan jadi macam ni. Aku menyesal." Balas Yoongi diselangi dengan tangisnya.

"Benda dah jadi, Yoongi. Kau tenanglah, Kejap lagi kau kena masuk untuk jumpa dia. Peluang yang ada, kau gunakan sebaiknya. Pergi dapatkan hatinya semula." Ujar Hoseok.

"Tapi aku takut.. aku takut kalau dia taknak tengok muka aku lagi." Kata Yoongi.

"Kau dengar sini, walau apa pun yang terjadi, Yoonki dan YoonMi adalah pengikat kau dengan dia untuk bersatu semula. Sekurang-kurangnya fikirkan anak-anak kau, mereka masih perlukan Eun Mi." Terang Hoseok.

Yoongi mengangguk lemah lalu wajah Hoseok dipandang.

"Kau masih cintakan dia?" Soal Yoongi lalu bibir Hoseok mengukir senyuman sebelum dia menganggukkan kepalanya.

"Aku masih cintakan dia. Tulus, sangat tulus. Kerana aku tulus mencintai dia, aku juga tulus dalam melepaskan dia." Jawab Hoseok sambil memegang bahu lelaki itu.

Airmata Yoongi jatuh buat kali kedua. Sungguh hatinya terharu dengan kata-kata lelaki itu. Andai sahaja dirinya seperti Hoseok, pasti hidupnya kini sudah bahagia bersama dengan orang yang dicintainya.

Tidak lama selepas itu, Jungkook keluar dari bilik itu. Dia menghampiri Yoongi lalu bahu lelaki itu ditepuk-tepuknya.

"Bersiaplah untuk berjumpa dengannya. Jangan sampai kau kehilangan dia buat kali kedua atau kehilangannya buat selama-lamanya." Kata Jungkook lalu bibirnya mengukir senyuman.

Yoongi memandang ke arah Jungkook lalu perlahan-lahan kepalanya dianggukkan.

"Ingat, ego diibaratkan seperti dinding yang menghalang sebuah percintaan, buanglah ego dan cinta akan mengalir dengan sempurna." Tambah Jungkook lagi.

Yoongi tersenyum. Perlahan-lahan kakinya melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Sebak, sebak dada Yoongi melihatkan suasana bilik yang didiami oleh Eun Mi. Kosong dan hanya ada sebuah katil yang menjadi tempat pembaringannya.

Langkahnya diatur kemas menuju ke arah Eun Mi yang sedang duduk termenung di birai katil itu.

Punggungnya dilabuhkan di sebelah gadis itu tanpa disedari oleh gadis itu sendiri.

Perlahan-lahan tangannya mencapai tangan gadis itu.

Eun Mi yang tersedar terus memandang ke arah Yoongi yang sedang menundukkan wajahnya.

"Y-yoongi?"

Perasaan takut mula menguasai diri Eun Mi. Tangannya yang dipegang oleh Yoongi cuba dilepaskan namun Yoongi cepat-cepat menguatkan lagi pegangan itu.

Beberapa orang jururawat yang melihat Eun Mi yang sudah ketakutan itu cuba menghampiri mereka namun Jungkook pantas mengangkat tangannya tanda membiarkan sahaja mereka.

Tubuh Eun Mi dipeluk erat oleh Yoongi. Mereka sama-sama mengalirkan airmata.

Dada Yoongi dipukul oleh Eun Mi tanpa henti. Yoongi hanya membiarkan sahaja sehingga gadis itu akhirnya membalas pelukan Yoongi.

"Kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa..?" Soal Eun Mi yang sudah kepenatan.

"Maafkan aku... Maafkan aku..." Ucap Yoongi sambil tangannya bergerak mengelap airmata gadis itu.

"Hati saya sakit dengan apa yang buat pada saya. Sakit, sangat sakit. Awak suka buat keputusan tanpa bincang dengan saya. Hidup saya terasa kosong lepas apa yang awak buat pada saya. Setiap hari, saya terfikirkan tentang YoonMi dan Yoonki. Sihatkah mereka? Macam mana keadaan mereka?" Luah Eun Mi.

"Kalau begitu, biarlah aku mengubati semula rasa sakit kau, biar aku isi semula hidup kau. Aku nak mulakan semula hubungan kita." Terang Yoongi.

"Tak semudah itu..."

"For YoonMi and Yoonki, please? I'm begging you, please..." Pujuk Yoongi. Matanya tidak lepas dari memandang wajah gadis itu.

Rindu, dia sangat rindu akan wajah manis milik gadis itu. Pipi gadis itu diusapnya perlahan berharap agar gadis itu setuju.

"Ok, untuk YoonMi dan Yoonki. Bukan untuk awak." Balas Eun Mi menyebabkan lelaki itu tersenyum.

"Tapi aku tetap akan ambil semula hati kau." Kata Yoongi lalu segera memeluk tubuh gadis itu.

"Don't you dare!" Tegas Eun Mi membuatkan lelaki itu tergelak kecil.

Jungkook dan Hoseok yang sedang berada diluar, tersenyum kemenangan melihat Eun Mi yang sudah kembali seperti dulu.

Lalu mereka pun meninggalkan bilik itu membiarkan sahaja Yoongi dan Eun Mi melepaskan rindu mereka.

"Dah, jom tidur. Esok, aku bawa balik kau ke rumah. YoonMi dan Yoonki mesti rindu nak jumpa mommy dia." Kata Yoongi lalu merebahkan badannya diatas katil itu.

"Tapi katil ni, kecil.." ucap Eun Mi.

"Baring sajalah sebelah aku." Jawab Yoongi dengan santai lalu memejamkan matanya. Eun Mi hanya membulatkan matanya melihatkan kelakuan lelaki itu.

"Ingat, kita bukan lagi suami isteri, Yoongi." Kata Eun Mi tetapi reaksi Yoongi tetap sama.

"Apa susahnya, kahwinlah balik." Balas Yoongi. Santai.

"MIN YOONGI!!"


























































EHEKS!
MUEHEHEHEHEHE!!
JANGAN LUPA VOMMENT 😘😍

Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)Where stories live. Discover now