.8.

27 8 10
                                    

1 bulan kemudian...

Eun Mi termenung jauh. Sejak kebelakangan ini, dia asyik terfikirkan sesuatu yang tidak kena akan suaminya. Bahkan lelaki itu sering pulang lewat malam dari yang sebelumnya.

Baru-baru ini dia tercium bau minyak wangi milik perempuan pada baju Yoongi. Tetapi bila ditanya, seringkali lelaki itu mengelak atau cuba menukar topik.

Namun dia yakin, Yoongi pasti tidak akan melakukan hal-hal yang buruk dibelakangnya.

Latihan muzik pula asyik dibatalkan kerana Eun Mi ingin lebih memberi perhatian kepada Yoonki dan YoonMi. Lebih-lebih lagi Yoonki dalam keadaan tidak sihat.

Keadaan Yoonki yang semakin memburuk itu menambahkan lagi risau dihatinya. Si kecil itu sudah mula hilang selera makan dan seringkali muntah darah. Proses pembedahan Yoonki pula masih berbaki dua bulan lagi.

Tiba-tiba bahunya ditepuk seseorang menyebabkan lamunannya hilang.

"Eoh, Hoseok oppa?"

Lelaki itu tersenyum lebar lalu melabuhkan punggungnya di kerusi dihadapan gadis itu.

"Kenapa? Terkejut oppa ada kat Korea?" Soal Hoseok kepada Eun Mi.

"M-mestilah. Kenapa oppa balik Korea tak bagitahu Eun?"

Hoseok tergelak. Manakala si kecil disebelahnya hanya terpinga-pinga tidak faham.

"Saja nak buat kejutan." Kata Hoseok.

"Unnie mana? Tak ikut?"

Senyuman yang melebar itu kembali pudar. Hoseok menundukkan wajahnya sebelum dia kembali mengukir senyuman semula.

"Unnie dah tak ada. Dia meninggal sewaktu lahirkan Jeongsan." Ucap Hoseok lalu kepala anak lelakinya diusap perlahan.

Eun Mi diam. Dia tidak tahu hendak berkata apa.

"Maaf, sebab oppa tak bagitahu Eun pasal hal ni.."

Eun Mi menggeleng.

"Tak apa, oppa. Mungkin sudah ditakdirkan."

"Oh ya, kamu dengan Yoongi macam mana? Anak-anak sihat?" Soal Hoseok.

"Oppa..." Panggil Eun Mi.

"Eun ragu dengan Yoongi sejak kebelakangan ini. Yoongi selalu pulang lewat bahkan lebih lewat dari sebelumnya." Terang Eun Mi.

"Eun rasa..."

"Hey, stop it. Jangan fikir bukan-bukan. Lagipun Yoongi mesti banyak kerja nak buat. Kita  semua pun dah tahu yang Yoongi dah berubah." Kata Hoseok cuba menenangkan hati gadis itu.

"Kerja apa lagi!? Takkan setiap hari dia ada kerja? Sampai anak-anak pun diabaikanya."

Hoseok memandang ke arah gadis itu dengan tatapan sayu.

"Eun, biasalah dalam rumahtangga, oppa pun selalu jer dengan unnie."

"Tapi Eun takut.. Eun takut kalau Yoongi jadi macam dulu." Kata Eun Mi.

"Dah, dah. Jangan fikir bukan-bukan. Sekarang ni, oppa nak walau apa pun yang terjadi, tetaplah pertahankan rumahtangga Eun. Oppa tahu, Eun kuat."

"Tapi, oppa..."

"Eun Mi yang oppa kenal, sangat kuat. Jadi jangan mudah putus asa. Kalau terus macam ni, sape nak kuatkan Eun? Lagipun oppa tak lama kat Korea. Minggu depan oppa dah nak kena balik Itali." Ujar Hoseok.

Eun Mi memandang ke arah wajah lelaki itu lalu kepalanya diangguk-anggukkan perlahan.

*****

Yoongi tersenyum saat melihat sesusuk tubuh milik seorang perempuan masuk kedalam pejabatnya.

Gadis itu segera menghampiri Yoongi lalu melabuhkan punggungnya diatas paha Yoongi. Tangannya dirangkulkan pada bahu Yoongi.

Lantas Yoongi menghentikan segala kerjanya lalu memeluk pinggang gadis itu. Pipi gadis itu turut dikucupnya sekilas membuatkan gadis itu tertawa.

"Baru sebulan dah nakal macam ni?" Ucap Yoongi lalu mencuit hidung Yeji.

"Dengan oppa jer." Balas Yeji lalu tangannya bergerak membuka 3 butang baju atas milik lelaki itu.

"Aip. Takkan kat sini?" Soal Yoongi sambil tangannya menghalang tangan Yeji.

"Why not?" Kata Yeji lalu bibir lelaki itu disambarnya. Yoongi tidak mampu berbuat apa-apa selain membalas ciuman itu.

"Biar dia hanyut jangan sampai kau terhanyut. Kalau aku terperangkap, dia pun akan terperangkap."




































































Ada nak kata apa-apa?
Muehehehehehehehehe 🤣
Apa pun asyileee vote 😘😁

Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)Where stories live. Discover now