.9.

18 8 20
                                    


Eun Mi membaringkan tubuhnya seketika diatas katil untuk melepaskan penat. Dia baru sahaja selesai menguruskan Yoonki yang muntah.

Beberapa kali gadis itu itu cuba menyuapkan anak lelakinya itu makan, tetapi hasilnya tetap sama kerana setiap kali Yoonki cuba menelan makanan itu dia pasti muntah.

Akhirnya, Eun Mi mengambil keputusan untuk menidurkan sahaja Yoonki setelah diberikan ubat.

"Sayang..." Panggil Yoongi yang baru sahaja keluar dari bilik air. Isterinya yang sedang terbaring itu segera dihampirinya.

Eun Mi hanya memandang ke arah Yoongi.

"Macam mana keadaan Yoonki?" Soal Yoongi.

Eun Mi bangun dari baringnya lalu keluhan berat dilepaskan olehnya.

"Masih muntah kalau nak telan makanan. Tapi saya dah tidurkan dia." Jawab Eun Mi.

Bahu gadis itu dipeluknya erat.

"Sabarlah, sayang." Ucap Yoongi lalu dahi Eun Mi dikucup sekilas.

"Dah, pergi pakai baju." Kata Eun Mi lalu meleraikan pelukan itu.

"Wait, where is my kiss?"

Eun Mi menolak lembut bahu lelaki itu lalu bibir Yoongi cuba dipagutnya.

Namun tidak sempat bibir mereka bersatu, jeritan dari si anak menghentikan mereka.

"MOMMY!! ADIK MUNTAH DARAH!!"

Eun Mi dan Yoongi membulatkan mata mereka tanda terkejut. Eun Mi segera berlari keluar menuju ke bilik Yoonki manakala Yoongi menuju ke arah almari untuk menyarungkan pakaian pada badannya.

Selesai dia menyarung baju pada tubuhnya, deringan telefon membuatkan langkahnya yang ingin keluar dari bilik terhenti.

Butang hijau ditekan lalu telefonnya ditekapkan pada telinganya.

Mendengar sahaja suara si pemanggil, terus Yoongi berlari keluar.

"O-oppa.." panggil Eun Mi.

"Mian, sayang.. i have to go.. ada kecemasan.." Ucap Yoongi lalu segera keluar dari rumah itu.

Niatnya mahu mengajak Yoongi membawa Yoonki ke hospital terbantut melihatkan lelaki itu seperti tergesa-gesa.

Lantas Eun Mi kembali menuju kedalam biliknya untuk bersiap. Setelah itu dia sendiri yang membawa Yoonki ke hospital.

*****

Setelah memasukkan kata-kata laluan pada pintu masuk, Yoongi segera menapak masuk kedalam rumah itu.

"Yeri! Yeri!" Jeritnya memanggil nama gadis itu.

Bilik gadis itu ditujunya. Seluruh ruang bilik itu bersepah dengan segala barang-barang yang berada diatas lantai.

Dapat dia lihat, Yeri sedang membaluti tubuhnya bersama selimut sambil menggigil ketakutan.

"Hey, what's wrong?" Soal Yoongi setelah mendapatkan gadis itu. Tanpa apa-apa, gadis itu segera memeluknya erat dengan tangisan yang masih jelas kedengaran.

"Takut..." Ucapnya. Pelukan pada lelaki itu semakin dieratkan.

"Apa yang dah terjadi? Kenapa bersepah?"

"Tadi... Tadi ada orang kacau i. I takut.."

Kepala gadis itu diusap perlahan cuba untuk menenangkan gadis itu.

"Dah-dah. Sekarang ni aku ada dengan kau. Jangan takut." Kata Yoongi lalu tubuh gadis itu dipapahnya.

Dia membaringkan tubuh gadis itu diatas katil.

"Aku ambil air, jap."

Namun tak sempat kakinya melangkah meninggalkan gadis itu, tangannya ditahan menyebabkan langkahnya terhenti.

"Don't leave me, please... I takut..."

Yoongi tersenyum lalu mengangguk. Tangan gadis itu segera dilepaskan lalu dia pun menapak keluar dari bilik itu.

Setelah dia memberikan Yeri  minum, gadis itu segera terlelap.

Barang-barang yang berselerakan di atas lantai, segera dikemaskannya.

Setelah memastikan keadaan betul-betul baik, Yoongi segera pulang.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Yoongi memeluk tubuh isterinya yang sedang tertidur membelakanginya lalu bahu gadis itu dikucup lama sebelum dia turut berbaring.

Tangannya tidak berhenti mengusap tangan milik isterinya.

"Mianhae, sayang.." Ucap Yoongi.

Eun Mi membuka matanya seketika apabila dia mendengar ucapan yang baharu sahaja keluar dari mulut lelaki itu lalu dipejamkan kembali .















































Ada apa-apa yang nak cakap?
Hehehehe...
Apa pun vomment jangan lupa 😘😁

Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)Where stories live. Discover now