DDB 17

29 16 7
                                    


Yoongi mendengus geram apabila Jimin ingin tinggal dirumahnya untuk menghabiskan waktunya bersama Eun Mi sebelum jejaka itu kembali semula ke London.

Awalnya Jimin ingin mencari kerja di Korea sahaja, tetapi dia mendapat panggilan bahawa dia ditawarkan sebuah kerja disana.

"Seronok nampak." Ucap Yoongi apabila dia menyetujui adiknya tinggal bersamanya.

"Mestilah, dekat dengan Noona."

Yoongi membeliakkan matanya. Ikutkan hati mahu sahaja dia menumbuk Jimin.

Eun Mi pula hanya menahan tawanya.

"Jom, Noona tunjukkan bilik." Ajak Eun Mi. Lebar senyuman Jimin tatkala gadis itu mengajaknya.

"Tak payah. Dia ada kaki boleh jalan sendiri." Ucap Yoongi.

Jimin mencebikkan mulutnya.

"Tak payah. Kau masuk bilik. Jimin ikut aku." Arah Yoongi.

"Tapi hyung...."

"Pintu rumah terbuka luas untuk kau. Keluar atau ikut aku."

"Yelah, yelah. Chim ikut hyung."

*****

Kedatangan Serim ke rumah itu, membuatkan Eun Mi resah. Jimin pula keluar kerana ingin menyelesaikan urusannya.

Yoongi, seperti biasa lelaki itu masih diulit mimpi atau mungkin sedang berada di dalam bilik air.

Sedang Eun Mi menyiapkan bahan-bahan untuk memasak, telinganya dapat menangkap bunyi tapak kaki yang sedang menghampirinya. Tetapi dibiarkan sahaja.

"Oi perempuan! Jimin mana?" Tanya Serim sambil menyandarkan tubuhnya pada dinding.

Gadis itu mengerutkan dahinya. Pelik. Kenapa bukan Yoongi yang ditanyanya malah adik lelaki itu yang ditanya.

"Yoongi ada kat atas." Lain yang ditanya, lain yang dijawab. Saja gadis itu mahu menguji kesabarannya.

"Aku tanya Jimin bukan dia." Kata Serim.

Eun Mi hanya diam sambil meneruskan pemotongan sayur-sayur yang akan dimasaknya.

"Oi, pekak!" Jerit Serim namun reaksi Eun Mi masih sama.

Tiba-tiba kedengaran suara Yoongi memanggil nama Eun Mi. Serim tersenyum sinis lalu menghampiri Eun Mi.

"Biar saya yang potong." Ucap Serim lalu cuba mengambil pisau yang berada di tangan Eun Mi.

Eun Mi menghalang namun Serim tetap berdegil. Sehinggalah...

"Eun Mi!!!" Jerit Yoongi apabila ternampak Eun Mi sedang menghalakan pisau itu kearah Serim.

Lelaki itu segera menghampiri Serim yang sudah ketakutan.

"U tolong i, dia nak bunuh i." Kata Serim lalu memeluk lengan lelaki itu.

PANG!!

Pipi Eun Mi ditampar keras oleh Yoongi sehingga gadis itu jatuh terduduk di atas lantai.

Sakit yang dirasakan itu cukup perit. Eun Mi menangis sambil memegang pipinya yang sudah kemerahan.

"aku nampak kau buat macam tu lagi kat dia, siap kau!" Marah Yoongi lalu membawa Serim keluar. Eun Mi ditinggalkan dalam keadaan gadis itu sedang menahan sakit.

Malam itu ketika mereka bertiga sedang menjamu selera, Eun Mi hanya menundukkan wajahnya. Tidak berani untuk mengangkat wajahnya.

Eun Mi mengambil telefonnya lalu aplikasi WhatsApp dibukanya.

Mesej daripada Hoseok dibalas satu persatu tanpa dia sedar yang Yoongi memandangnya tajam.

"Seronok kan jadi perempuan jalang?" Sindir Yoongi menyebabkan gadis itu tersentak. Jimin pula sudah membeliakkan matanya.

"Apa ni, Hyung?!" Jimin mula hilang sabar

"Huh, entah-entah dah berapa ramai yang jadi mangsa jalang kau, kan?" Yoongi tidak menghiraukan Jimin malah terus menyindir gadis itu.

"Hyung!" Jerit Jimin. Eun Mi pula kerana tidak tahan, dia sudah bangun meninggalkan dua beradik itu yang sedang berperang mulut.

"Yang kau nak bela dia sangat kenapa!?" Jerit Yoongi.

"Mulut kau tu jaga sikit!" Tiada lagi panggilan 'hyung' kerana Jimin betul-betul dikuasai oleh marahnya.

"Dia isteri aku! Suka hati akulah!"

"Isteri celah mana?! Kau yang sendiri yang panggil dia jalang! Lepastu kata isteri kau!"

"Dia memang jalang pun!"

"Serim si sundal kau tu tak jalang? Entah-entah dah berapa ramai jadi sundal dia, termasuk KAU!!"

"KAU JANGAN NAK PANGGIL DIA SUNDAL!"

"KAU PUN JANGAN PANGGIL DIA JALANG!"

Masing-masing tidak mahu mengalah sehinggalah Yoongi sendiri yang mengangkat kaki meninggalkan Jimin yang masih dikuasai marahnya.





















Jeng jeng jeng....

Aku pulak yg takut😫

Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)Where stories live. Discover now