.11.

25 7 28
                                    


Enjin kereta dihidupkan lalu Eun Mi segera meninggalkan perkarangan rumah itu. Dia sangat malas mahu keluar rumah namun disebabkan Yoongi tertinggal komputer ribanya, jadi dia terpaksa juga keluar.

"Haish, oppa ni pun satu. Nak cepat sangat keluar, tengok beg dah tertinggal." Kata Eun Mi lalu telefonnya dicapai.

Nombor Yoongi didail lalu ditekan butang hijau untuk menghubungi suaminya.

"Angkatlah.."

Beberapa kali dia cuba menghubungi suaminya namun tetap sahaja tidak berjawab.

"Takkanlah sibuk memanjang..." Keluhnya lalu telefonnya disimpan semula ke dalam begnya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Bahu Yoongi diusap perlahan oleh Yeri sebelum gadis itu melabuhkan punggungnya diatas paha Yoongi.

Tangannya naik merangkul leher lelaki itu sambil anak matanya tepat memandang ke arah lelaki itu.

"Oppa..." Panggil Yeri.

Yoongi hanya berdehem tanda menyahut panggilan gadis itu sementara tangannya masih sibuk membelek helaian kertas kerja itu.

"What's you want?" Soal Yoongi.

"Nothing. Nak duduk macam ni jer." Balas Yeri.

Setelah selesai dia membelek helaian kertas kerja itu, dia mengetepikan semua itu lalu tangannya bergerak memeluk pinggang gadis itu.

Mereka berpandangan antara satu sama lain sebelum mata Yoongi jatuh melihat ke arah bibir merah milik gadis itu.

Perlahan-lahan dia mendekatkan wajahnya lalu dilekapkan bibirnya pada bibir gadis itu.

Yeri mula terbuai dan cuba membalas ciuman itu. Tangan gadis itu pasti tidak akan tinggal diam. Tali leher Yoongi ditanggalkannya lalu 3 butang baju atas milik lelaki itu dibukanya. Lalu tangannya kembali merangkul leher lelaki itu.

Klek!

Pintu yang terbuka tidak mengganggu perbuatan mereka. Sehinggalah satu suara yang cukup mengejutkan mereka.

"Oppa..."

Eun Mi jatuh terduduk lalu wajahnya ditundukkan. Airmatanya laju mengalir keluar.
Tangannya turut dikepalkan akibat geram.

Hatinya sakit dan hancur saat melihat suaminya sedang bercumbu bersama dengan perempuan lain.

Yoongi yang terkejut segera menolak kasar Yeri lalu dia bangun dari duduknya. Bajunya yang terbuka dibutangkan kembali.

Eun Mi mengangkat wajahnya lalu memandang tajam ke arah Yeri. Dadanya berombak menahan marah.

Yeri pula sudah tidak tentu arah.

"Keluar..." Ucap Eun Mi perlahan. Namun melihatkan gadis itu masih kaku tidak bergerak membuatkan amarahnya semakin meninggi.

"KELUAR!!" Jerit Eun Mi manakala Yeri segera bergegas keluar apabila terdengar jeritan itu.

Eun Mi bingkas bangun lalu secara perlahan-lahan dia menghampiri suaminya.

Matanya yang sudah kemerahan akibat menangis itu memandang tajam ke arah Yoongi.

"Ini balasan awak terhadap saya selama ini?"

"Sayang..."

"INI BALASAN AWAK TERHADAP SAYA SELAMA INI!?"

Yoongi diam. Dia kehilangan kata-katanya.

"Selama ini awak cakap yang awak sibuk dengan kerja, tapi sebenarnya awak sibuk dengan perempuan lain, kan?"

Yoongi cuba untuk bersuara tetapi Eun Mi segera menghalangnya.

"Saya percayakan awak selama ni, tapi rupanya awak sia-siakan kepercayaan saya selama ini.."

Tangis Eun Mi semakin pecah. Dia sudah tidak mampu untuk menahannya lagi.

"Sayang, dengar dulu..." Kata Yoongi lalu bahu gadis itu cuba dipegangnya.

"Dengar apa lagi kalau bukti dah depan mata!?" Marah Eun Mi lalu tangan lelaki itu ditepis kasar olehnya.

"Please, sayang. Dengar dulu." Kata Yoongi lalu tubuh gadis itu dipeluk.

"Awak tipu saya! Awak tipu saya selama ni!" Ucap Eun Mi sambil memukul-mukul dada lelaki itu.

"Sayang..."

"Hati saya sakit..." Ucap Eun Mi.

Yoongi segera mengeratkan pelukan itu lalu kepala isterinya diusap beberapa kali untuk menenangkan gadis itu.

Apabila dia berasa yang gadis itu sudah sedikit tenang, Yoongi meleraikan pelukan itu. Tangan Eun Mi dicapainya lalu digenggam kemas.

Anak mata gadis itu cuba ditatapnya manakala jarinya mengusap-usap pipi gadis itu.

"I'm sorry... It's my fault.. kami terlanjur tapi masa tu aku betul-betul mabuk. Aku tak sedar apa yang aku buat." Terang Yoongi.

"Terlanjur? Lepas tu awak buat keputusan tanpa bincang dengan saya."

"B-bukan macam tu..."

"Then awak nak bertanggungjawab sampai perlu macam tu sekali." Tambah Eun Mi.

"Sayang, tolong... Bagi aku masa untuk aku perbetulkan semula.."

"Saya isteri awak, sanggup awak buat macam ni pada saya.."

Anak matanya tajam menikam anak mata lelaki itu.

"Sayang..."

"Tch, sudahlah saya penat nak hadap semua ni. Saya rimas, saya serabut."

"Sayang..."

"Selesaikan masalah awak, saya akan maafkan awak." Kata Eun Mi lalu segera keluar meninggalkan Yoongi.

"Sayang!"











































3 patah perkataan untuk Eun Mi?

Muah ciket😘

Vomment jangan lupa 😘😁

Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)Where stories live. Discover now