Karoks sekejap 😃
Putih bersih cintaku, kau racuni hingga mati~ Dendam yang kau berikan, cukup disini~ Mengapa mudahnya kau sakiti~ Mengapa mudahnya kau lukai~ mengapa kejamnya, mengapa mudahnya kau menghancurkan hati perasaan ini~ Sakit yang kurasakan~
---------------------------------------------------
"Baik.. SHIN EUN MI AKU CERAIKAN KAU."
Gadis itu nampak tenang walaupun sebenarnya hatinya sangat sakit untuk berpisah dengan anak-anaknya nanti.
Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman sebelum mulutnya bergerak mengatakan sesuatu yang membuatkan lelaki itu sangat terkejut.
"Terima kasih."
Tanpa mengemaskan pakaiannya, dia segera keluar dari bilik itu diikuti oleh Yoongi.
Ruang tamu ditujunya dimana seluruh keluarga Yoongi sudah berkumpul.
Kunci kereta, dua keping kad kredit dikeluarkan daripada begnya lalu diletakkan di atas meja itu. Cincin kahwinnya yang masih tersarung kemas pada jari manisnya turut ditanggalkan lalu diletakkan diatas meja bersama-sama barang-barang tadi.
Bibirnya tidak lepas dari mengukir senyuman. Mungkin ini jalan yang terbaik untuk dirinya. Wajah Yoongi dan Yeri dipandang.
"Saya doakan kebahagiaan awak berdua. Yeri, saya harap awak dapat jadi ibu yang lebih baik untuk anak-anak saya." Ucap Eun Mi lalu dia membuka langkahnya untuk keluar dari situ.
Namun langkahnya terhenti tatkala kakinya dipeluk erat oleh kedua-dua anaknya itu.
"Mommy, nak pergi mana?" Tanya Yoonki yang masih tidak faham dengan apa yang berlaku.
"Mommy kerja, sayang." Balas Eun Mi sambil tangannya bergerak mengusap kedua-dua kepala anak-anaknya.
"Mommy..." Panggil YoonMi. Wajah anak sulungnya dipandang lalu dia mengelap airmata si kecil itu.
"Jangan nangis, sayang. Mommy tak lama pun." Kata Eun Mi lalu dahi mereka dicium lama.
"Sebelum terlupa, bulan hadapan Yoonki perlu ke hospital untuk rawatan pembedahannya dan ini ubatnya. Jangan lupa untuk beri makan ubat pada Yoonki. YoonMi pula, dia susah untuk tidur malam, jadi dia harus didodoikan." Terang Eun Mi.
Yoongi hanya berlagak tenang. Wajah Eun Mi hanya dipandang acuh tidak acuh sahaja.
"Noona..." Panggil Jimin.
"Dah lewat malam ini, takkan Noona nak keluar juga?" Soal Jimin. Hatinya benar-benar sakit dengan perlakuan abangnya. Semudah itu sahaja dia melafazkan kata-kata itu kerana masalah yang boleh dibawa berbincang.
Hatinya ingin sekali memukul-mukul wajah abangnya itu.
"Tak apa, Chim. Lagipun Noona nak singgah kelab muzik sekejap. Ada barang yang nak kena kemas sikit." Jawab Eun Mi.
"Chim hantar. Bahaya kalau Noona jalan seorang diri malam-malam macam ni." Pelawa Jimin. Eun Mi hanya tersenyum.
"Tak apa, Noona boleh naik teksi." Balas Eun Mi.
"Noona..."
"Jimin, kau masuk bilik kau sekarang." Kata Yoongi.
Jimin berdecit kesal. Wajah Yoongi dipandang tajam.
"Kau akan menyesal atas apa yang kau dah buat!" Jerit Jimin lalu segera beredar dari situ.
"Kau tunggu apa lagi? Pintu terbuka luas untuk kau keluar." Kata Yoongi kepada Eun Mi. Gadis itu tetap sahaja dengan senyumannya.
Perlahan-lahan kakinya melangkah keluar dari rumah itu. Jeritan tangis dari anak-anaknya, dia hanya mampu mendengarnya sahaja.
******
Eun Mi berjalan tanpa arah membelah kegelapan malam.
Hidupnya kini terasa kosong. Bahkan lebih kosong dari yang sebelum ini.
Hujan yang turun dengan lebat sekali sedikit pun tidak dihiraukannya. Dia tetap berjalan dengan airmata yang membasahi pipinya.
Perhentian bas yang berada diseberang jalan itu dipandangnya.
Tanpa melihat kekiri dan kekanan, dia terus sahaja melangkahkan kakinya melintas jalan itu. Mungkin kerana tiada kenderaan yang lalu-lalang ketika itu.
Namun, malang tidak berbau apabila sebuah kereta meluncur laju telah melanggarnya sehingga badannya tercampak diatas jalanraya itu.
Dapat dia lihat seorang lelaki sedang menjerit-jerit memanggil namanya sebelum pandangannya bertukar menjadi gelap.
-TAMAT-
Eheks! Joking!
Muehehehehehehehehe!!!
Jangan lupa vomment tau 😉😂
YOU ARE READING
Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)
Romancesebuah perkahwinan yang dilakukan tanpa cinta tidak memberikan kebahagiaan buat mereka iaitu Min Yoongi dan Shin Eun Mi yang disatukan kerana terpaksa. kerana tiada rasa cinta diantara mereka, maka Shin Eun Mi telah diperlakukan dengan kasar oleh Mi...