DDB 26

34 19 10
                                    


Sudah seminggu lebih Yoongi mengurungkan dirinya didalam bilik. Jika dilihat keadaannya yang sekarang, amat menyedihkan. Dengan rambut yang kusut masai, mukanya yang sedikit  cengkung dan badannya yang semakin kurus, namun dia tetap dengan pendiriannya.

Nama Eun Mi sentiasa meniti di bibirnya. Gambar gadis itu selalu ditatapnya.

Dari luar biliknya, kedengaran suara keluarganya cuba untuk memujuknya keluar. Namun tidak sedikit pun dihiraukannya.

"Yoongi, jangan buat mama macam ni. Mama taknak tengok Yoongi sakit." Kata Puan Min.

"TAKNAK! HIKS! YOONGI NAK EUN MI!! NAK EUN MI!!" Jerit Yoongi.

Ketukan demi ketukan diketuk oleh keluarganya. Jimin pun turut cuba memujuk abangnya.

Tiba-tiba ada satu tangan mengetuk pintu bilik itu. Seluruh yang ada di situ seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya.

"Yoongi..." Panggil Eun Mi sambil mengetuk pintu. Sebuah senyuman sempat diberikan pada mereka.

Didalam bilik, Yoongi sedang berbaring sambil memeluk gambarnya. Satu suara yang cukup dia kenal membuatkan dia bangun.

Tanpa berlengah, dia segera menuju ke arah pintu lalu dibuka pintu itu. Badan gadis itu dipeluk erat. Bau yang kurang enak itu membuatkan gadis itu tidak selesa, namun dia juga merindui lelaki itu. Secara perlahan, dia membalas pelukan lelaki itu.

Tangisan demi tangisan dia hamburkan pada dada lelaki itu. Meluahkan rasa rindu dan juga rasa sakit yang dialami olehnya.

"Maafkan aku.. maafkan aku.." ucap Yoongi.

"Ya, ya, saya maafkan awak. Tapi sebelum tu saya nak awak mandi dan makan. Busuk." Kata Eun Mi.

Lelaki itu mengangguk laju lalu menarik tangan gadis itu masuk kedalam biliknya.

"Awak kenapa tarik saya?" Tanya Eun Mi. Pelik.

"Nak mandi."

"Yang nak mandi awak, bukan saya."

"Tapi nak mandi dengan kau."

Gadis itu membulatkan matanya seraya malu dengan apa yang dikatakan oleh Yoongi tadi.

"Awak mandi, saya nak siapkan makanan awak. Kalau tak, saya baliklah macam tu."

"Ok, ok, tapi janji jangan tinggalkan aku."

Eun Mi gelak.

"Ya, saya takkan tinggalkan awak. Tapi saya nak ambil YoonMi sekejap."

"YoonMi?"

"Nanti saya jelaskan. Sekarang ni awak selesaikan diri awak dulu, ok?"

Yoongi mengangguk lalu bilik air segera ditujunya.

Sewaktu gadis itu menghantar anaknya ke sekolah, timbul dihatinya untuk melihat keadaan Yoongi. Mungkin sudah sampai masanya dia memaafkan lelaki itu.

Sejak mendengar cerita dari Jimin juga dia sudah mula berasa risau. Dia tidak mahu kehilangan lelaki itu tapi dalam masa yang sama dia juga perlukan masa untuk dia memaafkan lelaki itu.

Keluarga Yoongi begitu gembira melihat kehadiran gadis itu semula ditambah juga dengan kehadiran si kecil.

Setelah mendengar penjelasan dari gadis itu, Yoongi terus memeluk YoonMi. Malah si kecil itu nampak begitu senang.

"Daddy, daddy tahu tak mommy selalu cerita pasal daddy kat YoonMi. Sebab tu YoonMi teringin sangat-sangat nak jumpa daddy. Mommy cakap daddy hero YoonMi." Laju sahaja mulut si kecil itu bercakap membuatkan seluruh isi rumah itu gelak.

Airmata gadis itu mengalir tetapi cepat-cepat dilap. Dia terharu apabila si kecil itu memanggil Yoongi dengan gelaran itu.

Tangan Eun Mi dipegangnya lalu dia mengeratkan genggaman itu. Gadis itu hanya tersenyum. Sungguh inilah yang dia mahukan. Dia mahukan sebuah kebahagiaan yang sudah lama tidak dirasakan olehnya.



























Vomment jangan lupa 😂😁😘

Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)Where stories live. Discover now