Yoongi melangkah masuk kedalam rumah dengan langkah yang longlai. Dia tidak berjaya memujuk hati gadis itu agar mengikutinya pulang."Yoongi?" Panggil puan Min apabila melihat keadaan anak lelakinya itu. Yoongi hanya memandang sekilas ke arah wanita itu lalu segera masuk kedalam biliknya.
Gambar Eun Mi ditatapnya. Airmatanya jatuh membasahi pipinya. Gambar gadis itu dipeluk erat sehinggalah dia tertidur.
Sejak kejadian itu, Yoongi mula berkurung dalam bilik. Makan minumnya juga sudah tidak dihiraukan. Lelaki itu tidak henti-henti menyebut nama gadis itu.
Puas mama dan papanya memujuknya untuk keluar, tetapi sikit pun tidak berhasil. Jimin juga sudah buntu.
"Yoongi, janganlah macam ni. Jom makan." Pujuk Puan Min sambil mengetuk pintu.
"TAKNAK! YOONGI NAK EUN MI!!" Itulah jawapannya setiap kali orang tuanya mengajaknya untuk makan mahupun keluar.
"Yoongi, jangan buat mama macam ni. Mama taknak kamu sakit." Pujuk Puan Min lagi. Namun jawapannya tetap sama.
******
Si kecil itu tidak berhenti menangis teresak-esak. Puas Eun Mi cuba memujuk, namun si kecil tidak juga mahu berhenti.
"Yoon, janganlah nangis lagi." Kata Eun Mi.
"Mommy jahat. Mommy kata nak jumpa hero YoonMi bila dah sampai sini."
Eun Mi tersenyum. Bahu anak perempuannya dielus lembut sebelum dia memeluknya.
"Ya, kita akan jumpa hero YoonMi. Tapi bukan untuk sekarang."
Si kecil itu mencebik.
"Tapi sampai bila? Kawan-kawan YoonMi semua ada papa. Setiap kali pulang sekolah, mesti papa diorang peluk pastu cium pipi diorang." Ujar si kecil.
"Papa Hoseok kan ada." Kata Eun Mi.
"Papa Hoseok bukan hero YoonMi."
Eun Mi senyum.
"Ok sekarang ni tidur. Esok mommy bawa YoonMi jalan-jalan, nak tak?"
YoonMi mengangguk laju lalu merebahkan badannya di atas katil.
Kata-kata Jimin petang tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. Dia terkejut apabila mendengar yang Yoongi sudah beberapa hari berkurung di dalam bilik. Tetapi dia tetap berdegil untuk bertemu dengan Yoongi.
"Sekurang-kurangnya, bina kembali mahligai yang dah runtuh. Tak kasihankah anak Noona membesar membesar tanpa kasih sayang seorang ayah? Lagipun Noona masih isteri hyung yang sah."
Eun Mi memejamkan matanya lalu membukanya kembali. Airmata yang jatuh dilap. Dia mencium dahinya anaknya sebelum dia juga turut melelapkan matanya.
Amasyam gaesssss😁
Asyileee vote 😘 jgn dilupakan😄
YOU ARE READING
Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)
Romancesebuah perkahwinan yang dilakukan tanpa cinta tidak memberikan kebahagiaan buat mereka iaitu Min Yoongi dan Shin Eun Mi yang disatukan kerana terpaksa. kerana tiada rasa cinta diantara mereka, maka Shin Eun Mi telah diperlakukan dengan kasar oleh Mi...