.21.

21 7 5
                                    


Hujan yang turun dengan lebat itu menyukarkan lagi pandangan Jungkook untuk memandu keretanya.

Sesekali dia mengecilkan dan membesarkan matanya untuk menjelaskan pandangan kabur itu.

DRRT! DRRT!

Jungkook berdecit apabila telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan yang harus dijawabnya.

Tangannya bergerak ke kusyen sebelah untuk mencari telefonnya sambil matanya masih fokus pada pemanduannya.

Namun yang dicarinya, tiada. Dia beralih pula pada tempat duduk di belakang. Tetapi hasilnya tetap sama.

Tiba-tiba matanya tertumpu kepada cahaya yang sedang menyala di bahagian bawah kakinya.

"Ah, kat situ rupanya." Kata Jungkook.

Tanpa berfikir panjang, tangannya bergerak mengambil telefonnya.

Tetapi belum sempat dia mahu mengambil telefon itu, brek keretanya ditekan secara mengejut apabila dia terasa seperti melanggar sesuatu.

"Batang apa pulak yang aku langgar." Keluh Jungkook lalu dia segera keluar dari kereta itu walaupun hujan sedang lebat.

"OH! MY! GOD!"

Terkejut bukan kepalang, apabila dia melihat sekujur tubuh milik seorang perempuan sedang berbaring lemah di atas jalan itu.

Dia segera menghampiri gadis itu.

Bulat matanya apabila mendapati gadis itu adalah EUN MI.

"EUN MI! EUN MI!" Jerit Jungkook. Pipi gadis itu ditepuk-tepuk untuk menyedarkan gadis itu.

"Eh, bodohlah kook. Dah kena langgar mestilah pengsan." Katanya pada dirinya sendiri.

Tubuh gadis itu segera diangkat dan dibawa masuk ke dalam kereta lalu dia segera memecut laju menuju ke hospital.

Jungkook juga sempat menghubungi Hoseok. Dia tahu pasti gadis itu sedang mempunyai masalah besar dengan suaminya. Jadi dia memilih untuk menelefon Hoseok sahaja.

Ops, mesti semua pelik, kan. Jadi macam ni, semalam hospital tempat Jungkook bekerja itu menerima pekerja baru. Tak disangka, Hoseok termasuk dalam pekerja baru itu. Jadi sempatlah Jungkook berkenal-kenalan dengan lelaki itu.

Si Hoseok pula, dia sering bercerita tentang Eun Mi kepada lelaki itu. Jadi dari situlah mereka mula berkawan.

******

"Syukur, kecederaan dibahagian kepala pesakit tidak menjejaskan sedikit pun ingatannya, tetapi berkemungkinan pesakit mungkin akan mengalami sakit pada bahagian mentalnya akibat hentakan yang dia terima pada kepalanya cukup kuat. Dan dari apa yang saya periksa, kami mungkin akan menempatkan pesakit dibahagian bilik khusus untuk yang menghidap penyakit mental kerana pesakit mungkin akan berasa takut akan orang disekelilingnya termasuk juga mencederakan dirinya sendiri."

Kata-kata Doktor Seokjin tadi masih terngiang-ngiang di telinga Jungkook. Dia meraup kasar wajahnya. Dia berasa sangat bersalah akan hal ini. Jika dia tidak cuai, pasti hal ini tidak akan terjadi.

"Sudahlah, Kook. Benda dah jadi, mungkin ada hikmah disebalik kejadian ni." Kata Hoseok yang cuba menenangkan Jungkook.

Jungkook hanya mengangguk. Jauh disudut hatinya, dia bersyukur kerana Eun Mi tidak hilang ingatannya. Tetapi lain pula yang berlaku.

"Kau tunggu sini sekejap. Aku nak telefon seseorang, jap." Ucap Hoseok lalu keluar dari bilik itu.

Wajah pucat Eun Mi dipandang oleh Jungkook dengan pandangan sayu.

Kepala Eun Mi yang masih berbalut kemas itu diusapnya perlahan.

"Maafkan saya, Eun Mi." Ucap Jungkook sambil tangannya masih tidak berhenti dari mengusap kepala gadis itu.




































































Eheks!
Asyemannn Jungkook!
Muehehehehehehehehe!!
Jangan lupa vomment tau 😉😘

Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)Where stories live. Discover now