.13.

20 7 8
                                    


Seminggu berlalu, hatinya masih lagi sakit akan perbuatan Yoongi itu. Lebih menyakitkan hatinya, Yoongi membenarkan gadis itu datang kerumah orang tuanya.

Dia sendiri tidak tahu apa yang Yoongi ingin lakukan terhadap dirinya. Apakah lelaki itu sudah tidak mempunyai perasan? Atau lelaki itu sengaja memainkan perasaannya?

Berbagai soalan bermain di fikirannya.

"Eun Mi..." Panggil puan Min.

Gadis itu hanya tersenyum. Sejak kejadian itu, dia banyak mendiamkan dirinya.

"Jom turun. Semua dah tunggu untuk makan malam." Kata Puan Min lalu Eun Mi segera mengangguk.

Langkah Puan Min diikutinya.

Hatinya sakit saat melihat seorang perempuan yang sedang duduk di sebelah suaminya tanpa sedikit pun perasaan malu.

Tetapi sedaya upaya dia cuba mengawal emosinya.

Tempat disebelah Jimin diambilnya. Namun tidak sempat dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu, langkahnya bergerak menuju ke tempat duduk milik Yeri.

"Bangun.." kata Eun Mi sambil berpeluk tubuh.

Yeri hanya diam. Dia terpinga-pinga dengan tindakan gadis itu.

"Tak faham ke buat-buat tak faham.."

Perlahan-lahan, Yeri bangun lalu segera mengambil tempat disebelah Jimin.

"Eun Mi..." Panggil Yoongi. Jujur lelaki itu terkejut melihat perubahan yang berlaku pada diri gadis itu.

"I'm your wife. Salah ke saya nak duduk disebelah suami saya sendiri." Ucap Eun Mi. Dingin.

Manakala Yoongi hanya diam.

Setelah itu, masing-masing menjamah makanan tanpa sebarang bunyi. Hanya bunyi sudu dan garfu sahaja yang berlaga-laga.

"Eun dah siap." Kata Eun Mi lalu segera bangun dari duduknya. Kolam renang yang berada diluar ditujunya.

Kesejukan malam yang mencucuk tulangnya dibiarkan sahaja. Dia mahu tenangkan dirinya seperti tenangnya air kolam pada malam itu.

Dia memeluk tubuhnya apabila terasa begitu sejuk.

Disaat dia ingin mula tenang, satu suara datang menghancurkan ketenangannya.

Sempat Eun Mi menggulingkan biji matanya.

"Hai." Tegur Yeri lalu bibirnya mengukir senyuman.

Eun Mi diam tidak membalas.

"Awak..."

Belum sempat dia mahu membuka mulut, Eun Mi pantas memotong.

"Jangan ingat dalam kesempitan macam ni, kau nak ambil kesempatan atas suami aku." Ujar Eun Mi. Dingin. Lalu dia segera meninggalkan Yeri yang sudah tersenyum sinis.

"Dalam kesempitan ada kesempatan. Dan aku takkan sia-siakan peluang keemasan ini." Balasnya.

Tanpa disedari, segala kata-katanya telah didengari oleh seseorang di sebalik dinding yang menghalang itu.













































































Tanpa disedari, segala kata-katanya telah didengari oleh seseorang di sebalik dinding yang menghalang itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nah ada sesiapa yang rindukan Abe Hoseok tak?😂

Jangan lupa vomment 😘😁

Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)Where stories live. Discover now