Eun Mi segera bersiap apabila mendapat sebuah panggilan daripada doktor yang merawat Yoonki. Ada sesuatu yang hendak dibincangkan oleh mereka tentang penyakit yang dihidapi oleh Yoonki.Memandangkan Yoongi masih dipejabat, sempatlah dia untuk berjumpa dengan doktor itu walaupun sekejap.
Eun Mi menghidupkan enjin kereta lalu segera meninggalkan perkarangan rumah itu.
Seperti yang dijanjikan, mereka berjumpa disebuah restoran. Setelah memarkir keretanya, langkahnya terus diatur menuju kedalam restoran itu.
"Doctor Jeon, right?" Tanya Eun Mi lalu melabuhkan punggungnya dihadapan lelaki itu.
Jeon Jungkook, atau lebih dikenali sebagai doktor Jeon itulah yang merawat penyakit yang dihidapi oleh anaknya. Dan beliau bertugas dibahagian pesakit kanak-kanak.
"Ada apa-apa perkembangan terkini tentang Yoonki?" Soal Jungkook memulakan perbualan.
"Setakat ini dia masih tak ada apa-apa, cuma dia sering mengadu sakit dada setiap malam." Jawab Eun Mi.
Jungkook hanya menganggukkan kepalanya.
"Saya rasa lebih baik proses rawatan anak awak dijalankan dengan secepatnya. Sebab saya tak nak jika ditunggu dengan lebih lama, keadaan akan menjadi semakin buruk." Terang Doktor Jungkook.
"B-baik. Tentang rawatan tu saya akan bincang dengan suami saya." Kata Eun Mi.
*****
Yoongi bergegas keluar dari pejabatnya. Sekali lagi dia menyerabutkan rambutnya. Terasa seperti diri dipermainkan, dia memukul stereng kereta dengan kuat bagi melepaskan geram.
Mana tidaknya, sesampai dia dipejabat masalah yang harus diselesaikan olehnya itu sudah tiada.
Habis seluruh pekerjanya dimarahi olehnya.
Enjin kereta dihidupkan, belum sempat dia meninggalkan perkarangan kawasan pejabat itu, tindakannya terhenti.
Dari dalam kereta dia dapat melihat sesusuk tubuh milik isterinya sedang rancak berbual bersama seorang lelaki.
Pegangan pada stereng kereta dikuatkan. Dia mengetap giginya. Dadanya berombak-ombak menahan marah.
Satu-satu masalah yg timbul membangkitkan amarahnya.
Tanpa berlengah, dia terus memecut laju meninggalkan perkarangan itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Eun Mi menapak masuk ke dalam rumah dengan langkah perlahan. Pintu ditutup dengan berhati-hati supaya tidak mengganggu penghuni rumah itu.
Aneh. Gelap.
Belum sempat kakinya hendak mendaki anak tangga, lampu terbuka menyebabkan langkahnya terhenti.
Dia memusingkan badannya kebelakangan lalu ternampaklah sesusuk tubuh yang sedang memandang tajam ke arahnya.
"Dari mana?" Soal Yoongi yang masih memandang tajam kearahnya.
Eun Mi menelan air liur. Lelaki itu segera dihampirinya.
"S-saya..."
"AKU TANYA DARI MANA!?" Jerkah Yoongi menyebabkan bahu gadis itu terhinjut.
"Saya keluar sekejap jumpa kawan." Balas Eun Mi.
"Jangan nak tipu aku. Siapa lelaki itu?"
"Dia.."
"Oh, patutlah kau ok je bila tak jadi nak pergi bercuti. Rupanya kau seronok sebab nak jumpa lelaki itu?
"B-bukan..."
"Seronok curang dengan aku!?"
"Yoongi..."
"AKU TANYA JAWAB!!"
Eun Mi menarik nafas dalam-dalam lalu dihembuskan semula. Wajah Yoongi dipandangnya.
"Memang saya jumpa lelaki itu. Tapi itu tak bermakna saya curang dengan awak.." Kata Eun Mi.
"Kau jangan nak tipu aku! Tak cukup lagi ke apa yang aku bagi kat kau!?"
"Cukup Yoongi! Saya isteri awak! Dan saya tahu batas seorang isteri! Saya takkan sesekali buat macam tu!" Ucap Eun Mi. Airmatanya akhirnya mengalir.
"Perempuan macam..."
"Macam apa Yoongi!? Murah!? Awak nak kata saya murah!? Disebabkan saya jumpa doktor yang rawat Yoonki, saya jadi murah!?" Luah Eun Mi.
Yoongi terkejut.
"M-maksud kau? Rawat Yoonki?"
Wajah Yoongi dipandang sambil airmatanya mengalir.
"Ya! Rawat Yoonki. Awak tahu tak yang Yoonki sakit.. setiap kali saya cuba bagitahu awak, mesti awak sibuk. Awak sibuk dengan kerja awak sehingga tiada masa untuk anak-anak. Setiap malam, diorang tanya pasal awak, sampai saya dah tak tahu nak jawab apa.." Luah Eun Mi.
Yoongi terdiam.
"Saya faham awak sibuk, tapi sekurang-kurangnya adakanlah masa untuk anak-anak. YoonKi, doktor cakap dia menghidap kanser paru-paru dan kena dirawat dengan segera." Sambung Eun Mi.
"S-sayang..." Panggil Yoongi. Tubuh gadis itu cuba dipeluknya namun cepat-cepat dia menepis.
"Sudahlah saya penat. Saya nak rehat." Balas Eun Mi lalu segera beredar dari situ meninggalkan Yoongi yang terpinga-pinga.
HUEHUEHUEHUEHUE
Vote Jangan lupa vote 😘💃😁
YOU ARE READING
Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)
Romancesebuah perkahwinan yang dilakukan tanpa cinta tidak memberikan kebahagiaan buat mereka iaitu Min Yoongi dan Shin Eun Mi yang disatukan kerana terpaksa. kerana tiada rasa cinta diantara mereka, maka Shin Eun Mi telah diperlakukan dengan kasar oleh Mi...