Yeri, gadis itu nampak semakin lemah tetapi dia tetap menguatkan dirinya untuk melarikan diri dari orang-orang suruhannya yang sedang mengejarnya.Namun gadis itu tersilap langkah menyebabkan orang-orang suruhannya dapat menangkapnya.
"Mana kau nak lari lagi!?" Marah salah seorang daripada mereka apabila Yeri enggan membayar gaji mereka. Bahkan dia melarikan diri dari mereka.
"Gaji apa!? Korang pun aku tak kenal!" Tipu Yeri.
"Ni bukan sekali tau kau tak bayar kitorang! Dah banyak kali!" Marahnya lagi.
"Tch! Aku tak ada duit! Nanti kalau ada, aku bayarlah!" Balas Yeri.
"Tak ada! Tak ada! Bayar sekarang atau nyawa kau melayang!" Ugut lelaki itu.
"Berani buatlah! Jangan cakap je!" Cabar Yeri. Sejujurnya dia takut tapi dia memberanikan dirinya.
Tanpa berlengah, lelaki itu segera mengeluarkan sepucuk pistol lalu diarahkan pada gadis itu. Bulat mata Yeri apabila lelaki itu menyahut cabarannya.
"Tengok sana ada polis! Acah Yeri menyebabkan ketiga-tiga lelaki itu segera berpaling ke arah belakang.
Kesempatan itu digunakan sebaik mungkin. Yeri segera mengatur langkah untuk melarikan diri lagi.
Namun malang tidak berbau wangi apabila Yeri ditembak beberapa das dibahagian belakang dadanya.
Gadis itu akhirnya terbaring lemah diatas lantai lalu menghembuskan nafas terakhirnya.
Orang-orang suruhannya yang panik melihat keadaan Yeri yang sudah tidak bernyawa itu segera beredar dari situ meninggalkan Yeri.
******
Tangan Eun Mi dipegang erat oleh Yoongi. Lelaki itu tahu bahawa gadis itu sedang ketakutan.
Sepanjang berada di rumah itu, gadis itu hanya menundukkan wajahnya kerana ketakutan.
"Jangan risau. Aku ada kat sini. Kalau kau takut macam ni, macam mana nak jumpa YoonMi dan Yoonki?" Kata Yoongi cuba menenangkan gadis itu.
"S-saya cuma takut..." Balas Eun Mi.
Bahu gadis itu dipeluk dan diusap lembut oleh Yoongi.
"Jangan risau. Tak ada siapa yang takutkan kau." Kata Yoongi lagi.
Eun Mi hanya mengangguk perlahan.
"MOMMY!!!"
Bibir Yoongi dan Eun Mi mengukir senyuman lebar tatkala melihat kedatangan anak-anak mereka.
Kedua-dua si kecil itu pantas memeluk tubuh sang ibu yang sudah lama tidak berjumpa.
"Kenapa mommy kerja lama sangat?" Rengek Yoonki sambil menggoyangkan tangan Eun Mi.
Eun Mi hanya tersenyum sebelum dia memandang sekilas ke arah lelaki itu.
"Sekarang ni mommy dah balik, kan?"
YoonKi tersenyum.
"Kami rindu mommy sangat-sangat. Mommy tahu tak aunty Yeri suka pukul kami. Dia suka suruh kami buat kerja rumah waktu daddy tak ada kat rumah." Luah YoonMi manakala Eun Mi hanya tersenyum. Dalam diam, wajah Yoongi dipandang tajam membuatkan lelaki itu kecut perut.
"Ni mesti nakal.." ucap Eun Mi lalu mencubit manja pipi kedua-dua anaknya.
"Mana ada. Aunty Yeri... Eh silap nenek sihir tu dah tua tapi suka perasan cantik." Ejek YoonMi. Tu dia, dah keluar dah mulut dia..
"Tak baik cakap macam tu, ni mesti ikut mulut daddy, kan?" Kata Eun Mi menyebabkan lelaki itu membulatkan matanya.
"Aku pulak.."
"Yalah.. awak je yang suka mengata orang. Mulut tu main lepas je bila bercakap." Ucap Eun Mi. Tawanya ditahan sebaik mungkin supaya tidak terlepas.
"Memang mulut aku macam ni, nak buat macam mana." Balas Yoongi.
"Eun Mi..."
Baru sahaja gadis itu hendak mengajak anak-anaknya masuk tidur, puan Min memanggil namanya menyebabkan gadis itu kembali duduk.
Tangan Yoongi diramas-ramas tanda dia sedang ketakutan. Yoongi hanya mengusap lembut bahu gadis itu agar gadis itu bertenang.
Puan Min menghampiri gadis itu lalu perlahan-lahan tangan gadis itu dicapai oleh puan Min.
"Mama.. nak minta maaf.." ucap puan Min menyebabkan gadis itu tiba-tiba sahaja memandang ke arahnya dengan tercengang.
"Maafkan mama?" Ucap puan Min lagi.
Tangan Yoongi dilepaskan lalu dia memegang tangan wanita itu.
"S-saya tak pernah anggap yang mama ada buat salah dengan Eun. Mama janganlah minta maaf lagi." Balas Eun Mi lantas tubuh gadis itu dipeluk erat oleh puan Min.
"Eun Mi, kalau mama minta Eun Mi kembali semula pada Yoongi, boleh?" Soal puan Min.
Gadis itu menggigit bibir bawahnya sebelum dia menjawab soalan itu.
"Eun tak tahu nak jawab apa. Tapi Eun akan cuba sedaya upaya untuk kembali semula pada Yoongi." Jawab Eun Mi menyebabkan puan Min tersenyum.
"Oklah kalau macam tu, mama naik atas dulu. Terima kasih, Eun Mi." Kata puan Min lalu segera beredar dari situ.
Wajah Yoongi dipandang sebelum bibirnya mengukir senyuman.
"Saya benci awak tapi tak bermakna saya dah tak cintakan awak. Jadi berusahalah untuk dapatkan semula hati saya." Kata Eun Mi lalu turut beredar dari situ bersama dengan anak-anaknya.
Yoongi hanya diam sambil melihat kearah Eun Mi sehingga gadis itu hilang dari pandangannya.
Eheks!
Hai korang! Lagi satu chapter mungkin ff ni bakal tamat dan Sya juga akan buat flashback-flashback semula untuk cerita ni, dimana Sya akan ceritakan balik macam mana Yoongi merancang rancangan dia... Insya Allah...
Dan satu spesial chapter juga akan Sya update sebagai tanda terima kasih kepada semua pembaca ff nii..
Ok! Jangan lupa vomment tau 😉😘
YOU ARE READING
Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)
Roman d'amoursebuah perkahwinan yang dilakukan tanpa cinta tidak memberikan kebahagiaan buat mereka iaitu Min Yoongi dan Shin Eun Mi yang disatukan kerana terpaksa. kerana tiada rasa cinta diantara mereka, maka Shin Eun Mi telah diperlakukan dengan kasar oleh Mi...